Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Trending

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Bagi penggemar hidangan makanan laut pasti tidak jemu mencari lokasi baru dan menarik untuk menikmati keenakan makanan laut. Makanan laut dengan jelaslah termasuk ikan dan kerangan termasuk pelbagai spesis moluska dan krustasea! Maksud Kak Bell hidupan laut seperti ketam, udang, tiram, kepah dan semuanyalah. Baiklah, untuk sesi makan-makan kali ni, Kak Bell hendak bercerita tentang lokasi makanan seafood yang terletak di Sunway Giza Mall, Kota Damansara iaitu Restoren JUST SEAFOOD.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Restoren JUST SEAFOOD ini memang terkenal dengan aneka jenis hidangan seafood dan tidaklah terhad kepada ketam dan udang sahaja. Telah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi dan restoren ini dimiliki oleh Mr Terence Ham. Jika bercakap tentang makanan laut, pastinya sudah sinonim dengan konsep ala Shell-out! Makanan laut di sini turut dihidangkan menggunakan konsep Shell-out dimana hidangan dilambakkan sahaja di atas meja. Restoran yang berkonsepkan 'open air' ini turut mempunyai beberapa pilihan tempat makan, samada di bahagian beranda luar, bahagian dalam dan juga di bahagian atas. Tak salah Kak Bell, bahagian atas adalah untuk reservasi jumlah pax yang besar.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Untuk ruang makan di tingkat atas ni juga berkonsep open air. Bolehlah rasa angin sepoi bahasa semasa makan di sini. Walaupun konsep terbuka, tetapi tidaklah dibenarkan merokok kerana masih di dalam kawasan membeli-belah Sunway Giza.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall
Ruang makan di tingkat atas

Bahan-bahan makanan laut di JUST SEAFOOD disediakan segar setiap hari untuk para pelanggan dan bahkan ada yang di import dari Australia. Restoran yang mengutamakan aspek kebersihan & menggunakan bahan yang HALAL demi menarik lebih ramai pengunjung melayu yang gemar akan konsep shell Out untuk datang ke sini.


Pada tengahari Sabtu lalu, meriah dengan kehadiran rakan blogger dan influencer yang datang untuk menikmati makan tengahari di sini. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti yang sememangnya tidak asing asing lagi, Maria Tunku Sabri yang sebelum ini mengendalikan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall
Bersama selebriti Maria Tunku Sabri

Jom tengok menu apa yang ada pada hari tersebut.

Nasi Lemak Cajun
Menu yang mendapat sambutan yang hangat di sini. Sebelum ni hanya disediakan pada hari tertentu sahaja sebab sentiasa sold out! Kini, pihak Just Seafood telah menyediakan menu ini setiap hari kerana sambutan yang amat menggalakkan. Nasi lemaknya tidaklah terlalu berlemak dan dihidang dengan Louisiana Cajun Sauce

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Dalam set Nasi Lemak Cajun ini terdiri dari ketam, udang, sotong, kupang, kerang dan juga sayuran lobak, kentang dan jagung. Kacang tanah dan ikan bilis goreng juga ditabur diatasnya. Rasa rempah cajun ni memang sedap dan tidak terlalu pedas. Selain itu, anda juga boleh mencuba Nasi Lemak Lobster di sini!

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Golden Salted Egg Sauce Seafood
Sos telur masin ini memang sedap dimakan dengan ketam, udang, dan juga kupang! Anda juga boleh memesan Deep Fried Man Tou, iaitu roti yang digoreng rangup untuk dimakan dengan sos Golden Salted Egg ini. Diantara sos yang Kak Bell suka dan recommended untuk dicuba!

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Creamy Durian Sauce Seafood
Bermula 15 April 2018, pihak Just Seafood telah memperkenalkan sos terbaru berperisa durian. Mesti anda semua akan rasa skeptikal bila durian digunakan untuk sos ini. Walaubagaimanapun, sangkaan Kak Bell pun meleset kerana keenakan sosnya yang diolah memenuhi citarasa. Confirm tak menyesal jika anda mencubanya.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Original Cajun Sauce
Specialities sos cajun ni menggunakan mentega dan bawang putih yang banyak. Untuk bahan-bahan, semuanya sama seperti set yang lain.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Berikut merupakan sedikit video semasa sesi makan tengah hari tersebut. Rasa nak cuba tak?



Coconut Ice Cream
Untuk dessert, Kak Bell cuba Ais Krim Kelapa. Kehadiran biskut kelapa kering memang menambah kesedapan bila menikmati ais krim ni. Isi kelapa juga turut ada di bahagian dasar ais krim. Berbaloi untuk anda cuba juga disini.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Untuk harga, bolehlah semak di daftar menu di bawah. Telah dinyatakan harga dan juga jenis makanan laut termasuk jumlah gram dalam set tersebut dan semua set dilengkapi dengan kentang, lobak dan nasi tambah. Pesanan juga tidak akan dikenakan 10% servis caj, hanya 6% GST sahaja akan dikenakan.

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Louisiana Cajun Style Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

Terus terang memang sangat puas menikmati hidangan makanan laut di sini. Kak Bell paling menggemari sos Creamy Durian dan Golden Salted Egg. Bagi pencinta makanan laut dan penggemar konsep shell-out, memang tak rugi datang kesini.

A-9-G, Sunway Giza Mall, 
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 47810, 
Petaling Jaya, Malaysia.

Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (reservation)

FacebookInstagram

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Ruginya akak tak dapat pergi ari tu...best nampak semuanya tu ha..geram je akak..akak dengar bujan nasi lemak cajun je..tapi ada 2 menu lagi kan..kesian korang sure surrender

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak. Penggemar seafood harus datang ni. Makan ramai-ramai syok kan. Sos creamy durian, macam mana agaknya rasa dia kan..

    ReplyDelete
  3. wah! mewah nyer, Bell. kenyang yg amat korang hi hi hi hi.
    lama x nampak maria tunku sabri bersiaran. sgt suka dulu dia buat JJCM.

    ReplyDelete
  4. Saya ni penggemar makanan seafood. Tapi allergic makan seafood. Nampak sedap. Teringin nak cuba. Bila masa nak try la. Hehehe. :)

    ReplyDelete
  5. Creamy durian ngan golden salted egg tu, ya Allah terrliur akak di buat nya Bell.
    And as usual Bell tetap mantain, kelihatan anggun with your new hairdo, walaupun banyak buat food review, tapi badan tetap slim macam model tau, woww gitu

    Perniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

    ReplyDelete
  6. Ada pulak Cajun perisa Durian biat betul heheheh kita makin tak keruan ni nak kena datang sini cuba lak hehehehe..

    ReplyDelete
  7. Creamy durian sauce tu sedap ke?. Kalau dibuat tempoyak pernah la makan tapi ni dibuat sauce. Nampak hidangan kat sini menyelerakan. First time dengar perkataan 'krustasea'. Memang peminat makanan laut pun. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Amboi! Menggiurkan betul makanan-makanan tu ya! Menarik sangat! Cuma macam agak mahal. Sekali sekali mencuba bolehlah rasa ni. Kena bawak ramai kawan, mesti lagi syok!

    ReplyDelete
  9. Wahhhh seafood dia kemainnyaaaaa.terliur tengok mesti sedap ! Airah dah la peminat seafood.kena pergi cuba ni

    ReplyDelete
  10. flavpir durian tu agak unik
    mcm rasa tempoyak lah atau rasa
    serawa durian. brmain dlm persoalan
    mayb one day balik nanti nak cuba. thanl u

    ReplyDelete
  11. Wah nampak sedap semua makanan tuh.lagi seronok makan ramai ramai kan. Lagi bertambah selera tau.

    ReplyDelete
  12. Nampak menyelerakan sgt makanan di cajun nie yer. Berkonsepkan ala2 shellout gitue. Saiz seafood dia boleh tahan meriah.

    ReplyDelete
  13. Eh review sama dengan bro ke? Baru tadi komen blog dia. Haha. Nasi lemak memang ngam dengan seafood kan. Tiap pagi kalau beli nasi lemak mesti dengan rendang kerang atau sambal udang petai. Wuwuwuwuwuwuw. Kalau shell out nasi lemak dengan seafood lagi lah sodapoo

    ReplyDelete
  14. Sampai hati sis tak ajak kita tau. Meleleh air liur kita kau. Tak nak kawan la macam ni. Hahaha

    ReplyDelete
  15. Kita penggemar seafood. Waduh, tengok ketam tu besar ya amat. Harga pun berbaoi dengan apa yang dihidangkan. Aiskrim kelapa, memang sedap. Alahaii, terliur dah tengok ni

    ReplyDelete
  16. Tak sangka korang makan dengan Maria Tengku Sabri.. Jeles i tau.... Hari tue mai makan sini, tak beberapa puas sangat.. Rasa macam nak repeat je lagi nie

    ReplyDelete
  17. Rasa rugi pula tak makan seafood ni bila tengok gambar bella. Haha. Untung peminat seafood ada banyak Restoren untuk anda terjah.

    ReplyDelete
  18. suasana kat Just seafood ni nampak selesa, kemas, bersih dan tenang.. buat TB rasa nak try makan kat sini je.. nak pulak tengok hidangan dia macam best je semua.. adoi.. lapar tetiba

    ReplyDelete
  19. bijak olahan Nasi Lemak Cajun..sediamaklum, nasi lemak adalah makanan utk setiap lapisan masyarakat, taknah terfikir utk gabungkan seafood yg dimasaka ala-ala shellout..nak kena cuba la nanti ni

    ReplyDelete
  20. really can't deny the great taste of the seafood here and best i love about them is they dont use plastic to serve. i have claimed my voucher there for my friends gathering.... get to taste the cajun finally.. hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post