Trending


Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Tempe

Hi Korang! Sebelum ni Kak Bell dah pernah kongsikan entri Resepi Ayam Goreng Kunyit. Sebab dah alang-alang, Kak Bell postkan sekali lagi. Resepi mudah dah siap sekali dengan sayur. Jadi tak payahlah korang nak duduk pening kepala memikir menu untuk sayur. Untuk ayam tu, ada juga yang gunakan jintan manis, sos tiram, gula dan sedikit cuka untuk bahan perapan. Konsep Kak Bell nak senang dan cepat, so perap dengan garam dengan kunyit sahaja. Kali ni edisinya berlainanlah sedikit. Kak Bell ada tambahkan kacang panjang dan tempe goreng, maka jadilah Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Tempe! Bagi peminat tempe mesti terliur tengok ayam goreng kunyit Kak Bell ni kan. Jom tengok resepi ayam goreng kunyit campak-campak ni.



Bahan-bahan:
Bahagian ayam (dipotong kecil)
1 biji bawang holland
2 biji lada merah
1 paket tempe (potong kiub)
1/2 batang lobak (hiris panjang)
Kacang panjang
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit tepung jagung
Minyak 

Cara membuat:
1) Perapkan ayam dengan kunyit, garam dan tepung jagung. Kemudian goreng ayam sampai masak, ketepikan.
2) Gorengkan tempe dan asingkan.
3) Asingkan minyak baki gorengan ayam dan tempe tadi jika guna minyak yang banyak.
4) Masukkan lobak dan kacang panjang dan kacau sekejap. Kemudian masukkan hirisan bawang holland & lada merah.
5) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
6) Bila sayur dah layu, masukkan ayam goreng dan tempe, kacaukan rata.



Done! Kalau kat kedai sah-sah harga RM6 ke RM7 kalau korang order ayam goreng kunyit ni ye.  Kadang-kadang tu tak adalah sedap sangat pun rasanya, selalu jumpa yang masin ya amat. Eloklah masak sendiri, puas hati nak telan. Bagi yang dah pandai masak, baru nak belajar masak, bolehlah cuba resepi ni kalau nak. Kay Bye.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. perghhh sedapnya
    siap ada tempe tu
    bertambah sedap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tempe dengana ayam goreng tu, ibu berpantang boleh makan kan?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post