Penjagaan Dan Merawat Kucing Luka

Trending

Penjagaan Dan Merawat Kucing Luka

Hi Korang! Lama sudah tak bercerita tentang anak-anak bulus Kak Bell, samalah juga dengan resepi masakan. Sampai ada yang tanya bila nak hapdate resepi? Huhu. Maaflah korang, lately sibuk semacam je dan balik kerja dah penat. Somemore kene siapkan kerja bloging yang terbengkalai supaya tak lebih due date. Hehe. Ok, hari ini nak bercerita tentang si Muezza, Cik Zaza Kak Bell ni luka kakinya. Perkongsiaan ni dari pengalaman Kak Bell menjaga kucing luka, bukanlah langkah sebenar macam vet buat nak cukur bulu semua bagai. Sedikit sebanyak mungkin boleh jadikan panduan. Sekadar berkongsi pengalaman menjaga dan merawat anak yang luka kakinya! Hehe.


Di rumah ni ada 2 ekor kucing jantan. Kucing jantan pertama si Sky dan cucunya Sky, Si Dexter. Lately, si Sky ni asyik berentam je dengan si Dexter, biasalah sesama jantan nak tunjuk hero lah memasing. Btw, si Sky ni dah disunatkan tapi entah kenapa masih nak bergaduh. Kebetulan pula dah memang musim mengawan, kalau kat luar tu, memang banyaklah kes kucing luka bergaduh. Si Muezza ni pula memang dari dulu jenis kekwat, jenis Diva! semua orang dia tak suka. Ada je yang tak kena. Dan si Sky pun suka sangatlah teasing Cik Zaza ni. Baru je Kak Bell nak lelap mata, terdengar jeritan Muezza dengan pitching tinggi nak mampos. Bila dah sorang start, yang lain pun mulalah naik angin juga memasing. Dahla ada 2 ekor betina Lucy dan Combi baru beranak. Sebab takut anak dia kena ancam, dengan dorang ni pun sama pergi bergaduh. Berkejar lah Kak Bell nak leraikan pergaduhan. Yang lain semua ok, cuma Muezza je nampaknya jadi mangsa sebab nampak dia jalan terhencut-hencut.

 Dexter VS Sky

Bawa masuk bilik, perasan ada darah tapi Kak Bell tak dapat nak check kat mana luka tu sebab dia ni jenis agresif, tak suka orang pegang-pegang. Kalau masa mood dia manja barulah ok nak dukung ke peluk. Rasa macam luka kat tapak kaki tapi bila tengok ok tak ada darah. Jadi, tak delah rasa risau sangat sebab darah pun dah tak ada. Masuk hari ke-3 tengok Muezza jalan bertambah teruk, sampaikan dia angkat kaki lebih tinggi dari biasa. Mulalah risau fikir kaki dia ni patah ke? Kemudian, barulah nampak yang kesan luka pada kaki dia dah besar.


Asalnya luka adalah kecil dan memang dah jadi tabiat kucing ni akan menjilat dan menyebabkan luka tu bertambah besar. Sampai vet, doktor ambil sampel pada luka untuk tengok samaada ada maggot/ulat atau tak. After checked, tak ada ulat dan cuma luka biasa sahaja. Cabaran bermula sebab nak cukur bulu, nak cuci luka and so on. Bayangkan sampai 3 orang pegang si Zaza, sebab suara dia menyinga kuat sangat! Habis semua dicakarnya. Supaya nak senang vet buat kerja, Kak Bell duduk luar bilik rawatan. Sakan anak aku menjerit kat dalam, tak kisahlah asalkan dapat rawatan.

20/10/18

Gambar pada 20hb ni, hari pertama selepas dapatkan rawatan (actually luka dah 3 hari sebelumnya) dan begitulah keadaanya. Vet cuma bagi antibiotik Clavamox (amoxicillin trihydrate/clavulanate potassium) untuk 11 hari, 1 tablet x 2 kali sehari selepas makan dan ubat sapu gel Solcoseryl. Vet suruh dressing 2x sehari sebelum sapu ubat. Jawapannya memang tak mampulah nak buat sebab dorang pun sampai 3 orang nak rawat dia kan. Apatah lagi Kak Bell seorang. So decide, lepas 2 hari pergi semula vet untuk dressing luka. So sepanjang masa, kenalah kurung dan pakaikan collar pada Muezza. Kesian juga tengok sampai bulu pun kusam, nak makan pun susah, sedih je menengoknya. So dapat makanan special lah makan wet food. Habislah anak-anak yang lain jeles nak jugak. Haha.


Pitam tak? Lagi mahal dari kita jumpa doktor. Hehe

Lepas hari ke-4, baru Kak Bell bukakan kolar tapi sekejap je untuk dia grooming nak garu-garu mana yang patut. Gambar pada 24/10 tu, luka tu dia jilat. Disebabkan tak buat dressing, Kak Bell biar dia jilat but pastikan jangan over sampai terluka balik lah. Then baru pakaikan semula kolar dan sapu gel. Seterusnya tu, buat rutin macam biasa makan antibiotik sampai habis, sapu gel dan nampak luka pun dah bertambah baik. Penggunaan minyak gamat pada kucing Kak Bell tak galakkan lah. Kata vet, keadaan berminyak pada luka menyebabkan kotoran dan bakteria lebih mudah merebak. Setakat 1st aid sebelum ke klinik vet, ok lah kot.

 24/10/18

  24/10/18

Kalau dah nampak kucing korang tak selesa sangat, buka ajelah sekejap kolar tu but pantau la keadaan masa tu sebab takut luka balik dan ada jangkitan semula. Pengajarannya, kalau ada apa perubahan pada kucing, lain dari biasa, cepat-cepatlah bawa berjumpa vet. Observe dulu apa yang patut, ianya penting supaya memudahkan juga pihak vet nak bantu. Walaupun luka kecil dan biasa, kena gigih juga nak menjaga pun.

 25/10/18

 28/10/2018

Harini Kak Bell tak ada bukakan kolar. Tengok luka pun dah kering. Rasanya tak ada apa-apa masalah semasa menjaga. Bab makan ubat agak senang pula semasa dia pakai kolar. Ngangakan je mulut terus je dia telan. Lepas ni, yang mana behaviour tu kena kurung bergilir-gilir. Si Sky dah kena bantai pun dia buat tak paham je. Time dia nak manja dia pedulikkan aje mama dia marah, sebab dia tau malam-malam memang dia je teman bawak tidur. Si kecik ni pulak, baru sebulan. Sibuk nak melawat great grand mother dia!


Esok-esok kita cerita pasal Lucy yang kali ke-2 beranak dan Combi yang pertama kali melahirkan. Sekarang ada 6 ekor cicit kecik-kecik. Masa ni seronoklah. Tunggu dah besar nanti! 

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

31 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Aduihh ngilu tengok lukanya tu... dan agak ngilu jugak menengok bill rawatannya. Huhuu... macam2 perangai ada kucing2 ni :'3

    ReplyDelete
  2. Alahai... Menjaga binatang peliharaan ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Teringin juga bela seekor kucing buat teman dan terapi lepas stres kerja. Tapi belum ada rumah sendiri jadi susah lah sikit. Bagusnya Kak Bel! Meriah lah rumah lepas ni! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlebih meriah dah ni Hasif. Kdg2 hilang sabar juga dibuatnya. kikiki

      Delete
  3. ahh... when i see that thing... reminds me a cartoon... mask of shame... lolz.. however this is good actually. can avoid your kitty to lick those wounds with medication. is dangerous thou.
    semoga cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  4. Alahaii.. kita kagum sangat dengan orang yang membela haiwan kesayangan ni. Bukan mudah nak jaga nak bela tu. Kena ada kesabaran yang tinggi dan hati yang kental juga kalau tak jangan bela. Kesian mereka. Teringin juga nak bela seekor tapii takut tak kuat nak tengok diorang sakit ke mati ke macam sebelum ini. Jadi cukuplah sekadar memerhati dari jauh ajelah si mulus comel-comel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak bg org takut boleh ke bg kasih syg kat dorang ni. Tgk stray cat sgt kesian :(

      Delete
  5. Bagus you bela kucing. My sister pun bela jugak. But me so takut attached to them and cannot let go if anything happen to them. Bagus tip luka ni. They also neef extra care.

    ReplyDelete
  6. glad you caring for your pet. Yeah pet injury is important to take care and it's tough I know as we used to have pet dog. it's sad as my family pet dog during my childhood time got to put to sleep because it's legs no longer can move and it's an very old dog, we don't want to see it suffer. My dad asked vet to come give him a jab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my. So sad. Its ok if that the best for him.

      Delete
  7. Alamak siannye dia, naseb Bella pandai rawat sendiri kalau tak? kos klinik pet lagi mahal kan! moga cepat baik luka tu

    ReplyDelete
  8. Alahaii sianya dia..gaduh sampai luka2. Risau jugak yang kat rumah ni bila kita tak ada..takut gaduh jadi sampai cam ni, setakat ni belum lagi lah teruk sampai cam tu.

    ReplyDelete
  9. Sakitnya nampak luka-luka tu semua. Mak saya suke kutip kucing tepi jalan tau. Kalau ada yang jenis luka-luka tu, dia cuci dan sau minyak gamat je. Dekat kampung payah nak jumpa vet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bagusnya mak Fadzi. Kem salam nanti. Kat umah ni baik2 juga dgn makcik2 yg selalu bg makan kucing. Hati cpt kesian dan tersentuh

      Delete
  10. Kucing kalau gaduh tak luka tak sah..bila nmpk luka teruk baik bawak pergi klinik dia terua takut melarat. Comel-comel kkucingnya. Lagi comel bila kene pakai penutup kepala tu.. Hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. jgn sampai teruk nanti berulat. Hahaa kan lawak pki kolar. Tu pun ikat dgn kain sb boleh pulak dia masukkan kaki dalam tu sb nak tanggalkan.

      Delete
  11. Babe, last week my sil adopt kucing yang terkena minyak panas tanpa sengaja. The owner tak tahu nak buat apa. My sil kesian, so ambil dan cuba rawat. Ngeri betul tengok condition dia. Bwk pergi vet, doc buang kulit dia sbb nak rawat. After few days mati sebab kucing tu tak mampu bertahan. Ni first time i tgk sendiri kucing yg luka teruk macam tu.

    ReplyDelete
  12. Cantik2 buli kucing bella ni.. uisshhh besar gak lukanya.. ngilu tengok.. tp skrg nak cr Vet pun dah senang, cuma sediakan ongkos je hihihi

    ReplyDelete
  13. alolo shiannya kucing dia. Moga cepat diberikan kesembuhan. Banyak juga sekali ubat kena amik untuk rawatan ya..

    ReplyDelete
  14. tengok luka kucing sha pulak rasa sakit :3

    ReplyDelete
  15. aduh. sian nyer dia. Allahu Akbar.
    aida ni tak kira la luka manusia ker, luka haiwan ke, sendiri luka pun seriau tau!!!

    ReplyDelete
  16. it's a great post to educate ppl to love n how to take care of animals... useful especilaly for those with pet cats..

    ReplyDelete
  17. Many lovely cats that you have Bella! Love to see how to take good care of the pets. Good example for the community 👍

    ReplyDelete
  18. Alamakk.. kesiannya tgk kucing bella cedera parah camtu.. baguslah perkongsian camni.. boleh manfaat utk masa hadapan nie..

    ReplyDelete
  19. Banyak anak bulus kak bel...
    Kita xpndai jaga kucing tpi suka ja kucing ni...
    Kesian tengok luka dia tu..
    Nasib la mummy dia pndai jaga dia

    ReplyDelete
  20. Hi nak tanya boleh? Gel solcoseryl tu safe tak utk licking sebabnya kucing sy ada luka jahitan terbukak, dah 2x pergi vet jahit semula still terkoyak sikit (kucing jenis tak duk diam, pakaikan kolar pun dia meronta makin teruk jadi nya, last2 tak pkai pun tu yg kuat menjilat luka) sy ingat nak beli sendiri je ubat mcm sis bella tunjuk ni utk taruk dkt area luka tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Biasa ubat meow ni bahaya kalau licking terlalu banyak. Baru-baru ni Bella tanya Gel solcoseryl kat hospital vet yang selalu pi dah tak ada jual. Kat petshop payah nak jumpa rasanya. Skrg pakai Polybamycin je. Lasak juga meow awak sampai terbuka jahitan.

      Delete
Previous Post Next Post