Single 'Tak Berakhir' Untuk Konsert Exists Reunion - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Single 'Tak Berakhir' Untuk Konsert Exists Reunion

Trending

Single 'Tak Berakhir' Untuk Konsert Exists Reunion

Suatu masa dahulu, kumpulan Exist pernah menempa nama di beberapa negara jiran termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Selepas 28 tahun, buat pertama kalinya Exist bakal memuaskan kerinduan peminat mereka dengan dua konsert reunion yang menggabungkan kesemua anggota asal Exists di dalam Konsert Exists Reunion.

Hari ini, Shiraz Projects dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Exists akan memuaskan adrenalin semua peminat mereka dengan bukan satu, tetapi 2 siri konsert reunion mereka di atas jenama Konsert Exists Reunion, sebuah konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat Exists.


Kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991 ini akan tampil lengkap bersama formasi asalnya dalam konsert yang dibawakan Shiraz Projects. Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad.


“Adalah penting buat kami mengumpulkan, mendapatkan persetujuan sekaligus merealisasikan Konsert Exists Reunion ini bersama semua anggota asal band ini kerana tanpa formasi Exists yang lengkap, maka projek ini boleh saya katakan tidak menemui objektif sebenar."

“Namun setelah sesi pertemuan dan mencapai kesepakatan dengan satu visi yang sama, maka Konsert Exists Reunion akan segera terealisasi dan yang pentingnya ia adalah kewujudan semula Exists yang pernah menjadi fenomena di tahun 90an tetapi kali ini menghidupkan nostalgia di akhir tahun 2019,” kata Pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.


Exist pernah merakamkan 8 buah album dengan untaian lagu-lagu hits seperti Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Jesnita dan Dirantai Digelangi Rindu ini pernah membawa nama band ini harum sehingga ke Indonesia.

Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu-lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.



Impian peminat untuk melihat kehebatan dua vokalis Exist, Mamat dan Ezad Lazim berentap di pentas bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019 dan di Singapura pada 5 Oktober 2019 di Mes Theatre at Media Corp, Singapore. Konsert Reunion Exists bakal menjanjikan sebuah nostalgia yang tidak mungkin didapatkan dalam persembahan persembahan Exists sebelumnya.

Sidang media yang berlangsung pada 24 Julai 2019 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur hari ni, turut menampilkan preview single terbaru mereka yang berjuduk "Tak Berakhir".


Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga RM700 (Meet & Greet), RM360, RM260, RM160 dan RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket.


Maklumat Konsert Exists Reunion
Tarikh: 28 September 2019
Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam
Harga Tiket:
RM700 (Meet & Greet)
RM360 (Diamond)
RM260 (Exist Zone – Free Standing)
RM160 (Platinum)
RM130 (Silver)

Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects.

Website: www.shirazprojects.com
Tiket: www.myticket.asia
Hotline: 0386050195 / 0122560082
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post