Jom Raya Secara Sihat Dengan Juadah Sihat Kismis California - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jom Raya Secara Sihat Dengan Juadah Sihat Kismis California

Trending

Jom Raya Secara Sihat Dengan Juadah Sihat Kismis California

Hai semua! Pejam celik sudah sebulan kita menunaikan ibadah berpuasa. Sekejap sahaja rasanya dan esok hari Raya bakal menjelma. Tahun ini memang hari Raya kita semua diraikan dengan suasana berbeza, sambut aidilfitri gaya norma baharu. Walaupun diberi kelonggaran, jika kita tidak mengikut SOP norma baru yang disarankan kerajaan, kita mungkin akan berhadapan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Bagi mencegah lonjakan kes Covid-19 di negara ini, Kak Bell harap anda semua masih mengekalkan langkah berjaga-jaga supaya tiada kluster Raya yang dijangkiti.


Di musim perayaan ini, sudah tentulah pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadaki. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini. Di sini Kak Bell kongsikan beberapa tips dan garis panduan yang boleh diamalkan seperti;

  • Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  • Pilih makanan yang sihat.
  • Pilih makanan yang tinggi serat
  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
  • Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  • Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Anda boleh pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.


Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan.

Kismis California ini tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi. Kemanisan semula jadi Kismis California juga dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.

Cik Nurul Aziah Musa

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati. Di sini Kak Bell nak kongsikan 2 buah resepi ringkas iaitu Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard dan Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California.

Raya nanti kalau tak tahu nak sajikan apa kepada tetamu, anda semua boleh cuba resepi California Raisin oleh dietitians Cik Nurul Aziah Musa dan Cik Rushda Adiba Ismail ini sebagai pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya. Jom kita tengok resepinya.


Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad


Bahan A (Puding Roti)
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B (Sos Kastard)
400ml susu segar
50ml air 
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard

Cara penyediaan Puding Roti:
1) Masukkan 500ml susu segar dalam bekas.
2) Tambah 3 biji telur, mentega yang dicairkan dan 1 sudu teh esen vanilla, kacau semua bahan sehingga sebati.
3) Koyakkan atau boleh potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti.
4) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
5) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti.
6) Taburkan Kismis California.
7) Bakar selama 30-35minit, pada suhu 180°C.

Cara penyediaan Sos Kastard
1) Tuangkan susu segar, air, gula dan tepung kastard.
2) Kacau sebati bahan-bahan untuk mengelakkan berketul.
3) Masak di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
4) Boleh tutupkan api.

Puding roti dengan sos kastard yang sejuk ini memang sesuai dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat. Untuk resepi kedua pula, jom baca selanjutnya.

Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California


Bahan A (Sos Buah Mangga dan Kismis California)
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
1/2 biji mangga puri

Bahan B (Dadih)
2 cawan air
10g serbuk agar-agar
1 liter susu segar
3 sudu makan gula perang

Cara penyediaan dadih:
1) Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar hingga larut dan mendidih.
2) Masukkan susu segar dan gula.
3) Apabila sudah mendidih tutupkan api.
4) Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk.
5) Sejukkan dadih di dalam peti ais.

Cara penyediaan sos buah mangga:
1) Kisar mangga hingga menjadi puri.
2) Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib.

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi. Ramadhan yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi ini, Kak Bell nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua. Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, anda boleh lawati laman web https://www.raisins.org dan caraisins.com serta laman Facebook mereka di California Raisin. Bolehlah anda semua mencubanya nanti.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post