Nikmati Menu Suntikan 'French-Japanese' Di Le Pont Smoke & Grill Bar

Minggu lalu, Kak Bell menikmati makan tengahari istimewa di Le Pont Smoke & Grill Bar yang terletak di Jalan Klang Lama. Pada awalnya, Kak Bell beranggapan kafe ini adalah sebuah kedai kek & pastri yang biasa. Rupa-rupanya di sini turut menyediakan hidangan utama seperti daging salai dan bakar. Kafe ini mempunyai 3 tingkat dan pengunjung akan masuk melalui Le Pont Boulangerie et Cafe dahulu sebelum ke bahagian Smoke & Grill. Sebelum ini Kak Bell telah mencuba hidangan Kek Pelangi dari Le Pont Boulangerie et Cafe dan kek mereka memang terbaik! Untuk entri kali ini Kak Bell akan fokus kepada menu-menu dari bahagian Smoke & Grill Bar yang baru sahaja dibuka.


Menu hidangan di bahagian Smoke & Grill Bar ini mengenengahkan pelbagai pilihan menu daging dan makanan laut yang disediakan dengan citarasa French-Japanese untuk menu salai dan panggang mereka.

Le Pont Smoke & Grill Bar ini adalah sebuah kafe berstatus 'pork-free'. Walaubagaimanapun untuk menu yang menggunakan wine atau alkohol telah digantikan dengan bahan lain seperti miso bagi mengekalkan rasa sama masakan mereka. Daging dan ikan di sini menggunakan teknik 'double marination' supaya lebih lembut dan lebih berperisa. Istimewanya, pengunjung juga boleh menyaksikan dan menikmati pengalaman chef di sini menunjukkan teknik dan kemahiran memasak secara 'live' di dapur berkonsepkan bar mereka.


Menu Salai-The Smoker
Terdapat pelbagai seleksi pilihan daging, ikan dan ayam salai dan panggang di sini. Daging lembu telah diperap semalaman dengan herba Eropah yang diimport dan disalai menggunakan kayu bakau. Untuk daging brisket pula diperap selama 12 jam dengan rempah campuran dan disalai dengan api perlahan. Daging salainya lembut dan mudah dipotong. 


Hidangan kepak ayam panggang pula penuh dengan rasa sehingga ke gigitan terakhir. 4 jenis menu telah dicuba dan harga adalah per 100gram. Semua menu yang dicuba sangat best dengan rasa mewah.

Smoked Tender BBQ Ribs - RM34 (100g)
Brisket Bonanza - RM20 (100g)
Smoked Lamb Shoulder - RM24 (100g)
Smoked Chicken Wings - RM22 (4pcs)


Sous Vide Angus Beef Tenderloin
Daging panggang bahagian tenderloin (paling lembut) ini datang dengan kentang lecek, kacang Perancis panggang bersama dengan sos istimewa yang menggunakan miso. Daging panggangnya memang lembut dan mudah diceraikan. Recommended untuk dicuba. Harga hidangan adalah per 160g daging tenderloin.

 RM60

Marinated Mackerel
Ikan makeral yang digunakan telah dikeringkan terlebih dahulu selama 48 jam sebelum disalai. Ikan makerel panggang ini penuh rasa, juicy dan memang puas makan. Penggemar makeral, pasti bersetuju dengan rasa enak makeral salai ini. Hidangan ni dah cukup mengenyangkan buat seorang atau berdua. Top pick pilihan Kak Bell! 

 RM38

Skewer
Terdapat 8 menu untuk pilihan skewer. Skewer yang dimasak segar ini semuanya menepati citarasa, dihidangkan bersama sos pilihan dan jeruk sayur. Tak silap Kak Bell ada satu set skewer besar dengan beberapa pilihan skewer. Untuk harga ni adalah secara ala-carte

Wagyu - RM175 (80g)
Salmon - RM18
Udang Putih - RM18
Octopus - RM22
Itik Salai - RM14
Beef Tenderloin - RM24
Butterfish - RM14
White Button Mushroom - RM8


House Made Trio Sausages
Untuk sosej 'house made' terdiri dari sosej ayam, daging dan kambing. 3 batang sosej ini sudah cukup mengenyangkan dan dihidang bersama sos BBQ. Pengunjung yang inginkan menu ringan, boleh mencuba trio sosej. Kesemua pilihan sosej ni Kak Bell suka sebab memang padat menggunakan isi daging.

 RM24

Quattro Formaggi Pizza
Piza asli ala-Neapolitan ini dibakar pada suhu 400 darjah selsius dengan topping 4 jenis keju Itali. Kerak pizanya lembut dengan bau keju yang menambat selera ditambah pula dengan rasa manis dari madu dan rasa 'peppery' daun herba arugula (rocket leaves). Menu piza ni juga patut anda cuba. Sesuai bagi pizza lover! 

RM40

Kak Bell dah rasa pengalaman baru di sini sebab dapat melihat sendiri penyediaan piza tersebut dan dibakar dalan ketuhar. Menarik kan?

Dessert
Sebagai pencuci mulut, Kak Bell cuba coklat mufin bersama dengan ais krim vanilla. The most mouthwatering dessert! Menarik kan dihidang di atas platter kayu.


Mocktail
Pilihan moktail terdiri daripada Virgin Jungle, Kaffir Lemonade dan Grapefruit. Untuk pilihan minuman lain ada minuman jus, soda dan juga minuman panas. Earl Grey Tea memang terbaik sebagai pilihan minum petang di sini.

Virgin Jungle - Hirisan limau kasturi, jus nenas, gula perang dan tonik soda.
Kaffir Lemonade - Lemonade infused dengan daun limau purut (Kaffir).
Grapefruit Candy - Grapefruit, jus lemon, rasberi dan soda.

 Virgin Jungle (RM15.00), Kaffir Lemonade (RM13.50) & Grapefruit Candy (RM14.50)

Ruangan Makan
Ruang makan di tingkat 1 ini menampilkan sebuah bar dimana pengunjung boleh menyaksikan sendiri hidangan seperti skewer dan pizza di masak segar. Ruang makan di sini luas dengan suasana yang malap-romantik dan sangat ideal buat pengunjung yang inginkan suasana eksklusif, aman dan selesa.




Selain meja makan biasa, terdapat juga kerusi banquette yang boleh anda pilih untuk bersantai ketika menikmati makanan dan turut disediakan satu ruang makan khas bagi pengunjung yang inginkan suasana lebih privasi. Ruang makan di tingkat 2 pula merupakan ruang khas untuk pengunjung mengadakan majlis atau event khas dengan hidangan bufet.

Private section

Ruang event

Bagi yang ingin bersantai dengan kopi dan pastri boleh didapati di bahagian bawah kafe. Terdapat pelbagai jenis kek dan pastri dan seleksi minuman panas untuk hidangan minum petang. Kak Bell tak sempat nak rakamkan gambar di bahagian kafe. Kunjungan akan datang, Kak Bell bercadang minum petang di samping menikmati pastri di Le Pont Boulangerie et Cafe.



Suasana dan pengalaman makan di sini memang unik dan mempunyai kelainan yang tersendiri. Bagi yang ingin menikmati hidangan mewah dengan harga yang berpatutan bolehlah mengunjungi Le Pont Smoke & Grill. Tempat yang sangat ideal untuk menikmati makanan bersama kawan atau keluarga.

Le Pont Smoke and Grill Bar
Lorong 1/137C, Batu 5 off,
Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur
Operating hours: 11AM-3PM, 6PM-1AM (setiap hari)
Phone: 03-77830900/6018-2032585

Website: http://www.lepontboulangerie.com
FB: https://www.facebook.com/LePontSmokeAndGrillBar/
IG: https://www.instagram.com/lepontsmokeandgrillbar/

CONVERSATION

36 comments:

  1. Semua nampak sedapnyaa....nanti datang sana nak cubalah...terus terliur di buatnya nengok gambar Bella..

    ReplyDelete
  2. Menarik hidangan yang disediakan. Dekorasi makanan pun boleh tahan. Harga pun berpatutan. Saya paling suka tengok yang piza tu. Nampak menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Mkan dia saja pun cukup dah. Baru puas.

      Delete
  3. Nyam2. Sedap pulak tengok masakan french ni. Siap ada dapur bakar gitu. Mesti daging ni masak lembut ni. Ala2 tgi pun ada sekali tengok. Boleh la cuba weekend ni

    ReplyDelete
  4. jarang dengar hidangan jepun ye. best juga nampak hidangan tu.

    ReplyDelete
  5. Wah. Ni restaurant org have have ni, bella. If nak celebrate anniversary kawin, berdua-duaan, perfect.
    Semuanya aida nak cuba. Especially wagyu, daging mahal tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer. Nak celebrate dating berdua sesuai sangat kat sini tau.

      Delete
  6. Ayooo makan tak ajak kita yer biar betik ikan dua ekor tu sahaja dah RM38 hurmmm tersembur kejap hehehe tapi tempat menarik dan sangat exclusive lah ok nanti sis bawa kita makan sini boleh ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sedap ye iakn saba ni. Mesti try tau Maha.

      Delete
  7. lapar terus lepas baca entry ni bella

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik menu yg disediakan..siap boleh tgok live lg chef depa masak..

    ReplyDelete
  9. Bestnya masakan dia - Rawlins suka The Smoker tu. Bila Kak Bell nak ajak kita makan kat situ? Boleh fefeeling macam orang have-have kan hehe

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap semua makanan tu. Sekali sekala rasa makananan begini, apa salahnya kan. Luar dan dalam restoran pun cantik. Kalau ke situ wajib ambil gambar hihi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Semestinya. Ni belum amik gambar kat bahagian bawah cafe.

      Delete
  11. pergh, smeuanya nampak sedap..lapar terus ni..sosej dia besar..memang nampak juicy ye daging tu..haishh...kene cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nad. So far everything sedap yg Bella try

      Delete
  12. i pernah try food kat sini memang bagis and the grill all look so yummy and juicy!

    ReplyDelete
  13. aduhhhhhhh tengok angus tenderlaoin tu dah terliur.. aishhhhh macam mn nak diet klau tengok gambar makanan pun dah start lapar terliur.. menu-menu dia pun semua nampak sedap je. enviroment tempat pun best dan nampak classy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sangat ambient. Tenang nak bercinta. Ehhh

      Delete
  14. Serious semua nampak sedap-sedap dan gambar semua menarik. Gambar pertama tu dah macam music video tau. Tahniah... entry yang menarik sangat

    ReplyDelete
  15. Alamak makanan dia semua nampak sedap2 dan menyelerakan. Tak pernah makan kat sini tapi nanti ingat nak dtg la sekali

    ReplyDelete
  16. Jadi lapar pulak bila baca artikel ni. Haha. Nampak sedap semuanyaml harga pulak nmpk macam sesuai dengan Restoran ni. Terima kasih share ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga bersesuai dengan servis dan suasana. Worth to try.

      Delete
  17. Cantik² photo yang kak Bell ambik ni. Ruang makan dia nampak elegan tau.

    Tengok entry ni terus lapar kak. Ngences tengok menu salai tu.

    Tempata ni tak lah jauh mana dengan Puchong ni Kak Bell😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak jauh mana. Sekali-sekala, sama je macam makan TGI ke yg sewaktu dgnnya kan. Ada yg lebih murah kat sini.

      Delete
  18. kedai nampak gempak..stylo gitu. Wah makanan die pun boleh tahan nampak sedap semuanya. Terasa lapar plak tengok..

    ReplyDelete
  19. Wah nak terbelit lidah membaca nama masakan tu tau kak :) Tapi puas hati tengok semua gambar2 menu yang ada. Walau tak dapat jamu tekat dapat jamu mata dengan gambar2 yg sangat terang pun dah dapat tau rasa sedapnya setiap hidangan. Terasa nak makan la pula..nasi mana nasi...

    ReplyDelete
  20. Oh wow… my kinda fave foods… it’s been a while since my last visit to this restaurant, okay jom… I am aiming for that wagyu skewer haha

    ReplyDelete
  21. wow..keterujaan kita tengok menu2 kat sini... Memang western habis lah... Geram tgk smoke grill lamb tu.. Jadi lapar terus perut ni. Hahahaa

    ReplyDelete
  22. jadi pengen makan liat makanan ini, mantap

    ReplyDelete

Back
to top