Ikan Sepat Masin Goreng Cili

Hi Korang! Dah lama betul tak memasak. Tambah pula sinki di rumah ni tersumbat, jadi memang datang malas nak memasak. Sebelum ni dah cuba macam-macam kaedah, curah air panas, letak garam, serbuk soda dan sampai pakai asid! Hujung-hujung beli pelocok baru, elok pula sinki. Ni dah dekat 2 minggu dia dok tersumbat balik, entah apa yang tersumbat. Saluran sinki pula bentuk T dan tiada penahan kotoran, jadi susah Kak Bell nak tanggalkan dan atasi masalah tersumbat tu. Nampak gayanya kena panggil plumber lah nanti.


Nak masak benda yang hebat-hebat agak leceh bila sinki problem. So, masak sesimple yang boleh. Kebetulan pergi ke pasar malam tempoh hari, ternampak ikan masin sepat. Lama juga dah tak makan ikan kering dengan nasi bujang. Walapun ikan masin je, rasanya tetap meggamit kenangan. Hehe. Tak payah ajar pun resepi ni. Disebabkan teringin nak makan ikan bilis kicap dan ikan masin, so gabung je sekali dalam masakan. Habis cerita! Resepi ni Kak Bell saja je tambahkan sos tiram.

Bahan-bahan:
1 ekor sepat masin
1 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
3 biji cili api merah
Segenggam ikan bilis
Sedikit kicap
1 sudu sos tiram

Secoet ni semua RM15 ye

Cara memasak:
1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis
2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan
3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil
4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi.
5) Gorengkan cili kering agak garing
6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak
7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang.
8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram.


TIPS!
  • Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi.
  • Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin.

Tu dia, bertambah hokkay makan dengan nasi putih semata. Makan pula dengan ulam. Gadis kampung sangat kan. Kay Bye.


CONVERSATION

44 comments:

  1. sedap tu..suka juga mkn ...ltk bawang byk2

    ReplyDelete
  2. aduh lama tak makan! sedap ni makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  3. wow looks so yummy and delicios I like to eat. Now I think gonna ask my sis in law to check this recipe :D.

    ReplyDelete
  4. Kejamnya entry, Terliur pulang tengok ikan masin sepat tu. Selalu goreng jer. Tak pernah buat tumis bagai. kena try ni. Thanks for the resipi ☺

    ReplyDelete
  5. Lauk macam ni kalau makan dengan nasi putih panas saje pun dah ok dah. Dah tak payah ada lauk lain pun tak pe kan

    ReplyDelete
  6. Lama kita tak makan ikan sepat masin hehehe tapi ini resepi memang simple dan mudah nak buat rupanya lepas ni kita akan buat almaklumlah orang bujang duduk seorang makan pun sikit jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun sebab lama tak makan. mengidam ikan kering.

      Delete
  7. Ya Allah.. yang ni memang sedappp.. terliur tengok.. memnag suka ikan masin.. huhu tapi tu la.. tak boleh makan banyak sebab ada psoriasis tak digalakkan makan ikan masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh i see. Makan sikit je TB buat lepas mengidam.

      Delete
  8. The dish looks delicious. I want to try it out to cook for my family to eat. Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  9. You're so a great cook, thanks for sharing, ikan masin is great with rice.

    ReplyDelete
  10. Seeius nampak sedap tau. Makan pula dengan nasi panas lagi merecik.. Adoii buat saya terliur je.

    ReplyDelete
  11. Kak Bell telan air liur kite wak. Ni kalau makan dengan nasi panas ni best. Memang suke masak cara ni tapi tak pernah lagi guna ikan masin sepat. Nak kene try ni. Dah copy resipe siap2.hehhee

    ReplyDelete
  12. mm nampak memang sangat membuka selera, lagi2 padankan makan dengan nasi panas dan ulam2 or sayur, memang terbaik hehe! Even nampak simple je tapi ni pon dah sedap betul ni kan hehe.

    ReplyDelete
  13. saya suka la resepi macam ni.. simple dan yang paling penting sedap. ikan masin kalau di masak apa cara pun mesti sedap!.

    ReplyDelete
  14. Bagi kat mata orang kaya lauk ni cincai cincai bagi diorang , kalau AL ini lah lauk makan yang paling sedap bila poket tengah kering ...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Rugi saape tak makan ikan masin. Hahahaha

      Delete
  15. Makan dgn ulam dan nasi panas, mmg terbest! Nak minta sikit :) Air Terliur dah...

    ReplyDelete
  16. Sedap tu. Dah lama sangat tak makan camtu. Nanti nak carilah ikan tu nak-nak sekarang ini musim hujan dah. Perghhh sedapnya makan dengan nasi panas-panas pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tekak teringin makan cengini kan

      Delete
  17. Eh sedapnya. Lama gila tak makan ikan sepat. Dulu kalau musim tengkujuh, abg selalu pi tangkap ikan kat kawasan kg tu. Bawak balik ikan sepat ni, selera betul makan bila mak masak. Semerbak bau dia satu rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ikan segar lagi. Bestnya. Suka makan ikan sungai

      Delete
  18. sedap nampak hidangan ni..walaupun simple jer cara penyediaan..makan dengan sambal lagi umph...boleh menambah-nambah nasi hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Makan nasi tak berkuah, cukup dgn kicap dan sambal. Best.

      Delete
  19. alamak aii, bella.
    ngencess nih!
    baca plak waktu hampir-hampir nak lunch ni hah hadoi lah...
    sama ler kita, kampung-kampung gitu.
    sesekali jer layan omputeh, korea, jepun ha ha ha ha...
    lauk gini jugak yg dicarik tau bila lapor!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Betul..betul. Tetap masakan lokal. Apatah lagi masakan Jawa? Hehe

      Delete
  20. Resepi simple peneman di musim hujan. Arghhh bestnyaaaaaaaa. Nanti nak masak lunch malam karang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAna satu ni Ruby. Nak masak lunch ke dinner? Hahaha

      Delete
  21. Hmmmm..sedapnya my favourite,dah lama tak masak ikan kering mcm tu

    ReplyDelete
  22. nampak banyak sedap nya ikan sepat masin goreng cili ni... great untuk makanan seisi keluarga... nice nice.. yummy!

    ReplyDelete

Back
to top