Trending


Resepi Kari Ikan Tenggiri Confirm Sedap - Bella Jamal

Resepi Kari Ikan Tenggiri Confirm Sedap | Hai semua! Macam biasalah ayat 'cliche' sis Bella yang lama tak menghapdate resepi. Minggu lepas Kak Bell bersama rakan-rakan gigih menyiapkan menu hidangan menggunakan barangan Nestle. Cuba nasib sertai pertandingan memasak #SnekMacamPro Nestle. Kami semua menyediakan 4 menu resepi iaitu Lasagna Mi Maggi Ayam Masak Merah, Nestle Omega Plus Mini Donut, Linguini Al Fredo dan Pau Ceria Unicorn Nestle. Team Kak Bell sediakan Pau Ceria Unicorn Nestle yang berwarna-warni dengan inti yang menarik. Nanti Kak Bell kongsikan resepinya.


Selepas selesai penggambaran, petang tu terus masak untuk hidangan makan tengahari dengan lauk kegemaran tempe dan kari ikan. Memang sedap sangatlah makan dengan nasi panas. Sebelum ini kalau Kak Bell memasak kari, Kak Bell bedal kan aja asalkan ada kari dengan rempahnya. Patutlah tak pernah nak sedap! Kak Bell gugel salah satu resepi ikan dan nampak resepi daripada Nurul Ateekah yang paling banyak dikongsi. Mesti sedap resepinya kan.

Kalau anda nak tahu jika memasak kari ikan, tak payah masukkan kulit kayu manis, gunakan halba campur serta air asam jawa untuk mendapatkan hasil kari ikan yang sedap. Untuk masakan kari ayam dan daging, barulah gunakan asam keping.


Kemudian untuk santan sudah semestinya lebih sedap jika menggunakan santan segar berbanding santan kotak. Kalau tak nak gunakan santan, maka jadilah kari ala Mamak Style. Jom ikuti resepi Kari Ikan Tenggiri yang confirm sedap ni!

Bahan A
4-5 potong ikan tenggiri
2 paket kecil kari Babas
1 sudu besar halba campur
1 tangkai daun kari
2-3 sb asam jawa (dibancuh)
Santan segar
Sedikit air
Garam/perasa

Bahan B
1 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih

Bahan C
12-15 batang bendi
1 biji lada hijau/cili merah
2 biji tomato


Cara penyediaan kari ikan tenggiri:
1) Kisar/blend 1 biji bawang besar dan hiris kasar bawang putih. Nak blend bawang merah bawang putih sekali pun boleh.


2) Panaskan minyak dan masukkan bahan halba campur bersama bahan B. Tumis bahan/bahan kisar sampai wangi.
3) Masukkan serbuk kari, daun kari dan kacau sampai pecah minyak.


4) Masukkan air asam jawa secukupnya dan perasakan dengan garam, perasa secukup rasa.

5) Bila dah mendidih, masukkan ikan tenggiri.


6) Kemudian masukkan bendi, lada hijau.


7) Akhir sekali, masukkan santan dan tomato masak hingga sayur layu.


TIPS!
  • Jangan gunakan kulit kayu manis untuk masakan kari ikan
  • Masak dengan api perlahan sekejap sahaja supaya ikan tidak hancur
  • Boleh juga gunakan terung
  • Tak pakai cili padi/cili api atau daun kesum sebab bukan masak asam pedas

Kalau dapat kari kepala ikan pun sedap juga kan. Ada yang tidak kisah samada nak gunakan asam jawa atau asam gelugor. Tapi kalau nak sedap cuba jangan derhaka pada resepi kari ikan sedap ni. Hehe. Oklah sis nak buat resepi lain pulak. Buat asam pedas ikan tenggiri atau masak lemak padang pun menarik jugak kan. Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post