Trending


K Fry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese Memang Ummph!

K Fry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese Memang Ummph! | Memang dah lama teringin nak cuba KFry ni sejak viral masa mula-mula restoren ni dibuka. Disebabkan bukanlah peminat fanatik makanan Korea sampai bertahun jugalah baru berkunjung mencuba hidangan di sini. So, last week Kak Bell dengan kawan-kawan sempat singgah di KFry Urban Korean One Utama Shopping Mall, Bandar Utama untuk mencuba sendiri menu yang katanya sedap sangat tu!

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

Yes, ada bermacam-macam jenis menu Korean food yang ada. Ada Rice Ball (Ju Meok Bap), Fried Rice (Bokkeumbap), Sup, Banchan, Jejari Kentang, Sandwich, Noodles dan Bingso. Walaubagaimanapun, menu popular kat sini pastinya Chicken Bumbuk, ayam pedas dengan keju. Tak sangka pulak yang orang Korea ni pun suka makan pedas-pedas. 

Dulu sesiapa je mai sini mesti dok post video keju yang dicairkan dan dibalut pada ayam bumbuk. Dah sampai sini, so mestilah Kak Bell order menu paling viral dan best-seller di KFry iaitu KFry Chicken Bumbuk. Di antara menu yang telah ditempah adalah KFry Chicken Bumbuk Original Cheese, Chicken Bumbuk K'razySpicy Cheese, Rice Ball Ju Meok Bap (Anchovies Tuna Ball) dan Melon Bingsoo. Untuk minuman pula, kami semua order Korea Imported Tea seperti Honey Yuja Tea (RM5.50), Honey Ginger Tea (RM5.50) dan Honey Ginseng Tea (RM5.50). Yang ginseng tu, Kak Bell yang order. 


K Fry Chicken Bumbuk Cheese

Untuk K Fry Chicken Bumbuk Cheese, kami order 2 jenis iaitu yang Keju Original dan Keju Pedas Giler. Nanti pekerja di KFry akan cairkan cheese and gaulkan semua bagi seia-sekata dan kemudian balutkan ayam tu satu persatu dengan cheese. Tak pastilah pula kalau pelanggan boleh buat sendiri. Rata-rata pengunjung yang datang memang akan order Chicken Bumbuk ni.

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

Ayam Bumbuk ni ayam tanpa tulang (boneless chicken) yang telah dimasak dengan Sos Korean Spicy Yangyeom dan keju mozarella. Rasa ayamnya pedas-manis. Untuk kepedasan tu boleh tahan jugak. Masa makan fries yang ada serbuk cili dorang yang ala-ala tu pun dah terasa pedasnya. Bagi Kak Bell pedasnya ok dan Kak Bell sukakannya berbanding yang Original Cheese. Rasa pedas tu sekejap sahaja pada lidah dan tak adalah sampai meleleh-leleh air liur. 

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese
K Fry Chicken Bumbuk Original Cheese (RM56.90)
K Fry Chicken Bumbuk K'razySpicy Cheese (RM52.90)

Masa memula sampai, dalam hati macam tak cukup aja. Akhirnya lepas 3 ketul makan terus dah tak lalu. Terasa dah kenyang dan muak. Btw, K Fry menu fried Chicken Bumbuk ni mesti korang kena try bila datang ke sini.


Rice Ball Ju Meok Bap (Anchovies & Tuna Ball)

Menu seterusnya ialah nasi kepal ikan tuna. Kalau korang tak nak versi nasi kepal ni bolehlah order bokkeumbap (nasi goreng). Ada 2 jenis Ju Meok Bap di sini iaitu Anchovies & Tuna dan Ham & Cheese. Untuk hidangan ni terdiri dari nasi, seaweed, ikan bilis rangup, ikan tuna fresh dan telur ikan salmon. Untuk menu ni pun, staff KFry akan gaulkan semua bahan dan buatkan bentuk bola untuk kita makan.

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

Tuna ball ni memang sangat sedap dan telur ikan salmon tu memang rangup masa dikunyah. Yer, setiap kunyahan nasi tu akan terasa kerangupannya. Kak Bell recommended sangat korang cuba menu ni. Yang penting tak muak!

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese
RM22.90

Bingsoo
Bingsoo ni adalah dessert/panggil pencuci mulut yang menggunakan buah-buahan, ice sahve dan ais krim. Terdapat 6 pilihan bingsoo iaitu Mango, Melon, Watermelon, Matcha Green Tea, Strawberry Cheesecake dan Oreo Chocolate. Untuk pilihan desser, kami order Melon Bingsoo. Dessert ni pun besar sesuailah dengan harganya. Sangat berpuas hati. Next time, nak cuba buah-buahan yang lain pula. 

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese
Sedapnya Mango Bingsoo!

Bagi yang nak saiz bingsoo yang lebih kecil, boleh cuba Mini Bingsoo.

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese
RM36.90

Harga K Fry menu bagi Kak Bell sebenarnya agak mahal. Tapi disebabkan saiz hidangannya besar jadinya berbaloi. Memang helok sangatlah pergi dalam satu kumpulan dan tong-tong duit kan. Sekali sekala nak merasa makanan mewah apa salahnya. Untuk menu di Kfry semua Kak Bell boleh masuk. Kenalah dengan citarasa. Mungkin nak kena cuba hidangan yang lain pula.

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese


KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

Walaupun mahal, crowd di KFry ni memang tak dinafikan. Sentiasa sahaja penuh dengan maknusia nak makan makanan Korea. Kalau datang waktu puncak atau weekend, semestinya lah korang kena beratur nak tunggu meja. Walaubagaimanapun depan KFry One Utama ni dah ada satu mesin khas untuk korang book table dengan angka giliran. Tapi annoying juga sebab semua orang duduk berkumpul depan kedai.

KFry Chicken Bumbuk K'razy Spicy Cheese

TIPS Tak Perlu Beratur Panjang
Kalau korang taknak beratur atau tunggu giliran mendapatkan meja kosong di KFry, korang boleh Book for reservation melalui FB page Kfry. Paling mudah, korang boleh install aplikasi QueQ di telefon bimbit korang dan tunggu sahaja nombor dipanggil. Btw, jangan sampai terlepas nombor sebab KFry akan cancell kalau korang tak muncul lebih dari masa yang ditetapkan. Nak tahu lebih lanjut tentang aplikasi QueQ boleh klik SINI > Tidak Perlu Lagi Beratur Dengan QueQ


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post