Resepi Makaroni Goreng Bodo - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Makaroni Goreng Bodo

Trending

Resepi Makaroni Goreng Bodo

Hi semua. Kisahnya lepas balik kerja malam semalam, buka peti ais apa pun tak ada. Balik kerja pun dah jam 1 pagi, memang kedai awal lagi dah tutup musim PKPP ni. Nak buat nasi goreng, malas nak menunggu nasi masak. Sayur atau lauk basah pun tak ada stok dalam simpanan sebab tak sempat nak masak. Cuma ada pasta makaroni tapinya bahan-bahan apa pun tak ada. Jadinya improvised resepi sendiri ikut bahan yang ada.


Biasanya kalau dah malas sangat, memang menjadilah nasi goreng bodoh atau mi goreng bodoh kata orang. Bukanlah lepas makan terus jadi bodoh ye. Awasss! Disebabkan menggunakan bahan mudah & simple atau mengolah masakan ikut apa bahan yang ada jadilah masakan dengan perkataan bodo tu.

So semalam Kak Bell buat makaroni goreng bodoh gunakan apa sahaja bahan yang ada. Kira campak-campak sahaja mane ade, kacau-kacau dalam kuali then siap. Kak Bell gunakan pasta, perencah segera, bawang merah, bawang putih, butter dan serbuk keju parmesan. Walaupun bodo tapi sedap jugalah ada rasa kata orang.

Bahan A
1/2 paket pasta/makaroni
Sedikit butter
2 sudu perencah nasi goreng Seri Aji
Serbuk keju parmesan
Minyak masak
Garam
Perasa jika suka

Bahan B (dikisar/hiris)
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar/holland


Cara memasak:
1) Panaskan air dalam kuali atau periuk, tambahkan sedikit garam dan minyak masak, rebus makaroni/pasta hingga lembut kemudian toskan.
2) Panaskan sedikit butter atau minyak zaitun, tumis bahan B hingga perang dan naik bau wangi.
3) Masukkan perencah nasi goreng Seri Aji dan kacau rata.
4) Masukkan makaroni yang telah direbus tadi, tambahkan sedikit garam dan bahan perisa dan kacau rata.
5) Akhir sekali, taburkan serbuk keju parmesan dan sedia dihidang.


TIPS!
  • Boleh gunakan apa sahaja pasta yang ada
  • Boleh cuba guna apa saja perencah segera
  • Kalau nak sedap tambahkan daging kisar, sosej atau isi ayam/daging
  • Boleh taburkan cili flakes atau serbuk lada hitam jika nak rasa pedas
  • Boleh gantikan butter dengan olive oil


Disebabkan resepi bodo je, makanya tak adalah gambar-gambar yang lain. Hasil masakan akhir pun cuma letak dalam tupperware je sebab dah lapo punya pasal. Asalkan boleh makan dan yang penting sedap kat tekak ni. Hehe.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post