Rezeki Berhijab : Cik Maggis Dilantik Duta Xorra Body Wash

Farmasia Sdn. Bhd. memperkenalkan produk mandian Xorra Body Wash yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi selain haruman tahan lama yang menyegarkan. Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak terpanggil untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baru disebabkan pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak memberi impak kepada ekonomi warga tempatan.


Pada mulanya beliau tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri. Memandangkan syarikat Farmasia Sdn. Bhd. sejak 2009 lagi telah menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara, timbul idea dari pengasasnya untuk keluarkan produk di dalam bidang kecantikan. Maka lahirlah sabun mandian Xorra Body Wash kerana industri kecantikan mempunyai pasaran yang berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya.

Cik Manggis Sebagai Duta Xorra Body Wash

Farmasia Sdn Bhd memperkenalkan duta Xorra Body Wash: The Science of Care iaitu Cik Manggis. Menurut Puan Zohrah, pemilihan selebriti popular itu dilakukan kerana tepat dengan keunikan ciri-ciri sabun mandian tersebut.
“Cik Manggis seorang yang bekerjaya, isteri, ibu dan profesional. Ciri-ciri ini sesuai dengan 3 rangkaian haruman Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya.

Cik Manggis amat bersyukur kerana mendapat rezeki yang lebih banyak sejak keputusannya ikhlas berhijab termasuklah menjadi duta produk mandian, Xorra Body Wash selain beberapa lagi tawaran sebagai duta produk setelah berhijab. Cik Maggis yang merupakan salah seorang anggota kumpulan De Fam mengakui dia adalah seorang yang aktif, agak memilih untuk menjadi duta sesuatu produk sebelum mencubanya terlebih dahulu.


Cik Manggis juga yang ditanya tentang promosi, beliau Menolak untuk membuat promosi secara gimik murahan yang dilihat mungkin akan menjatuhkan nama baik kedua-dua belah pihak dan dia lebih selesa untuk mempromosikannya secara normal dan percaya produk ini akan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Xorra Body Wash: The Science of Care

Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam 3 haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Ketiga-tiganya mempunyai haruman perfumes yang berbeza dan tahan lama. Sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran tempatan terutama kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain haruman parfum yang lebih kuat dan tahan lama.


“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya ketika pelancaran produk berkenaan baru-baru ini.
“Kami menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semulajadi seperti ekstrak ros dan minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia. Kami cuba mengelak daripada penggunaan bahan kimia kerana ia akan mengganggu kulit kita kemudian hari," tambah beliau lagi.
Xorra diambil daripada perkataan Arab, ZAHRAH yang bermaksud BLOSSOM atau KEMBANG. Biarpun setiap pagi kita melihat bunga yang kembang tetapi ramai yang tidak tahu tentang keunikan essence di sebalik itu. Warna, haruman dan tenaga kembangan bunga itu menjadi inspirasi kecantikan Xorra.


“Kami mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti. Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian XORRA. So, XORRA is really the SCIENCE OF CARE,” katanya.

Setiap botol Xorra Body Wash: The Science of Care mengandungi 300ml yang dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol dan boleh didapati dari agen dan stokis mereka di seluruh negara.

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top