Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City Dengan Kak Bella

Trending

Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City Dengan Kak Bella

Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City Dengan Kak Bella | Hujung minggu baru-baru ini Kak Bell bercuti 2 hari setelah kepenatan bekerja 'straight' 5 hari. Biasa dalam seminggu mesti ada cuti longkang dan tidaklah penat sangat. Disebabkan sudah lama tidak berhujung minggu dan duduk melepak bersama kawan-kawan, jadi 2 hari tersebut Kak Bell pulun ke sana-ke sini berjalan dan tentunya lah pergi mengopi! Jom baca nak tengok apa menu menarik di Kenny Hills Bakers.

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Pada hari Sabtu Kak Bell menyinggah di Sunway Putra Mall nak melawat kedai 2 hengget yang baru dibuka iaitu NOKO. Bukan main ramai umat manusia kat NOKO sebab dah viral kan. Maklumlah rakyat Malaysia ni pantang viral, memang pasti diserbu. Disebabkan keadaan terlalu sesak dan berisiko so Kak Bell tak jadi masuk NOKO. Nanti bila reda baru kita pi ye.


Kebetulan pula ada Guardian buat sale, so beli apa yang patut. Kemudian sengaja cuci mata masuk ke Nichii dan Kitschen, terbeli lah pulak baju 3 helai dan seluar jeans 2 helai. Mana tidaknya sebab harga RM40 ke bawah aje. Biasa sehelai jeans dalam RM80 ke atas baru dapat. So, sebab murah Kak Bell beli. Tak mampulah ye beli yang mahal-mahal. Selepas melantak Ayam Penyet Best, terus gerak ke Nexus Bangsar South mengopi di Starbuck.

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Esoknya pula, masih lagi keluar berjalan makan nasi ayam Hainan di Plaza Damas, Hartamas kemudian ke Bukit Tunku nak mengopi di Kenny Hills Bakers. Siapa yang pernah datang ke sini pastinya jatuh hati dengan pastri atau kek kat sini. Cuma nak bagitahu entri ini bukan entri sponsored ye. Kalau ada tempat menarik dan best pasti Kak Bell akan kongsikan kat sini buat korang.

3 Cawangan Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers ini mula beroperasi kecil-kecilan bermula pada tahun 2014. Sekarang ini terdapat 3 buah cawangan di sekitar KL yang terletak di Bukit Tunku, Desa Park City dan Ampang.

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Disebabkan hendak mengopi dengan suasana cozy, nyaman dengan suasana hutan, so Kak Bell dan kawan-kawan plan minum kat outlet Bukit Tunku. Pada masa Kak Bell pergi haritu, kawasan jalan depan tu dalam proses renovasi, jadi agak sesak la sikit dan dapatkan parkir kereta. Lepas park kereta, nampak barisan panjang umat beratur. Aduhaiiii, full house! Jadi tak dapatlah Kak Bell nak merakam scenes and other cool pics kat outlet ni.

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Kenny Hills Bakers Desa Parkcity

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Kak Bell memang jenis yang malas menunggu semata-mata nak tunggu seat dengan keadaan orang yang ramai gile beratur, so terus plan ke outlet Desa Park City. Korang boleh makan kat dalam atau lepak kat outdoor seating. Kitaorang dining kat dalam sebab waktu tu hujan lebat. 


Buat peminat organic bread and pastries atau kek (pakai organic flour), fresh bakes, pastinya setuju dengan kualiti hidangan di sini. Selain itu, piza pun ada. Jadi, semalam Kak Bell datang untuk cuba Peach Strudel yang laris di sini dan juga kek Tiramisu.

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Kek Tiramisu (RM15)

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
peach strudel Kenny hills price (RM18)

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Cappucino (RM11), Latte (RM11), Mocha (RM13)

Di antara Peach Strudel dan Kek Tiramisu, Kak Bell lebih gemar Kek Tiramisu. Rasa dia memang tersangat sedap. Walaupun Kak Bell bukan peminat kekacang, terutamanya kalau dalam kek tapi untuk outside layer kek Tiramisu ni memang best gile! Kak Bell suggest korang semua cuba, confirm tidak mengecewakan dan korang nak lagi!

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
The Hawaiian Pizza 8 inch (RM25)


Untuk piza pun ada macam-macam seperti MARGHERITA WITH BURRATA, AL FUNGHI, BEEF PEPPERONI, SMOKED SALMON, THE SICILIAN dan lain-lain. Untuk kali pertama ni, Kak Bell cuba The 
Hawaiian Pizza bersaiz 8 inci. Kalau rasa tak cukup, boleh order piza 12 inci. Piza di Kenny Hills Bakers ni pun not bad! Semua dimasak secara 'live' dalam wood fired oven. Boleh tengok sendiri products behind the scenes!

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Ni Kak Bell kongsikan diantara menu kek dan pastri with interesting recipes untuk korang semua cuba!

Kek
Black Forest Cake (3.5” round) - RM15
Burnt Cheesecake - RM15/slice
Chocolate Truffle Torte - RM15/slice
Crumble Cheesecake (3.5” round) - RM15
Orange Polenta Cake (gluten-free) - RM15/slice
Salted Caramel Apple Cheesecake - RM15/slice
Tiramisu Cake (3.5” round) *no alcohol - RM15


Pastry
Plain Croissant - RM7
Pain au Chocolat - RM8
Almond Croissant - RM9
Pain au Raisin - RM8
Cinnamon Danish - RM8
Scone (served with clotted cream and homemade strawberry jam) - RM8
Signature Egg Tart - RM7
Canelé - RM6
Chocolate Chip Cookies - RM6

Selain dining in, korang pun boleh take-away dan delivery. Yang mana nak lihat menu lain, buat tempahan dan nak dapatkan kenny hills bakers early updates on new products, boleh klik sini > https://www.kennyhillsbakers.com/deliveries-takeaways

Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Lot B-2, Taman Tunku,
Off Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur. 
Hours: Every day 8am–10pm (8am-6pm during CMCO)
Phone:03-6206 4111

Kenny Hills Bakers Desa Park City
GF-06 Waterfront,
5, Persiaran Residen Desa Park City,
52200 Kuala Lumpur.    
Hours: Every day 8am–10pm                                        
Phone:03-6419 5990

Kenny Hills Bakers Ampang
241-B, Lorong Nibong,
Off Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm (8am-7pm during CMCO)
Phone: 03-4265 2020

Kalau korang nak try good food, sesambil lepak minum a cup of hot choclate atau coffee, meh datang sini. Yes, memang confirm Kak Bell akan datang lagi ke sini nak cuba menu yang lain. We really look forward to sharing more of our world with you on the next visit.

**Kenny Hills Bakers halal atau tidak? Masa Kak Bell edit semula artikel ni, ada terjumpa info meragukan tentang kesahihan Halal. Mohon pembaca semua rujuk semula status halalnya ya.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Ya ampun! Nampak menarik betul semua pastri dia kak Bell 😱😱

    ReplyDelete
Previous Post Next Post