Nikmati Seafood Cajun & Nelayan Platter Paling Enak Di Just Seafood Sunway Giza, Kota Damansara

Hi semua! Semalam Kak Bell berkesempatan buat kali kedua berkunjung ke Just Seafood Sunway Giza, Kota Damansara. Sebelum ini jika tidak silap Kak Bell telah datang berkunjung ke sini pada tahun 2018. Lama juga Kak Bell tidak datang makan di Just Seafood.


Bersempena dengan kedatangan perayaan Krismas atau Hari Natal esok, 25 Disember, Just Seafood Sunway Giza telah mengadakan promosi kombo perayaan yang amat menarik untuk anda semua nikmati. Selain itu juga, mereka juga telah memperkenalkan menu istimewa dengan rasa terbaru buat semua peminat makanan laut. Nak tahu apakah menu yang telah Kak Bell order dan menu dengan rasa baru suntikan Nusantara, jom baca lebih lanjut.


𝗔𝗠𝗔𝗭𝗜𝗡𝗚 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗔𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗖𝗢𝗠𝗕𝗢

Untuk promosi hujung tahun dan sambutan Hari Natal, Just Seafood telah melancarkan pakej 𝗔𝗠𝗔𝗭𝗜𝗡𝗚 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗔𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗖𝗢𝗠𝗕𝗢. Pada Kak Bell pakej ini sangatlah berbaloi sebab ianya mencukupi buat 6 hingga 8 orang makan.


Dalam pakej kombo ini anda akan dihidangkan dengan menu berikut:
👉 Nelayan Platter (dihidangkan dengan ketam bersaiz L seberat 350gram)
👉 2 paxs original Cajun (dihidangkan dengan ketam bersaiz L seberat 350gram)
👉 2 paxs Golden Salted Egg (dihidangkan dengan ketam bersaiz L seberat 350gram)


𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔
👉 1/2kg steam cockles/siham (kerang kukus)
👉 3 set nasi beras wangi
👉 3 set roti mantao

Golden Salted Egg

Original Cajun

Harga bagi pakej kombo hebat ini adalah RM315++ untuk kesemua hidangan di atas. Sebelum promosi, harganya adalah RM590++. Memang berbaloi sangatlah untuk anda semua cuba. Tawaran promosi ini sah sehingga 31 Disember 2020.

Nelayan Platter Memang Mengancam Habis!

Hidangan istimewa terbaru dari Just Seafood ini dinspirasikan dari nelayan Bali yang dikukus supaya kesegaran hidangan laut tersebut dikekalkan. Nelayan Platter menghidangkan seleksi pelbagai makanan laut termasuklah udang, ketam saiz L, baby size octopus, clams, mussels dan juga cockles.

Nelayan Platter

Rasanya seakan-akan rasa sos kerabu Thai tetapi sos citarasi Bali ini ternyata ada rasa yang unik dan istimewa. Rasa manis, pedas dan tanggy sosnya memang padan untuk menikmati hidangan laut segar. Kak Bell sarankan anda semua mencubanya!


Seafood Cajun Paling Enak

Di Just Seafood, mereka menyediakan 4 jenis sos cajun dan pelanggan boleh customise tahap kepedasan sos tersebut. 4 pilihan sos cajun yang ada ialah:

  • Sos Cajun Original
  • Sos Signature Curry
  • Sos Golden Salted Egg
  • Sos Butter Milk

Sos Golden Salted Egg

Sos Cajun Original


Kak Bell paling suka Golden Salted Egg dan juga Nelayan Platter dgn rasa Balinese style yg memang mengancam habis! Selain itu, anda juga patut cuba dessert aiskrim kelapa yang super cool siap ada biskut kelapa. Sebelum ini Kak Bell suka juga dengan hidangan Nasi Lemak Cajun + Lobster, tetapi menu ini sudah tidak dijual.

Kepada anda semua yang datang ke Sunway Giza Mall dan ingin cuba Seafoods Cajun paling enak dimuka bumi ini bolehlah singgah ke Just Seafood di Kota Damansara. Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ini, anda juga boleh membuat pesanan FREE DELIVERY untuk menikmati keenakan menu hidangan di Just Seafood. Confirm berbaloi!


C-8-G, Sunway Giza Mall
No 2, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya


Website: https://www.facebook.com/JustSeafoodMY/
FB: https://www.facebook.com/JustSeafoodMY/
IG: https://www.instagram.com/justseafood_kd/

CONVERSATION

10 comments:

  1. Mesti makan sampai kenyang ni apatah lagi seafood.... memang kegemaran ramai... kita pun suka nanti nak try la bila ada masa...

    ReplyDelete
  2. Sedap nya lama x makan swafood. Feveret betul masajab udang mcm tu

    ReplyDelete
  3. Waa sedapnya tengok semua makanan yg ada kat situ, mcm2 jenis seafood ada dlm setiap platter tu kan! Nnt nk try laa 😋

    ReplyDelete
  4. Wow all these glorious seafood looks simply amazing. Would love to enjoy so much at one go. :D Really mouth-watering to say the least.

    ReplyDelete
  5. Uishh..tengok gambar pun dah terliur. Dah la saya memang peminat seafood, especially yg masak salted egg.

    ReplyDelete
  6. Wow! Semua menu dia sedap-sedap belaka. Nanti ke KL boleh kesini cuba menu-menu yang best ni

    ReplyDelete
  7. The seafood looks soo yummy, I need to try the Cajun one someday.
    thanks ka Bella for sharing this ♥

    xx
    Amira
    www.theamiraword.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. the seafood here looks crazy delicious and fresh. since Kota Damansara is near my place, i think ill check it out tomorrow!

    ReplyDelete
  9. Uissshh,, Christmas dah over,, it's time to plan for New Year Eve lunch or dinner pulak dengan family.. maybe boleh go for this one kan..

    ReplyDelete
  10. Uihhh nampak sedap2 semuanya.. Bila kak bella elsa nak belanja kita makan kat sini.. Hihihi

    ReplyDelete

Back
to top