Birthday Bash Di OYO HOME EXPRESSIONZ SUITE - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Birthday Bash Di OYO HOME EXPRESSIONZ SUITE

Trending

Birthday Bash Di OYO HOME EXPRESSIONZ SUITE

Dah lama Kak Bell tak pergi bercuti. Terakhir adalah pada awal Januari lalu masa sambutan tahun baru 2019. Kiranya dalam 3 bulan jugalah asyik fokus berkerja. Bila dah rasa otak naik tepu, haruslah cari masa dan peluang nak merehatkan minda dan tekanan. Memang banyak sahaja  tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, pantai atau sebagainya untuk santai. Disebabkan malas nak keluar dari KL, nak hadap kesesakan lalu lintas dan perjalanan yang makan masa so Kak Bell pilih percutian singkat hujung minggu di sekitar Kuala Lumpur.


Buat pertama kalinya juga untuk “Staycation” kali ini, Kak Bell buat tempahan melalui aplikasi OYO. OYO adalah rangkaian penginapan seperti hotel dan rumah sewa harian yang berada di setiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara, senang kata merata-rata dunia lah. Terdapat beberapa pilihan pada awalnya untuk percutian singkat minggu lepas. Akhirnya, Kak Bell buat pilihan untuk menginap di OYO Home Expressionz Suite yang terletak di Jalan Tun Razak, berdekatan dengan BERNAMA dan tidaklah berapa jauh dari tempat tinggal Kak Bell di Bangsar. Jom ikuti lebih lanjut apa yang menarik di OYO Home Expressionz Suite dan seterusnya kisah Birthday Bash Kak Bell tahun ini!


OYO
OYO ni adalah syarikat rangkaian hotel terbesar yang berasal dari India yang menyediakan penginapan berkualiti dengan harga berpatutan. Rantaian hotel terbesar di Asia Selatan ini kini telah berada di 17 buah negara termasuk Malaysia, UAE, Nepal, China dan Indonesia. Melalui aplikasi OYO ini, korang boleh mencari tempat penginapan atau bilik hotel yang berpatutan dengan mudah di sekitar Kuala Lumpur, Sabah, Penang, Johor, Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan lain-lain. So, bila dah muat turun aplikasi, buat carian hotel mana yang ingin korang kunjungi.

Aplikasi OYO

Kak Bell telah memilih percutian singkat dan menginap di OYO Home Expressionz Suite pada 13 & 14 April lepas untuk dua hari satu malam. Masa check-in kebiasaannya adalah selepas jam 2PM dan check-out adalah sebelum jam 12PM. Semasa membuat tempahan, korang boleh buat pilihan untuk jumlah bilik yang dikehendaki. Setiap bilik yang ditawarkan oleh OYO akan dilengkapi dengan kemudahan seperti katil linen yang bersih, Wifi percuma, TV, penghawa dingin dan lain-lain tau. Kolam renang dan restoran pun ada sekali untuk OYO Home Expressionz Suite ni. Seriously, memang cantik bilik kat sini.

Expressionz Professional Suite

Semasa check-in, Kak Bell disapa mesra oleh staff yang bekerja dan sempat berbual dengan Mr. Sandeep Kanojia, General Manager OYO Operation Malaysia dan juga Mr Vinod. Deposit keselamatan sebanyak RM100 akan dikutip pada masa daftar masuk, dan akan dikembalikan semasa checkout. Untuk parkir kenderaan di tempat yang ditetapkan, deposit sebanyak RM200 akan diambil dan juga akan dipulangkan pada waktu daftar keluar nanti.

Kaunter pendaftaran masuk

Ruang lobi Expressionz Professional Suite

Mr. Sandeep Kanojia, General Manager OYO Operation Malaysia

Expressionz Professional Suite ini mempunyai 2 tower iaitu Tower A dan Tower B. Bilik penginapan Kak Bell ni terletak di Tower B. Kebetulan dah datang bersantai, Kak Bell terus buat birthday celebration di sini bersama gadis-gadis kesayangan Kak Bell. Ok, sekarang ni Kak Bell dah sampai ke bilik Expressionz Professional Suite. Jom lihat gambar-gambar kemudahan dan suasana bilik yang disediakan OYO di sini.



Studio apartment yang Kak Bell duduki tempoh hari mempunyai 1 bilik dan unit ini bersebelahan dengan unit yang lain. Jejak sahaja kaki, terus terpegun dengan susun atur dan warna bilik ini. Memang nampak mewah dan profesional. Untuk bahagian ruang utamanya, ada sebuah katil-sofa, TV dan perkhidmatan WiFi. Bilik yang Kak Bell tempah ni merupakan bilik non-smoking, selain tidak dibenarkan membawa buah durian atau manggis. 


Ruang utama bilik

Bagi bahagian dapur pula ada disediakan sebuah meja makan dengan 2 buah kerusi, lengkap dengan sinki, micro-oven, peti sejuk dan kabinet dapur untuk letak barangan.

Kawasan dapur


Selain dari kemudahan yang dinyatakan tadi, dalam bilik ini turut disediakan papan seterika dan juga mesin basuh dengan pengering. Nanti mudahlah pengunjung nak mencuci pakaian selepas berenang di kolam renang.

Iron board dan mesin basuh

Untuk bilik pula ada 2 katil single dengan sliding partition. Bilik juga dilengkapi dengan almari pakaian. Memang ciri rumah idaman Kak Bell ye macam ni. Korang pun mesti suka kan?


Comfortably by the bed

So, masuk bahagian yang paling penting iaitu tandas. Bahagian tempat mandi dan tandas adalah di bahagian yang sama dalam kawasan bilik tidur. Air pancuran sejuk-panas berfungsi dengan baik dan memang selesa. Walaubagaimanapun terasa agak kekok disebabkan tiada tirai yang menutup ruangan tandas dan tiada tempat untuk menyangkut pakaian atau tuala. Bagi yang sudah biasa dengan keadaan bilik sebegini, mungkin tak menjadi satu masalah.



Another thing, korang kena bawa toiletries sendiri seperti sabun, syampu dan lain-lain sebab ianya tidak disediakan. Korang boleh sediakan barang-barang keperluan sebelum menginap disini dan boleh juga bawa makanan dan minuman. Btw, jika ingin keluar ke sekitar bandar KL, perlu gunakan perkhidmatan Grab jika tidak memandu kenderaan sendiri. 


Semasa sampai, kawan Kak Bell dah siap-siap buat dekorasi untuk sambutan harijadi Kak Bell. Buat kecil-kecilan aja pun dengan kawan-kawan sambil menjamu selera. Lepas makan, nyanyi-nyanyi sikit, buka hadiah, terus Kak Bell buat tour sekitar Expressionz Professional Suite!


Thank you for the lovely birthday present!

Sebelum korang melihat gambar-gambar permandangan kat sini, bolehlah tonton video bagaimana keadaan bilik OYO di Expressionz Professional Suite.



Untuk melihat suasana bandar Kuala Lumpur, korang boleh menikmatinya di Sky Lounge di Tingkat 41 Tower B. Kalau datang pada waktu malam mesti lagi cantiklah tengok keindahan KLCC dan Menara KL.


Kat sini ada disedikan sofa rotan untuk pengunjung duduk bersantai. Siap ada belon lagi tu! Kak Bell pun ada bawa belon juga untuk photoshoot. Hehe.


 

Bila berkunjung ke sini, pastikan tempat yang mesti pergi ialah ke Sky Pool yang terletak di Tingkat 48 Tower A selain Sky Viewing Deck dan Sky Gymnasium. Sky Pool ni dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga jam 10 malam. Memang tak sabar dibuatnya nak menikmati keindahan KL di infiniti pool. Untuk mandi-manda di sini korang mestilah pakai pakaian yang bersesuaian dan dibenarkan. Kena patuhilah peraturan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan mereka.



Waktu malam, keadaan di Sky Pool sememangnya sesak dengan orang ramai. Maklumlah masing-masing nak berswafoto bagai dengan berlatarkan KL Tower dan KLCC. Lepas waktu senja, for sure pool penuh.

Nice view!

Kak Bell tak adalah berenang. Cukuplah jadi the last mermaid di tepi kolam. Hehe


Selain Sky Pool, masih terdapat sebuah lagi kolam renang dan Wading Pool di Tingkat 8. Melalui lantai 8 ni, baru korang boleh pergi ke Sky Pool di Tower A yang terletak di tingkat 48. Indah kan malam di Kuala Lumpur.

Kolam renang di Tingkat 8


Di antara kemudahan lain yang disediakan di Tingkat 8 adalah Eco Kitchen (restoran), Kid Play Room, Sculpture Water Pool, Jacuzzi, Pool Lounge, Steam Room, Play Terrace dan Lounge. Pengunjung yang membawa kanak-kanak, lebih sesuai bermain di sini kerana ada kemudahan untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, langkah berjaga-jaga haruslah diambil. Kebetulan semasa Kak Bell melalui kawasan ni, ada kanak-kanak yang tergelincir jatuh semasa bermain. Maklumlah dalam keadaaan basah, pastinya boleh berlaku kecederaan. Bagi ibu-bapa hendaklah beri perhatian kepada anak masing-masing ketika mandi dan bermain. 



Kepada pengunjung yang menginap lebih lama dan ingin bersenam, bolehlah datang ke Sky Gymnasium yang terletak di tingkat 48, Tower A. Berikut ini adalah diantara kelengkapan senaman yang disediakan berserta dengan lokar.




Walaupun hanya menginap semalam sahaja di Expressionz Professional Suite, Kak Bell tetap seronok dapat bersantai disini. Mesti korang pun nak datang staycation kat sini kan? Ok! Buat pembaca blog Kak Bell yang nak dapatkan harga best menginap di OYO Hotel, korang boleh muat turun aplikasi OYO melalui Google Play atau Apple Store.


Boleh gunakan kod BELLJW6E4M atau register sini > https://share.oyorooms.com/BELLJW6E4M dan korang akan terus dapat 100 OYO Money. Then, boleh gunakan kod #OYOTRAVELMY untuk diskaun separuh. Tak sabar Kak Bell nak menginap di OYO Hotel yang lain. Terima kasih buat OYO Malaysia untuk tempat penginapan yang menarik dan mewah. Yang penting ianya murah dan berpatutan!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman berikut:

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post