Reno Tersingkir Di Episod Suku Akhir The Masked Singer Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Reno Tersingkir Di Episod Suku Akhir The Masked Singer Malaysia

Trending

Reno Tersingkir Di Episod Suku Akhir The Masked Singer Malaysia

Hi semua! Semalam The Masked Singer Malaysia sudah pun memasuki episod suku akhir yakni minggu ke-6 pertandingan. Kalau dah hari Jumaat, memang tak sabarlah malamnya hendak menonton The Masked Singer Malaysia. Debaran sangat nak ketahui siapa yang bakal tersingkir dan siapakah sosok di balik topeng tersebut. Jadi macam biasa, Kak Bell layan rancangan TMSM ni di AstroGo #OnDemand.


Untuk minggu lalu, Ayam Jantan yang dipakai oleh Hairul Azreen telah tersingkir dan seramai 7 orang peserta masih berentap dalam episod suku akhir semalam. 

Persembahan peserta malam semalam ada yang sedikit menurun dan ada yang meletop. Peserta pilihan setiap minggu Rajah Brooke pada Kak Bell agak biasa-biasa sahaja semalam. Rajah Brooke membawakan lagu Akan Ku Tunggu/Candy dan Bunga Raya yang kerap kali berada di kedudukan 3 terbawah telah melonjak naik dengan persembahannya yang mantap. Enggang pun membawakan kelainan dalam persembahan beliau dan Kak Bell suka!


Masalahnya untuk rancangan ini, peserta kena nyanyi best pada setiap minggu sebab kedudukan teratas di minggu yang sudah tidak menjamin mereka akan selamat di episod seterusnya. Semuanya bergantung kepada pemarkahan juri pada minggu yang berkenaaan. Selepas persembahan, Kak Bell menjangkakan peserta yang bakal dapat markah tinggi adalah Rafflesia, Bunga Raya dan Enggang. Manakala yang tersingkir samaada Reno atau Wau.

Tekaan Kak Bell untuk pentas minggu suku akhir kali ini agak tepat. Enggang berjaya mengungguli tempat pertama dengan dendangan lagu Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura dan Rajah Brooke menjunam ke bawah. Nyanyian Enggang memang best sebab membawakan lagu wanita dan sampai nota tinggi! Memang layaklah dapat tempat pertama. Bunga Raya pun best sebab nyanyikan lagu yang sukar dinyanyikan iaitu Mengapa/Nicky Astria.


Walaubagaimanapun, Reno yang dipakai oleh pelawak Chiwan yang berada dikedudukan terbawah bersama Wau dan Rajah Brooke terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Khayalan dendangan asal kumpulan Ruffedge dan VE sekaligus tersingkir. Rajah Brooke pun boleh 'bottom three' ye.


Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperoleh daripada para juri:

#1 Enggang (Awan Yang Terpilu/Ning Baizura) : 90%
#2 Bunga Raya (Mengapa/Nicky Astria) : 89%
#3 Orang Utan (Seksis/Anita Sarawak) : 84%
#4 Rafflesia (Tiada Lagi Kidungmu/Lefthanded) : 81%
#5 Rajah Brooke (Akan Ku Tunggu/Candy) : 73%
#6 Wau (Hilang/Najwa Latif) : 72%
#7 Reno (Khayalan/Ruffedge & VE) : 72%


Setelah masuk minggu ke-6 rancangan The Masked Singer Malaysia, Kak Bell nak 'locked' tekaan Kak Bell siapa disebalik topeng tersebut.

Enggang - Tak tahu!!
Bunga Raya - Aina Abdul
Orang Utan - Tuju
Rafflesia - DP Eina Azman
Rajah Brooke - Vanessa Ceria Pop Star
Wau - Datin Alyah


Reno sebelum ni Kak Bell teka Zahid AF. Okla jugakkan walaupun salah dari tekaan meraban sampai Wan Maimunah bagai. Mungkin sengaja juri nak buat lawak supaya rancangan ceria kot kan. Agak-agak siapa disebalik topeng The Masked Singer Malaysia?

Kredit:
Astro dan Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post