Nikmati Sensasi Pedas MALA-Tup Ayam Goreng Mala Terbaru Marrybrown!

Sebut sahaja Marrybrown, pasti anda sudah terbayang keenakan ayam goreng dan burgernya. Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa iaitu MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.


Kak Bell yang meminati hidangan pedas, sudah semestinya menjadi orang terawal yang ingin mencuba dan merasai rasa MB Mala Fried Chicken Marrybrown ini. Anda hendak tahu bagaimana rasa ayam terbaru MB ini, jom baca lebih lanjut.

Hasil Gabungan Lada Sichuan Dan Cili Kering Khas Yang MALA-tup!

Hidangan terbaharu Marrybrown ini merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas yang bakal memberikan pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat rasa Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau! 

Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala. Ketika menu ini dicipta, Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat. 

"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua.

 

4 Hidangan Menarik Ayam Goreng Mala Marrybrown

Terdapat empat jenis hidangan berbeza yang boleh anda cuba. Bagi peminat ayam goreng pedas, terdapat dua pilihan kombo iaitu hidangan 2 ketul Ayam Goreng Mala atau 2 ketul Ayam Goreng Mala. Kedua-dua kombo ini dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.
Ayam Goreng Mala 2pcs Combo - Harga dari RM 15.90
Ayam Goreng Mala 3pcs Combo -Harga dari RM 18.80

Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk menikmati Kombo Bubur Ayam MALA.
Bubur Ayam Mala-tup Combo -Harga dari RM 14.60

Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, anda semua boleh cuba hidangan Mala Box Meal yang datang dengan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik dan merupakan pilihan yang sangat berbaloi! Setiap hidangan kombo disajikan bersama minuman Coca-Cola yang menyegarkan.
Mala-tup Box Meal -Harga dari RM 22.60

Ayam Goreng Mala Terbaharu Marrybrown Janjikan Pengalaman Berapi!

Kak Bell telah mencuba keempat-empat menu hidangan Ayam Mala Marrybrown. Basically kita nak tahu bagaimanakah rasa Ayam Goreng Mala, Burger Ayam, Bubur Ayam MALA dan jejari kentang Mala. Untuk gigitan pertama, anda semua belum rasai kepedasannya. Selepas gigitan kedua ketiga, rasa pedasnya akan datang kemudian. Dah lama sikit makan baru kepedasannya menjelma!

Rasa pedas lada Sichuan dengan cili kering khas yang digunakan memang ada kelainan rasa dari ayam goreng segera pedas yang lainnya. Memang terasa sensasi pedasnya pada lidah tetapi Kak Bell masih tahan dengan tahap kepedasannya. Rasa macam nak mala-tup jugalah tetapi Kak Bell masih boleh habiskan terus 2 ketul ayam goreng Mala tersebut.




Untuk Bubur Ayam MALA boleh tahan juga pedasnya. Walaupun kepedasan untuk ayam mala bubur MB ini sederhana, tetap terasa pedasnya dalam perut! Selepas gaul rata ayam mala bersama dengan bubur, rasa pedas ayam mala memang sangat ngam dan ada rasa yang unik. Untuk burger ayam biasa sahaja dan Mala Fries was not bad! Memang sedap. Pada Kak Bell keseluruhan hidangan Ayam Mala Marrybrown ini sedap dan terbaik! Pasti Kak Bell akan repeat makan sekali lagi.


Bagi anda semua yang sudah mencuba, bolehlah tinggalkan komen anda samaada anda suka atau tidak dengan perisa terbaru Ayam Goreng Mala Marrybrwn. Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari laman sesawang dibawah.  

Marrybrown website: https://marrybrown.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Twitter: https://twitter.com/MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/


#Marrybrown #MarrybrownMY #Something different
#Malatup #MBMalaFriedChicken

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top