Nickelodeon's PAW PATROL LIVE! “THE GREAT PIRATE ADVENTURE” Dipentaskan Di Istana Budaya November Ini

Bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil pastinya tahu siri PAW Patrol. Kalau di unifi TV siri ini boleh ditonton di Channel 552 dan CH612 Nickelodeon di Astro. Walaupun dah besar panjang sekali-sekala melayan kartun seronok juga.


PAW Patrol akan dipersembahkan secara Live di Istana Budaya tidak lama lagi dalam siri jelajah PAW Patrol Live! “The Great Pirate Adventure” yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan diterbitkan oleh TEG Life Like Touring dan VStar Entertainment.

Nickelodeon Asia bersama Shiraz Projects Sdn Bhd, TEG Life Like Touring dan VStar Entertainment dengan gembiranya mengumumkan tarikh jelajah PAW Patrol Live! “The Great Pirate Adventure" Malaysia 2018 akan diadakan dari 29 November hingga 2 Disember 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket untuk melihat karakter-karakter yang memulakan pelayaran bertema lanun ini telah mula dijual pada hari Rabu, 10 Oktober 2018 lalu dan boleh didapati di www.myticket.asia.


Produksi yang penuh dengan aksi dan muzikal, PAW Patrol Live! "The Great Pirate Adventure" akan menampilkan watak-watak dari siri animasi popular kanak-kanak Nickelodeon yang diterbitkan oleh Spin Master Entertainment. Pementasan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit termasuk dua ‘acts’ dan ‘intermission’, dengan menggabungkan pendekatan kostum yang inovatif untuk membantu membawa watak-watak PAW Patrol ke panggung, berserta kenderaan dan pengembaraan hebat mereka. 


Dalam Patrol PAW Live! "The Great Pirate Adventure", Datuk Bandar Goodway mendapatkan segala bentuk kapal untuk menyambut perayaan besar Pirate Day di Adventure Bay. Apabila Cap'n Turbot jatuh ke dalam gua yang gelap dan misteri, PAW Patrol datang untuk menyelamatkan Cap'n Turbot. Chase, Marshall, Rubble, Skye, Rocky dan Zuma menyelamatkan Cap'n Turbot dan menemui peta rahsia harta karun lanun yang membawa mereka ke pengembaraan epik. Di daratan dan di lautan, PAW Patrol mencari harta karun untuk Datuk Bandar Goodway supaya sambutan perayaan dapat diteruskan. Perkara menjadi lebih rumit apabila Datuk Bandar Humdinger pula mahu mencari harta karun untuk Foggy Bottom. PAW Patrol bersiap sedia di atas dek kapal untuk pengembaraan lanun mereka termasuk mendapatkan bantuan dari rakan yang baru iaitu Tracker! Dengan menggunakan skil hero penyelamat, mencari penyelesaian serta bekerja berkumpulan, PAW Patrol berlayar untuk misi penyelamat! Bukan sesuatu isu yang terlalu besar untuk si lanun kecil selesaikan!


Informasi Jelajah Malaysia
Tarikh : Khamis 29 November hingga Ahad 2 Disember 2018
Masa : 11.00 pagi, 3.00 petang, 6.00 petang 
Venue : Istana Budaya, Kuala Lumpur
Laman web: www.pawpatrollive.my
Harga Tiket: RM305 (Diamond), RM245 (Platinum), RM195 (Gold), RM155                            (Silver), RM95 (Bronze) Restricted view
Talian Tiket: 03 8605 0195
Talian Info : 012 256 0082
Facebook : @PAWPatrolLive


Para peminat boleh melayari www.pawpatrollive.my untuk jadual pementasan dan jualan tiket. PAW Patrol, ready for action, Ryder, sir!

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top