Separuh Akhir The Masked Singer Malaysia: Tekaan Netizen Siapa Rafflesia Memang Tepat!

Akhirnya, diam tak diam rancangan The Masked Singer Malaysia dah pun masuk ke pentas separuh akhir. Untuk minggu suku akhir lalu, Reno telah tersingkir dan kostum tersebut dipakai oleh pelawak Chiwan. Maaflah Kak Bell memang tak kenal ramai pelawak, cuma kenal Jep Sepahtu atau Syuib aje. Untuk siri separuh akhir semalam, 6 orang peserta meneruskan perjuangan untuk ke pentas acara final The Masked Singer Malaysia.


Dalam episod separuh akhir, setiap peserta akan menyanyikan 2 buah lagu dalam slot persembahan solo dan duet. Untuk semalam memang Kak Bell rasa puas hati sangat sebab kesemua peserta menyanyi dengan best dan pilihan lagu pun juga menarik. 

Bagi persembahan duet/battle, sudah tentulah persembahan di antara Rajah Brooke & Bunga Raya memang paling power. Sama-sama boleh menyanyi nota tinggi dengan baik dan saling melengkapi nyanyian dorang.




Minggu separuh akhir menyaksikan Bunga Raya mengungguli di tempat pertama dan pada Kak Bell memang selayaknya Bunga Raya mendapatkan markah tinggi. Bunga Raya diantara peserta faveret Kak Bell dengan keletahnya yang lucu manja dengan hos AC Mizal.

Kak Bell pada awalnya menjangkakan Wau atau Orang Utan yang bakal tersingkir. Kalau tak silap, Rafflesia tidak pernah berada di bottom 3 sebelum ini dan akhirnya Rafflesia terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dan sekaligus tersingkir pada minggu separuh akhir semalam.


Seperti yang dijangka, selebriti dibalik topeng Rafflesia adalah pelakon Datin Paduka Eina Azman. Tak sangka juga ya, DP Eina Azman pandai menyanyikan lagu dengan amat baik. Walaubagaimanapun, lagu mash-up I Will Survive (Gloria Gaynor) & Survivor (Destiny's Child) memang layan!

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu separuh akhir daripada para juri:

Solo

#1 Bunga Raya (Gemilang/Jaclyn Victor) : 96.00%
#2 Rajah Brooke (Bukan Dia Tapi Aku/Judika) : 94.00%
#3 Enggang (Uptown Funk/Bruno Mars) : 91.00%
#4 Orang Utan (Seribu Tahun/Imran Ajmain) : 90.00%
#5 Wau (Bunga-Bunga Cinta/Misha Omar) : 89.00%
#6 Rafflesia (I Will Survive & Survivor/Gloria Gaynor & Destiny's Child): 78.00%

Duet

#1 Rajah Brooke & Bunga Raya (This Is Me/Keala Settle & The Greatest Ensemble)
#2 Wau & Rafflesia (Drama King/Meet Uncle Hussain ft Black)
#3 Enggang & Orang Utan (Satu/Tan Sri SM Salim & Zainal Abidin)

Bagaimana dengan minggu final nanti buat 5 peserta yang tinggal? Harap-harap adalah season 2 The Masked Singer Malaysia kan!

Kredit:
Astro & Astro Gempak

CONVERSATION

2 comments:

  1. tak sabar nak tengok akhir punya. sesorang tu sapa. tapi yang wau tu rasa alyah. hurm rasa jela haha. sedap Datin Paduka Ena Azman ni nyanyi. tak sangka dia nyanyi, ingat penyanyi mana. Rupanya dia. Peh serious sedap juga ek suara dia, enjoy kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Wau konpem Alyah. next week jgn lupa tau! hehe.

      Delete

Back
to top