Joget Naim Daniel Gemparkan 3 Juta Penonton Immortal Songs - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Joget Naim Daniel Gemparkan 3 Juta Penonton Immortal Songs

Trending

Joget Naim Daniel Gemparkan 3 Juta Penonton Immortal Songs

Penyanyi graduan jurusan muzik, Naim Daniel menggemparkan audien TV3 apabila menggubah semula lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ milik ratu rock negara kepada genre Irama Malaysia, dalam Immortal Songs, Ahad lalu. Menurut Nielsen Malaysia lebih 3.4 Juta penonton menjadi saksi Naim Daniel berjaya memegang rekod tertinggi menandingi Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff dan Naqiu pada malam tersebut.


Pada hari Ahad ini (13 September 2020), Immortal Songs akan menampilkan komposer lagenda, Fauzi Marzuki bersama enam penyanyi, Luqman Faiz, Kugiran Masdo, Amir Masdi, Fieya Julia, Azmi Saat dan Tajul Ariff yang akan memberi nafas baharu kepada lagu beliau.


Berikut adalah lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh keenam-enam penyanyi di Immortal Songs akan datang:

Luqman Faiz - ‌Lagenda
Kugiran Masdo - Jejaka Idaman 
‌Amir Masdi - Sepi Sekuntum Mawar Merah
Fieya Julia - Di Alam Fana Cinta
Azmi Saat - Penghujung Rindu
Tajul Ariff - Pada Syurga di Wajahmu



Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka. Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut. 


Adakah anda bersedia untuk melihat kreativiti terunggul penyanyi kegemaran anda? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Immortal Songs, setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 30 Ogos 2020.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post