Kontroversi Pertama Vokal Mania Melanda Nuha Bahrin

Baru bersiaran 2 episod, kontroversi pertama melanda seorang Rookie Vokal Mania, Nuha Bahrin. Dikecam netizen kerana persembahannya yang kurang memuaskan, Nuha juga telah mendapat Rookie Star Award bagi minggu kedua, yang pengundiannya merangkumi 70% undian awam di www.xtra.com.my/vokalmania dan 30% markah daripada Juri Tetap.


Apabila ditemui untuk ditemu bual di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Nuha menjelaskan bahawa Nuha tahu kekurangan persembahannya itu akan mengundang kecaman netizen, namun Nuha faham. Nuha juga menjelaskan bahawa dia sungguh tidak menyangka diundi sebagai Rookie Star Award oleh orang awam. Walau bagaimanapun, Nuha menerima keputusan kedua-dua juri yang memilih Tomok sebagai pemenang battle dan pilihan orang awam yang memilihnya sebagai Rookie Star Award, malam itu.

Selain itu, Tomok dan Aina Abdul yang minggu lalu tewas di tangan Rookie, menebus diri mereka pada malam pertarungan minggu kedua ini. Sungguhpun begitu, mereka amat menyanjung kedua-dua Rookie yang menentang mereka kerana Nuha dan Fiera bukannya calang-calang Rookie dan mempunyai bakat yang luar biasa.


Berikut adalah senarai persembahan konsert tersebut:

1) Fiera VS Aina Abdul



Fiera (Rookie)/ Destinasi Cinta
Aina Abdul (Idol) / Semalam
Fiera VS Aina Abdul / Cinta (Melly Goeslaw & Kris Dayanti)
Pemenang: Aina Abdul (Idol)

2) Razak A’ai VS Lan Solo



Razak A’ai (Rookie) / Sakit
Lan Solo (Idol) / Kejoraku Bersatu
Razak A’ai VS Lan Solo / Drama
Pemenang: Lan Solo (Idol)

3) Daniesh Suffian VS Indah Ruhaila



Daniesh Suffian (Rookie) / Bukan Cinta Biasa (Afgan)
Tomok (Idol) / Ikut Rentakku
Daniesh Suffian VS Indah Ruhaila / Salahkah (Hafiz Suip & Dato Rossa)
Pemenang: Indah Ruhaila (Idol)

4) Nuha Bahrin VS Tomok



Nuha Bahrin (Rookie) / Kekasih Awal Dan Akhir
Lan Solo (Idol) / Sumpah
Nuha Bahrin VS Tomok / Di Matamu
Pemenang: Tomok (Idol)
Rookie Star Award: Nuha Bahrin

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap. Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap. 


Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan menangi wang tunai dari hadiah terkumpul bernilai RM80,000.


Program ini turut mendapat sokongan penaja bersama Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa” dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” serta rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, juga rakan radio Hot FM.

Nantikan minggu ketiga Vokal Mania di kaca televisyen anda pada 7 November nanti. Siapakah Idol yang yang akan dicabar oleh Hakeemzamall, Aufahanie, Nursyafiqnaser dan Qiem Churros? Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3! Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia untuk info lanjut. Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top