Syurga Sushi Premium Di Eat Sushi Malaysia | Jom Ketahui Cara Makan Sushi Dengan Betul

Anda peminat tegar sushi? Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun. Sushi diperbuat daripada nasi iaitu beras sushi yang telah diadun dengan cuka dan menggunakan inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Kalau anda nak tahu maksud 2 aksara Cina untuk perkataan 'sushi' tersebut bererti 'ikan terperam'. Sushi ini juga telah lama mendapat tempat dan menjadi kesukaan rakyat Malaysia dan digemari seluruh dunia.


Sebenarnya hidangan sushi ini tidak perlu dipesan dengan banyak dan dinikmati sehingga kenyang. Di sini Kak Bell kongsikan semula satu petikan twitter dari Chef Haizad Sykes, berbunyi "Sushi adalah seni sensasi untuk bermain dengan deria rasa dan otak". Rupa-rupanya, ada cara yang betul untuk kita menikmati sushi. Jom baca lebih lanjut untuk tips dan teknik bagaimana orang Jepun menikmati hidangan sushi.


Tips Dan Teknik Menikmati Sushi

1. Kicap yang dicicah tidak boleh direnjis semula. Maksudnya tidak boleh merenjis semula kicap yang telah dicicah sushi. Seeloknya, elekkan nasi dari tersentuh kicap kerana nasi sudah diadun dengan cuka.


2. Makan dengan tangan, bukan penyepit. Bila menggunakan tangan, bahan kimia dari peluh di jari mampu aktifkan enzim ke otak, sekaligus membangkitkan selera atau nostalgia. 


3. Kadang kala suhu daging dan bahan-bahan lain tidak sama dengan nasi, jadi kalau sushi baru buat, perlu rehatkan dulu.


4. Hanya menggunakan dua perasa iaitu wasabi dan kicap.


5. Perlu dimakan sekaligus, tidak boleh digigit sedikit demi sedikit. Ketika gigitan pertama terus tutup mata, dan fokus pada deria rasa lidah.


6. Sushi biasanya dihidang dengan halia yang berfungsi untuk menghilangkan rasa taste sesuatu sushi, bukan sebagai perasa tambahan. Jika terlalu banyak rasa dalam mulut dikhuatiri deria akan keliru dengan jenis sushi yang seterusnya, jadi makan dulu halia untuk menghilangkan rasa itu.


7. Jangan pakai minyak wangi, sebab nak rasa deria sensasi yang nak sampaikan. Jadi anda perlukan deria lidah dan hidung untuk aktifkan enzim sekaligus hantar mesej ke otak untuk bangkitkan perasaan.

Ini pun baru Kak Bell tahu bahawa ada caranya nak makan sushi. Bagi anda yang memang peminat tegar sushi, boleh sahaja cuba membuatnya sendiri dirumah. Tidaklah sukar untuk membuat SUSHI HOMEMADE dan cara menyediakannya juga amat mudah! 


Ok, bercerita tentang sushi ni, beberapa hari lepas Kak Bell telah berkunjung ke sebuah restoren sushi di Sunway Giza Mall iaitu Eat Sushi Malaysia. Walaupun bukan seorang peminat tegar, sekali-sekala untuk lepaskan rasa mengidam, hidangan Jepun seperti sushi memang jadi pilihan Kak Bell.

Eat Sushi Malaysia, Sushi Premium Berasal Dari Australia

Eat Sushi ini mula diasaskan di Capalaba Central Shopping Centre, Australia sejak tahun 2009. Kini, Eat Sushi sudah mempunyai 6 cawangan dan cawangan Sunway Giza Malaysia ini merupakan cawangan pertamanya di luar negara. Walaupun Eat Sushi ini mula diperkenalkan di Australia, tetapi sushi mereka masih mengekalkan rasa asli sushi Jepun dengan olahan sentuhan barat citarasa Australia.

Untuk makluman anda, sushi yang dibuat di sini hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan disediakan secara segar pada setiap hari. Terdapat pelbagai jenis sushi dengan citarasa yang pelbagai boleh didapati di Eat Sushi selain bento dan tempura.

Green Plate - Grill Chicken (RM3.80)

Blue Plate - Spicy Chicken (RM2.80)

Blue Plate - Simba (RM2.80)

Grey Plate - Tempura Crabstick (RM4.80)

Kesemuaya memang lazat dengan rasanya yang tersendiri. Terus-terang, memang ada kelainan rasa sushi di sini dan amat berbeza dengan restoren sushi sedia ada yang pernah Kak Bell kunjungi. Selain sushi dan tempura, Kak Bell juga sudah mencuba Salmon Salad Bowl (RM22.50), Prawn Gyoza (RM13.50), mochi dan dessert ais krim mereka.

Bagi yang on diet, boleh cuba Salmon salad tu. Salmon dia memang banyak  dan dressing sos dia mengancam. Semuanya anda patut cuba!

Tako Karaage /Octopus (RM11.50)

Tempura Prawn Set (RM27.80)

Ebi Fry Set (RM13.90)

Yakitori (RM4.80)

Mochi

Harga sushi di sini boleh dikira amat berpatutan bermula dengan harga RM2.80 bagi 1 piring dan juga lebih murah berbanding restoran sushi yang lain. Di Eat Sushi, anda boleh menyemak harga sushi tersebut berdasarkan warna piring hidangan. Harga yang ditawarkan bagi piring berwarna biru adalah RM2.80, manakala bagi piring hijau dan pring grey/hitam dijual masing-masing pada harga RM3.80 dan RM4.80.


Set Sushi Platter

Kak Bell juga sangat tertarik dengan Set Sushi Platter mereka. Terdapat 4 jenis pilihan sushi platter yang pasti memuaskan citarasa anda semua. Buat peminat sushi yang ingin membuat tempahan pun boleh. 


Sushi Platter A Combo - RM84.90
Sushi Platter B Combo - RM93.90
Deep Fry Platter Combo - RM76.90
Seafood Platter Combo - RM109.90

Untuk tempahan dengan penghantaran PERCUMA adalah sekitar kawasan Klang Valley, Ampang, Cheras dan Rawang.


Kepada penggemar makanan Jepun terutamanya sushi, anda rugi besar kalau belum pernah cuba pelbagai jenis sushi di Eat Sushi Malaysia yang merupakan syurga buat peminat sushi yang lazat dan pastinya terbaik. Kak Bell pastinya akan berkunjung lagi ke sini untuk menikmati sushi mereka.


Eat Sushi - Malaysia
A-13-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU5/14, Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Reservation Line : +603 7496 7318


Kredit:
www.projekmm.com

CONVERSATION

19 comments:

  1. Teringat2kan? Nanti jom repeat lagi..sedap..kte memang suka

    ReplyDelete
  2. Ada cara rupanya nak makan sushi. Btw nampak sedap plak makanan yg u share macam macam ada plak tuh.

    ReplyDelete
  3. Wow all the sushi there looks amazingly delicious and luscious. I would definitely be ordering the platter to enjoy together with my family.

    ReplyDelete
  4. Nyumss! Nampak sedap sangat sushi dia and yess looking so premium too with the most affordable price! Ok sangat ni nanti boleh ajak orang tersayang makan kat sini ^_^

    ReplyDelete
  5. yang makan seketul seketul tu memang betul haha..baru tau step2 nak makan sushi..sebenarnya lama dah tak makan..boleh apply lah nti step2 ni hihi..tp tengok sushi2 kat eat sushi ni allahhh..telan ailio je haha

    ReplyDelete
  6. Baca post sis nie but saya tringin pula nak mamam sushi. Thanknyou for sharing tips to enjoy sushi too. Love all the pictures. Keep on the good work sis.

    ReplyDelete
  7. terliur plak tengok...kita ni dh la peminat sushi. dah lama tak makan ni sejak covid..memang senang nak buat tapi malas..hahaha

    ReplyDelete
  8. Bahaya tau makan kat Eat Sushi nie. Tak sedar dah banyak pinggan dah amik. Tak sedar dah banyak dah makan.
    Lazat!

    ReplyDelete
  9. Sushi ni memang all-time favourite. Paling suka halia jeruk Tu. Sedap sangat. Harga kat eat sushi ni consider mudah la

    ReplyDelete
  10. Betul sis bell memang kita suka datang sini makan sushi mereka sangat banyak pilihan dah juga berbaloi.. Kita dah pergi berapa kali yer makan kat sini hehehe lepas ni siapa nak belanja kita nak ikut...

    ReplyDelete
  11. Mengilerr nengok semuanya oiii...
    Rasa terus nak makan shushi.. napelah dia tak mai Johor lagi... kalau tak memang duk makan shushi aje le kejenya Sis...

    ReplyDelete
  12. all the food there looks yummy.. can go there have my lunch gathering with friends too

    ReplyDelete
  13. wow this is amazing! premium sushi that looks so fresh and delicious but at such an affordable price. the colour of the salmon is so mesmerizing!

    ReplyDelete
  14. Wahhh, sekali ngap itu dah betul dah cara Nell makan.. rupanya makan sushi pun ada artnya.. :)

    ReplyDelete
  15. Ooo gitu. Ada tips plak eh. Tak makan sushi. Baru tau cara-cara makan sushi. Takleh pakai perfume. Hihi

    ReplyDelete
  16. Kita gila suhsi juga.. Sedapnya semua.. Memg kenyang makna sini.. Ada macam2 jenis sushi hah.. Kita pernh tengok kat youtube cara makan sushi.. Ehehhe.. Memang perlu nikmati dengan betul

    ReplyDelete
  17. Hallaaaa sedapnya. Tengok sushi kat sini. SeMua nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  18. Oh yumsss! kita memang minat makan sushi nanti nak try their sushi platter harga pun berpatutan juga

    ReplyDelete
  19. aduhai ...menggoda betul sushi kat sini...walaupun saya dah boleh buat sushi sendiri tapi tetap suka juga makan sushi kat luar sebab lebih banyak pilihan , sedap dan cantik...

    ReplyDelete

Back
to top