Kalla:Hidup Atau Mati (2018)

Filem Kalla:Hidup Atau Mati telah menemui para penonton pada 11 Oktober 2018 lalu. Filem terbitan Little Film ini turut ditayangkan di Brunei dan Singapura. Filem yang bergenrekan suspens thriller ini dibarisi pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussein, Vanida Imran, Azhan Rani serta ada kemunculan pelakon Indonesia kelahiran Malaysia, Farali Khan yang giat menempa nama di Indonesia. Karektor utama tersebut turut dibantu oleh para pelakon berwibawa seperti Heryanto, Razali Hussain, Riz Amin dan Zaidi Omar.


Tayangan perdana filem telah berlangsung di GSC Signature The Gardens, Mid Valley pada 5 Oktober 2018 dan turut dihadiri barisan pelakon Faizal Hussein, Farali Khan, Azhan Rani, Razali Hussain, Riz Amin tetapi malangnya pelakon utama wanita, Vanida Imran tidak hadir. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas penerbit filem Dato Dr. Suhaimi Ibrahim dan dimeriahkan dengan kehadiran Hazama dan Noryn Aziz bagi menyampaikan lagu OST Kalla iaitu Percayakan Hati Kita.



Menurut pelakon Faizal Hussein yang sudah mencecah usia 51 tahun itu, pembabitannya dalam filem berkenaan menuntutnya untuk menjalani penggambaran pada setiap hari sepanjang tempoh hampir 50 hari penggambaran. Untuk filem ini, beliau hanya berehat sehari sahaja sebelum menjalani penggambaran semula dalam tempoh 10 hari penggambaran. Bagi beliau yang telah berlakon dalam 44 buah filem, filem ini paling mencabar kerana setiap babak membabitkan diri beliau. Klik > Majlis Pelancaran Trailer Kalla:Hidup Atau Mati



Kalla: Hidup Atau Mati mengisahkan seorang professor sejarah Dr Ezahar (lakonan Faizal Hussein) yang diburu oleh pihak berkuasa diketuai Inspektor Harris (lakonan Azhan Rani) kerana disyaki terlibat dalam letupan bangunan 18 tingkat Pusat Dagangan dan Konvensyen yang mengorbankan ramai nyawa termasuk isterinya. Dr Ezahar yang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya Sherina (lakonan Vanida Imran), meneruskan pencarian isterinya yang diisytiharkan mati dalam sebuah kejadian bangunan runtuh akibat serangan bom terroris. Dr Ezahar mendapat petunjuk mengenai isterinya dan mula mempercayai isterinya masih hidup. Bermula dari situlah, segala misteri mula dirungkaikan satu persatu oleh Dr Ezahar yang membabitkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Diburu oleh pihak berkuasa dan juga dari kumpulan lain, Dr Ezahar banyak dibantu dan diselamatkan oleh seorang wanita bernama Uyun (lakonan Farali Khan).

Pengarah: Alan Smithee
Pelakon: Faizal Hussein, Farali Khan, Vanida Imran, Azhan Rani, Faizal Hussein, Farali Khan, Azhan Rani, Haeryanto Hassan
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Genre: Aksi/Drama
Pengedar: Empire Film Solution
Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2018



Sebelum tayangan, Kak Bell memang memberikan harapan tinggi untuk filem ini berikutan barisan pelakonnya yang memang dikenali berpengalaman. Tambahan lagi dengan kemeriahan filem tempatan yang masuk panggung. Jadi nak tahulah hasil buah tangan pertama Little Film. Dari segi jalan penceritaannya memang berlainan dan kehadiran banyak plot twist yang tidak disangka. Dalam filem ini juga turut diselitkan dengan elemen sejarah tentang kerajaan Melaka yang dijadikan sebagai teka-teki untuk Dr Ezahar dan Uyun bagi mencari lokasi Kalla beroperasi dan juga isterinya, Sherina. Untuk jalan cerita memang bagus sebab pihak produksi berani ketengahkan kelainan dalam plot cerita. 


Untuk babak aksi sebahagiannya menarik tetapi dicacatkan oleh aksi pelakon pembantu yang lemah semasa berlawan dan membuatkan Kak Bell sedikit bosan pada babak berlawan. Walaupun kehadiran pelakon utama yang mantap, ketidaksesuaian pelakon tambahan lain menjadikan filem ni agak lemah. Kalau dah nama penjahat, seharusnya watak tersebut mampu tonjolkan watak jahat dengan lebih gagah. Tetapi pada pandangan Kak Bell adalah sebaliknya.Kehadiran elemen humor dalam filem agak baik bagi mengimbangi watak cemas dan aksi sepanjang cerita.



Kak Bell berpendapat sinematograpi filem ini agak sederhana dan kesan CGI semasa scene bangunan runtuh agak lemah. Ada babak-babak dengan scene yang bagus dan menarik. Untuk babak bangunan selepas musnah agak baik dan memang nampak lah macam bangunan tu musnah teruk! Walau apa-pun tahniah kepada penerbitan filem ini sebagai sokongan kepada industri filem tempatan dan juga hasil karya pertama Little Film. Jika ada sekuel kedua, mungkin ianya boleh diperkemaskan lagi.
Kak bell bagi 6/10 bintang

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top