Fernleaf UHT 100% Mmmmm Terbaik Dari New Zealand

Trending

Fernleaf UHT 100% Mmmmm Terbaik Dari New Zealand

Susu sememangnya terkenal sebagai minuman yang sihat. Sejak kecil lagi, kita telah diberikan susu kerana kepentingannya untuk tumbesaran tubuh. Walaubagaimanapun, amalan minum susu boleh dikatakan kurang menjadi tradisi dalam masyarakat kita ketika meningkat usia. Kebanyakkannya sudah tidak mengamalkan amalan minum susu. Umum mengetahui tentang fungsi susu yang dapat menguatkan tulang, membantu pencernaan atau membantu mendapatkan tidur dengan lebih nyenyak. Pengambilan susu dalam diet seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan kalsium dan protein bagi tubuh badan.


Di pasaran memang terdapat pelbagai jenama susu UHT diantaranya Fernleaf. Kebaikan susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu Fernleaf ini, penghasilan susu lembunya adalah secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Kenapa ianya lebih baik, jom ikuti lebih lanjut!


Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi
Fernleaf merupakan 100% susu dari New Zealand dan lembu tenusu mereka adalah jiwa dalam industri tenusu di New Zealand. Mereka mengusahakan ladang tenusu tersebut secara semulajadi dengan memberikan kebebasan kepada lembu yang dijaga untuk meragut rumput di padang rumput yang subur secara bebas. Keadaan tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan New Zealand sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu yang terbaik.


Lembu tenusu yang tidak terkurung dalam kandang, bebas meragut rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu-lembu tenusu Fernleaf secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Sebab itulah susu Fernleaf mengandungi vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang terkurung di dalam ladang. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Oleh itu, susu yang dihasilkan kaya dengan sumber semulajadi seperti kalsium yang mudah diserap badan, protein berkualiti tinggi, kaya Vitamin A dan juga Vitamin D.


Susu Fernleaf 100% Mmmmm
Fernleaf mempunyai lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. Sebagai pakar tenusu, mereka sangat dedikasi dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dengan sumber air yang bersih, rumput segar berkualiti dan sehinggalah ke produk akhir untuk pengguna. Terbukti bahawa warisan dan kepakaran Fernleaf menjadikan New Zealand sebagai peneraju utama dunia dalam industri tenusu hari ini.


Sebab 100% Mmmmm, dia pun nak rasa!

Fernleaf UHT ini terdapat dalam pilihan perisa Coklat, Full Cream dan Low Fat. Kesemuanya sedap dan memang 100% Mmmmm.....Walau berapa pun usia anda, pengambilan susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi memang penting untuk tubuh dan perlu diambil dengan secukupnya. Jom hidupkan semula amalan minum susu!




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Memang sedap, segar dan 100% Mmmmm... Jom minum susu Fernleaf UHT sekarang!! Hehe..

    ReplyDelete
  2. Akak pun dh jatuh cinta ngan fernleaf choc...suka je minum..anak akak dia advanced skit..dia pi masukkan dlm freezer...jadi la eskrem choc..hahaha..shud try nanti

    ReplyDelete
  3. Fernleaf mmg fav since kecik lagi. Skang dah ad flavour coklat lagi la penuh peti ais kat rumah. Btw susu Uht Fernleaf Low Fat selalu ambil time sarapan pagi. Best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang minum susu. Lepas ni nak amal minum semula.

      Delete
  4. cantik nya bella dan photo2 yg bella amik.. meletop woo!!AM memang suka minum susu fernleaf ini.. tiap2 pagi sebelum ke sekolah, dan sebelum tido.. AM pastikan susu fernleaf tersedia utk anak2.. bagus untuk tumbesaran dan banyak faedahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. TQ AM. Sis cuba yang terbaik. Susu coklat tu, 2 kotak sekali minum habis dah.

      Delete
  5. hari hari wajib minum susu..ptutnya minum susu ni kena menten minum sejak kecil..barulah masa dah berumur nanti kekal bertenaga dan tak sakit tulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah tua br la nak carik Anlene. Kahkah

      Delete
  6. wahhhh hispternya straw tu yer. mesti sejuk je bila air susu fernleaf nie lalu muka. seriously mmg best dan sedap susu fernleaf UHT especially yg perisa coklat. bila baca dan dengar kisah disebalik penubuhan jenama fernleaf nie, rasa macam terinspirasi.

    ReplyDelete
  7. Ramai minum susu fernleaf ni..memang bgus..memang setiap kali keluar beli susu fernleaf ni..dulu susu tepung je, sekarang dah keluar susu terus minum..sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi selamat minum dah ada teknologi UHT. Not bad taste susu Fernleaf ni

      Delete
Previous Post Next Post