Resipi Udang & Taugeh Teppanyaki

Semalam KaK Bell terpaksa juga keluar ke shopping mall terdekat untuk beli blender. Kisahnya lesung batu kena bawak lari dan blender pecah, so susahlah Kak Bell nak menyediakan juadah dan masakan di rumah ni. Memang dah beli lesung batu baru di DIY, tapi kaedah nya comel sangat saiznya. Lesung batu DIY tu jenis macam batu seramik, macam lesung nak tumbuk herba. Jadi tak convenient sangat bila nak tumbuk bawang dan cili dengan kuantiti banyak. Kadang-kala masa memasak, Kak Bell bedal sahaja gunakan pengisar kering. Jadi agak leceh. 


Bila dah sampai mall terus sahajalah beli barang-barang basah dan keperluan lain untuk kegunaan harian disebabkan PKP pun telah diumumkan lanjut hingga ke tarikh 28 April 2020. Jenis Kak Bell pula, kalau dah sampai tempat barang basah semua barang kalau boleh nak beli. Kadang-kadang sampai tak termasak sayur yang dibeli. Bagi mengelakkan pembaziran, Kak Bell cari sayuran yang lebih tahan untuk penyimpanan. Dalam otak macam-macam resepi nak buat. Kak Bell dah ada beli tauhu telur, kacang dal, tauhu, toge, tempe, semua Kak Bell beli.


Balik semalam pun dah agak lewat. Sempat siapakan artikel resepi Spageti Carbonara Durhaka, kemudian baru pergi masak. Ingatkan nak masak lemak pakai tauhu atau buat sup tauhu telur. Akhirnya Kak Bell buat resepi paling mudah 5 minit je masak siap iaitu Resipi Udang & Taugeh Teppanyaki. Mungkin ada yang tak sukakan taugeh. Kak Bell suka makan taugeh tapi taugeh kecil. Taugeh kasar yang besar tu memang Kak Bell tak suka sebab ada bau yang kuat. Anda semua macam mana? Peminat tegar taugeh juga ke?

Bahan-bahan
Udang sedar
1 genggam taugeh
1/3 lobak (potong halus panjang)
3 ulas bawang putih
1 sudu teh sos tiram
Serbuk lada hitam
Sedikit kicap cair
Minyak zaitun


Cara memasak:
1) Cincang halus bawang putih, cuci bersih udang dan siang taugeh kalau rajin.


2) Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali.
3) Tumis bawang putih hingga kekuningan⁣/brownish.
4) Masukkan lobak/ karot dan kacau seketika.


5) Masukkan udang dan biarkan udang masak.



6) Masukkan sos tiram, sedikit kicap cair dan diikuti serbuk lada hitam. Lada hitam dalam 2 cubit pun dah ok.


7) Akhir sekali masukkan taugeh dan aduk rata bahan. Siap!

TIPS!
  • Boleh gantikan udang dengan ayam atau daging. Tambahkan sedikit air jika gunakan daging supaya empuk
  • Kalau jenis rajin boleh siang taugeh dengan buang bahagian akar/hujung toge
  • Jika tiada kicap cair, boleh gunakan kicap soya biasa
  • Boleh tambahkan daun kucai dalam masakan Teppanyaki
  • Masak dengan api sederhana sebab semua bahan cepat masak
  • Supaya taugeh rangup, aduk rata taugeh dengan cepat kemudian tutupkan api
  • Tak perlu tambahkan garam

Memang pantas ya masakan ni. Kak Bell makan dengan nasi putih sahaja ya. 1 porsi masakan tu habis Kak Bell kerjakan seorang diri. Seriously memang sedap. Rasa lada hitam dengan taugeh tu memang rasa macam makan kat restoren Teppanyaki. Esok nak try buat daging Teppanyaki pula. Terliur pula nak makan daging. Selamat mencuba!

CONVERSATION

21 comments:

  1. Kita kalau pi buffet ramadhan, menu ni laaa kita amik dulu tau..sedap gile, lagi kalau hotel guna mussel beso-beso, geram nengok...bahan tu semua ada, tengok esok kalau rajin buat, sebab dalam list dah ada menu untuk esok, boleh celah satu lagi...kita suka makan taugeh hahahaa

    ReplyDelete
  2. masakan 5 minit mcm ni yg favaurite ni.. tq share... tak terfikir nak buat mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Baru jer nak buat menu ni Bell, ada problem masa follow up hari ni...do dah pesan no seafood at the moment....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..Get well soon. Later boleh makn seafood balik.

      Delete
  4. Senang je kan masak teppanyaki ni sebenarnya kan sis bella. Za suka masak daging.. Boleh la cuba utk udang pula.thanks share

    ReplyDelete
  5. Terer la Bel masak. Nampak sedap la masakan ni sebab sis suka udang. Bahan yang digunakan juga simple. Sis suka benda yang simple. Susah2 tu sis surrender la awal2.

    ReplyDelete
  6. lebih kurang sama cara masak kita, sis.
    cuma aida tak pernah letak udang :)
    bukan tak suka udang = sgt suka!!! tapi elergi resdung :( hu hu hu hu...
    taugeh memang aida matching kan dgn carrot. mcm sesuai sgt kan :)

    ReplyDelete
  7. Kak Belle ni suka tau buat menu simple camni. Memang kena tekak saya. Suka makanan sempoi makan ngan nasi panas. jimat masa dan duit. Esok beli taugeh utk buat. hehe

    ReplyDelete
  8. Wah! Ini masakan Jepun nie! Best nie! Dari blog ini lah saya dpt belajar byk recipe Baru. Thank you for sharing sis.

    ReplyDelete
  9. kak bel ni semua resepi simple2 tapi sedap. nanti nak cuba lah haha. thankss share resepi

    ReplyDelete
  10. nampak sedap menu ni walaupun saya bukanlah penggemar taugeh. seronok tgok kak bel semangat masak macam2 resepi.

    ReplyDelete
  11. Wah bahan senang cari ni. Dulu ingatkan teppanyaki ni adik beradik sushi tau sebab ingatkan nama ala-ala jepun rupanya bukan haha. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  12. Kami satu family memang suka makan taugeh tenpayaki.. pernah buat sendiri, juga dirumah, tapi tergodalah dengan udang bella besar-besar tu hah puas makan.

    ReplyDelete
  13. Sis kenapa menduga nafsu makan kita ni sedapnya walaupun Taugeh dan udang sahaja tapi bila baca artikel ni time lapar memang menjadi nak mencuba resipi sis ni. Esok kita buat tunggu ok kita update kat sis..

    ReplyDelete
  14. Wahhh teppayanki.. Iena suka makan teppayanki tapi tak tau macam mana nak masak. Melasih share resepi.. Ada masa nty blh la cuba😁😁

    ReplyDelete
  15. Senang je buatnya..ehhee..bahan-bahan semua ada cuam taugeh je takde..hehee..annti suruh suami beli la..hehe..sedap tengoknya..taugeh dengan udang memang gabungan yang mantap ye

    ReplyDelete
  16. Aduhh rindulah pulak nak makan teppanyaki. Sis kalau teppanyaki suka yang daging, sedap gila. Dulu rajin buat tapi la ni dah ingat2 lupa cara nak buatnya. Nanti nak cuba buat balik lah

    ReplyDelete
  17. Fuyo... dapat bau sedap-sedap teppanyaki dia walaupun tengok gambar ni je tau. Dah lama tak makan, tapi sebenarnya masak sendiri pun senang je kan.. okok nanti nak masaklah

    ReplyDelete
  18. i am always a fan of taugeh. insyaAllah saya cuba resepi n. thanks ya

    ReplyDelete
  19. Nak try recipe ni, tapi time ni memang susah nak cari udang segar, i tak keluar ke pasar or hypermarket dah cuma beli online jer

    ReplyDelete
  20. Eh, senangnya. Serius tak pernah terfikir resepi macam ni. Boleh cuba lepas ni. Thanks kak bell share resepi. 😋

    ReplyDelete

Back
to top