11 Perkara Viral Tahun 2020 Malaysia

Hi semua. Diam tak diam tahun 2020 telah pun sampai ke penghujungnya. Rasanya ramai yang merasakan tahun 2020 ini penuh dengan kesuraman semenjak dunia di landa pandemi Covid-19. Seluruh dunia berdepan kesan ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19 menyebabkan ramai yang kehilangan kerja, kanak-kanak terpaksa berkurung dan belajar dalam talian dan sebagainya.


Walaupun tahun 2020 akan terpahat dalam kalender dunia sebagai tahun yang cukup mencabar dan getir, namun ada ketikanya dalam tahun-tahun sebelumnya, turut ada situasi yang lebih buruk dan seharusnya kita perlu mensyukuri hal-hal yang baik yang kita alami.

Berbaki 3 hari lagi sebelum menyambut kedatangan tahun baharu 2021, jom kita melihat kembali beberapa hal yang terjadi dan viral pada tahun 2020.


1) Kuarantin Malaysia PKP Fasa 1

Bermula dengan berita kejatuhan Wuhan akibat pandemi Covid-19, wabak coronavirus ini telah menyerang keseluruhan bahagian dunia. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 pada 16 Mac 2020 dan kuarantin Malaysia ini adalah untuk mengasingkan dan mengekang sumber wabak koronavirus dari terus merebak.


Hingga kini telah dilaksanakan 7 fasa PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dari tarikh 1 September - 31 Disember 2020. Covid-19 telah menulari lebih dari 74.5 juta orang dan membunuh lebih dari 1.6 juta orang di seluruh dunia, menurut data yang dikumpulkan oleh Universitas Johns Hopkins. Kini seluruh dunia terpaksa akur dengan 'norma baharu' dalam menjalani hari normal di dunia.

Fasa 1 :18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 :1 April - 14 April 2020
Fasa 3 :15 April - 28 April 2020
Fasa 4 :29 April - 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) :13 Mei - 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) :10 Jun - 31 Ogos 2020
Fasa 7 (PKPP) :1 September - 31 Disember 2020


2) Kopi Dalgona

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan, ramai yang mula berfikir tentang aktiviti yang seronok untuk dilakukan di rumah. Nama 'Dalgona Coffee', mungkin sudah terlekat di minda warganet sejak tular di media sosial sejak itu.


Jika dilihat di sosial media, seluruh dunia memuat naik postingan tentang resepi Kopi Dalgona yang pelbagai.

3) Roti Gardenia Habis Dijual

Setelah PKP dilaksanankan, bekalan roti Gardenia agak sukar untuk di dapati dan akan cepat habis. Boleh dikatakan hampir ke semua pasar raya dan kedai yang disinggah, kesemua raknya kosong, memang laku habis! Pihak Gardenia, pada 23 Mac mengumumkan bahawa stok mereka habis dan telah semaksimun mungkin menyediakan bekalan roti tersebut ke seluruh Malaysia.



Semuanya disebabkan 'panic buying" oleh sesetengah netizen. Apa yang mendukacitakan, banyak pembaziran telah dilakukan apabila stok yang dibeli banyak tidak dimakan dan dibuang sahaja.

4) Remix "Kesana-Kesini"

Remix 'Kesana Kesini' ini adalah daripada hasil ucapan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Remix yang dicipta oleh Nick Chia dan Chia Khoo Hoong ini telah menjadi menjadi tular di sosial media dengan membawa mesej supaya duduk di rumah semasa musim Covid-19 ini.


Lagu remix Kesana Kesini yang sangat cool dan kreatif ini turut mencuit hati PM Malaysia yang berseloroh kepada rakyat melalui ucapannya ketika Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS.

“Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” tambahnya.
“Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap. Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang,.

5) YouTuber Masakan Sugu Pavitra

Pasangan YouTuber dikenali ramai melalui saluran mengenai masakan, Sugu Pavithra telah mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia. Dalam masa yang singkat jumlah subscribernya meningkat kepada 1 juta langganan.



Mereka berdua yang berkongsi resepi masakan India dengan ikhlas dan fasih berbahasa Melayu ini menjadikan mereka viral dan dapat sokongan rakyat Malaysia sehingga PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan mereka penghargaan dan hadiah. Malangnya S. Pavithra bertindak memadam semua video yang telah dimuat naik di laman YouTube miliknya kerana isu peribadi. Walaubagaimanapun, Pavitra kembali memuat naik semula video masakannya secara solo tanpa suaminya, Sugu.


6) FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan satu 'group' yang dikenali sebagai 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini' ditubuhkan di Facebook. Di dalam group tersebut, pelbagai koleksi 'makanan tak jadi' boleh dikongsikan oleh netizen dan pernah mendapat perhatian dan disebut sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khasnya sebelum ini. 




Group Facebook Masak Apa Tak Jadi yang kini telah mempunyai sebanyak 2 juta langganan 'like' ini memang menceriakan hari sepanjang PKP. Memang tak kering gusi dibuatnya!

7) Menteri Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Tersasul

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang ingin menyebut "PKPB" telah tersasul dengan menyebut "KPKPBPKBPBPKPB". Yang lebih melucukan, juru bahasa isyarat di TV juga keliru dan sukar hendak terjemahkan ucapan beliau ke dalam bahasa isyarat. Peristiwa viral ini mendapat carian tertinggi dan trending di Google Malaysia.


Terdapat juga sebuah video viral dimana seorang netizen dengan loghat utara tersasul dan sukar menyebutkan perkataan "Roadblock' dan membuatkan ramai netizen geli hati.


8) Veveonah Mosibin Jawab Peperiksaan Di Atas Pokok

Pelajar jurusan Asasi Sains di UMS ini menjadi viral setelah memuat video di YouTube yang memanjat pokok kerana hendak menjawab peperiksaan online. Disebabkan masalah liputan, Veveonah terpaksa mendirikan 'rumah atas pokok' dan menjawab soalan peperiksaan di kampungnya, Pitas.


Isu ini turut menjadi kecoh di dewan perlimen apabila Veveonah dianggap menipu. Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah memohon maaf kepada Veveonah Mosibin selepas mendakwa pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu tidak mengambil peperiksaan sebagaimana yang dipaparkan menerusi videonya memanjat pokok untuk mencari capaian internet.


9) Perkahwinan Mira Filzah

Perkahwinan Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar telah dianggap sebagai Wedding Of The Year. Walaupun dilakukan di musim PKP dan hanya boleh distrim secara langsung oleh para peminat pelakon popular ini. Live perkahwinan Mira Filzah telah ditonton oleh 2.6 juta orang! Tahniah dan selamat pengantin baru buat Mira Filzah dan pasangannya.


10) Bunyi Ketukan Pintu Misteri

Rakyat Malaysia telah digemparkan dengan isu ketukan pintu misteri yang menghantui penduduk di Sabak Bernam. 


Sekitar jam 11 malam sehingga waktu pagi pintu rumah mereka akan diketuk berkali-kali dengan kuat seperti ada yang ingin masuk ke dalam rumah dengan cepat. Apabila pintu dibuka, ternyata tiada sesiapa diluar. Kejadian yang bermula di daerah Sabak Bernam ini kini telah merebak di beberapa negeri lain dan masih belum dapat dirungkai puncanya. Adakah ilmu hitam?


11) Lamaran Pelakon Kamal Adli Kepada Uqasha Senrose

Pasangan pelakon iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli hangat diperkatakan peminat menerusi laman sosial apabila Kamal Adli telah melamarnya ketika majlis AME 2020. Uqasha yang menyangka Kamal Adli sedang mempromosikan drama baru mereka akhirnya menjawab "Ya" dan menerima lamaran beliau.


Tindakan Kamal Adli tersebut telah menerima reaksi positif dan juga negatif oleh netizen. Mereka yang rapat selepas digandingkan dalam satu drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad akhirnya bakal ke gerbang perkahwinan.

Berakhirlah tahun 2020 yang penuh suka dan duka. Diharapkan kita semua diberkati, berdoa dan berharap semoga tahun 2021 akan menjadi lebih baik berbanding tahun 2020. Selamat menyambut tahun baru 2021!

Kredit gambar Google

CONVERSATION

19 comments:

  1. 12. Lopa n pu riz.. 13. Awak bertunang..kan? Hahahhaah..kisah viral 2020

    ReplyDelete
  2. Macam2 laa kejadian tahun 2020 ni..rasa sekejap jer dah nak masuk tahun 2021 dah..harap2 2021 adalah tahun gembira buat kita semua

    ReplyDelete
  3. sekejap je ye tahun 2020 ni tu pun macam-macam dah jadi tapi semua tak sedar rupanya dah setahun berlalu kejap je huhu

    ReplyDelete
  4. dalgona coffee tu sampai sekarang tak tau rasa dia macam mana. Lagi satu benda viral tahun ni, indoor plant haha famous terus snake plant tahun ni

    ReplyDelete
  5. Huhu saya tak sempat buat coffee dalgona tu sebab tengah hamil masa tu. Jadi tak minum kopi sangat. Apapun rindu pula bila teringat kembali work from home dgn suami.

    ReplyDelete
  6. banyak betul benda viral time duduk rumah ni. benda yg paling diingati pasal tahun 2020 adalah duduk rumah..hahaha

    ReplyDelete
  7. Hi kak, Memang 2020 penuh dengan pelbagai ragam dan suasana baharu kalau dahulu keluar ikut masa sekarang ada limit kena sentiasa pakai mask. hehe. Semoga Allah mengangkat wabak ini..:)

    ReplyDelete
  8. macam2 berlaku sepanjang tahun ni kan moga lebih baik untuk tahun depan untuk malaysia especially

    ReplyDelete
  9. Tahun 2020 ni memang surreal kan? Rasa nak gelak ada, nak nangis pun ada. Tapi itulah kehidupan, penuh dengan suka dan duka.

    ReplyDelete
  10. 2020 ni memang special on its own..Kita pandang yang positive aje, moga 2021 dan tahun mendatang lebih baik

    ReplyDelete
  11. Paling top gile tu Sugu dan MATJHI tu laaa..
    Dan penutup tirai, kisah Lofar laaa pulak.. huhuhu

    MOga 2021 ni tirai baru di buka dan akan ada sinar buat kita semua...

    ReplyDelete
  12. Walaupun 2020 is a tough year, banyak jugalah pengalaman menarik kan... A year to be remembered for life... Thankfully we survived over this challenging year...

    ReplyDelete
  13. FB masak apa hari ni is so cute! I missed out on that think it's not too late to check them out lol

    ReplyDelete
  14. macam2 yg terjadi kt malaysia this year haha. mcm drama tv3 pulak. but thankfully there are so many goodness despite the bad, and our country is still going strong. thanks for sharing these beautiful memories with us one more!

    ReplyDelete
  15. hehehe biasa lah tahun 2020 dah berlalu kita lalui dengan penuh mencabar dan juga penuh dugaan sekarang ni macam mana nak hadapi tahun 2021 lak hurmmmm kena berani dan buat yang baru lah kot...

    ReplyDelete
  16. Aaaaa bestnya entry ni. Mengimbau kenangan betul. 2020 tahun paling mencabar buat semua orang. Stay safe semuanya!

    ReplyDelete
  17. wa you are so right! All this will become memory in our heart forever. The Dalgano coffee taste so good I made it a few times haha

    ReplyDelete
  18. Dalam banyak-banyak tu, paling mencabar kena lockdown. Duduk umah diam diam.
    Seksa jugak masa tu kan.

    ReplyDelete

Back
to top