Jimat RM150 Sebulan Di Segi Fresh Market - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jimat RM150 Sebulan Di Segi Fresh Market

Trending

Jimat RM150 Sebulan Di Segi Fresh Market

Situasi kewangan hari ini memang sangat berbeza berbanding zaman dahulu. Tidak dinafikan duit keluar lebih dari duit yang masuk. Namanya cashflow negatif! Bukannya apa, sebab nak bercerita tentang penjimatan mestilah pokok pangkalnya adalah kewangan. Betul tak? Kak Bell pun hadapi situasi begini. Nak buat macam mana kan, jadi bertabahlah. Walaupun turut terkesan dengan nilai ringgit sekarang, seharusnya kita lebih proaktif untuk mengurus kewangan dan perbelanjaaan seharian atau bulanan kita. Mesti urus perbelanjaan dengan hemah demi kelangsungan hidup kita di dunia yang semakin mahal ni.


Dalam sebulan, berapa banyak kos yang dibelanjakan untuk pembelian barang runcit atau barang mentah di rumah? Kak Bell lebih suka membeli barangan dengan kuantiti banyak kerana ianya lebih menjimatkan dan mestilah nak berbelanja di tempat yang murah juga. Tambahan pula jenis tak ada masa nak berulang alik ke pasar atau hypermarket nak membeli belah. Jadi, memang Kak Bell akan beli stok barangan untuk 2 minggu kebiasaannya. Kalau masa malas, memang menyinggah kedai Acheh ajelah kat bawah rumah ni tapi tak semua barang ada. Itu-itu ajalah yang ada pun. Tak varieti!

Ceritanya pada minggu lepas, Kak Bell sempat menyinggah di Segi Fresh Market Balakong. Kak Bell ingatkan Segi Fresh ni adalah tempat untuk pemborong sahaja, jenis yang beli satu lori. Rupanya sama sahaja macam hypermarket lain seperti Tesco atau NSK. So, Kak Bell menyinggah la kejap nak tengok apa yang ada dan menarik kat sini. Kak Bell pulak sejenis yang memang kalau dah sampai pasar, semua barang nak dibeli. Suka la beli ikan, sayur-mayur hinggakan padatlah peti ais tak tahu nak letak mana dengan barang-barang belian.


Segi Fresh Market
Segi Fresh Market ini mempunyai konsep sama seperti hypermarket yang lain. Walaubagaimanapun, Segi Fresh Market ni berbeza kerana mereka menawarkan barangan runcit atau borong dengan harga yang sangat kompetitif dan menyediakan bekalan barang basah yang segar sahaja. Sebenarnya, Kak Bell pertama kali membeli barangan basah di Segi Fresh. Jejak je kaki, terus suka suasana nak membeli-belah kat sini.

Di Segi Fresh, mereka menekankan konsep yang memberi penekanan kepada penyediaan bekalan makanan yang segar dan berkualiti kepada pelanggan, Segi Fresh Market juga memastikan harga yang ditawarkan tetap berdaya saing dan berpatutan dengan jenama stor yang lain. Konsep tersebut di ketengahkan melalui tagline mereka iaitu "Pilih Fresh, Pilih Segi" dan "Barangan Segar, Harga Borong, Pilihan Semua". Kalau korang nak tahu Segi Fresh ni telah memenangi KPNDKK Fair Price Shop Award 2014 & 2016 dan juga pelbagai anugerah lain. Nampak kan disitu harga yang ditawarkan mereka adalah antara yang termurah dengan tempat lain.


Kenapa Jimat Dan Best Berbelanja Di Segi Fresh Market?
Ok, selain berbelanja di tempat yang memang dah murah harganya, Kak Bell sarankan korang senaraikan dulu barangan yang nak dibeli. Sediakan terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja. Tu dia TIPS nak berjimat. Hehe.

Ruang luas dan selesa
Segi Fresh menawarkan barangan dari pelbagai jenis daripada bahagian runcit, produk sejuk-beku dan juga makanan segar. Kebanyakkan barang keperluan semua ada disini. Susun atur produk kemas dan setiap barangan jualan diletakkan di tempat yang telah dilabel dengan papan tanda label dengan besar dan jelas. Senang korang nak cari barang-barang disini.


Ruang yang luas dan selesa memang memudahkan kerja Kak Bell nak membeli belah di sini. Selain itu, lantai di bahagian basah mereka bersih dan pekerjanya sentiasa akan memastikan lantai dimop agar kering. Siapa yang suka nak membeli-belah di tempat yang basah dan berkecah kan.


Barangan Segar Dan Berkualiti
Seperti yang Kak Bell bagitahu tadi, di Segi Fresh semua barangan basahnya segar dan baik. Mereka menyediakan barang basah, daging dan makanan laut yang segar dan kesemunya dibawa terus dari ladang dan sumber tanpa orang tengah. Barangan-barangan produk bermusim dan produk tanaman tempatan juga da dijual di sini.

Meriah betul bila tengok sayuran dan barang-barang kat sini

Di antara bahan yang mesti ada kalau nak memasak

Sedang memilih bawang. Bukan membawang ye

Barangan Halal
Segi Fresh memasarkan produk-produk yang berstatus Halal. Memang sangat penting untuk kita memilih produk-produk yang halal kerana produk-produk tersebut lebih dipercayai akan kebersihan dan keselamatannya. Ini menunjukkan bahawa Segi Fresh menjaga tahap kebersihan yang juga merupakan elemen penting dalam persoalan halal dan haram.



Harga Murah Dan Kompetitif
Tujuan utama Kak Bell ke sini sebenarnya nak membeli barang-barang basah seperti ikan dan ayam. Memang rambang mata nak buat pilihan sebab semuanya segar bugar dan harganya lebih murah. 


Di bahagian basah, Kak Bell borong makanan laut seperti sotong, udang, siput sedut. Selain ayam, Kak Bell beli ikan keli dan ikan tenggiri. Dalam kepala macam-macam nak masak. Nanti bolehlah update resepi terbaru kan!


Untuk harga ayam dijual pada RM4.99 sekilogram (masih kompetitif) dan ikan keli RM5.99 sekilogram. Tak sempat Kak Bell nak beli ikan salmon.


Nampak tak dah macam-macam Kak Bell beli. Semua RM150 je barang-barang tu. Siap ada sayur-sayuran, udang, sotong, ayam, pisang, bawang dan lain-lain. Yang penting dapat beli lamb chop, seekor ayam, then beli lagi dada ayam dan boneless breast meat untuk meow Kak Bell. Nampak tak, bagi juga anak-anak makan mewah ye. Elok sangatlah nak top-up stok dalam freezer. Berbaloi untuk poket korang! Lupa nak bagitahu, paling best parkir kereta kat sini percuma. Apa lagi korang, harus terjah Segi Fresh Market lepas ni.


Dorang pulak yang terlebih sibuk. Tahu je ada bahagian dia kan!

Segi Fresh Market ini adalah di bawah kumpulan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan kini telah mempunyai lebih 32 cawangan termasuk di kawasan luar Lembah Klang. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market, boleh layari laman media sosial seperti berikut:


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post