Hokkaido Miso Japanese Ramen Tasteful?

Trending

Hokkaido Miso Japanese Ramen Tasteful?

Teman baik masa makan tengah malam dan ketika hujan, tentunyalah mi segera kan! Kalau dah datang malas nak memasak, otak jammed nak masak apa, jawapannya masak instant noodle. Tak dinafikan memang mi segera sangat popular di seluruh dunia sebab murah, tahan lama, mudah disediakan dan ada pelbagai perisa. Tambah pula bila tengah under bajet kan. Memang mi segeralah kita capai. Sebenarnya ianya kurang sihat sekiranya mi segera dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Jadi, pepandai sendirilah ye. Sekali-sekala makan oklah.

Hokkaido Miso Japanese Ramen

Cerita balik kerja semalam, Kak Bell cuba masak mi segera ramen keluaran NISSIN Singapore. Ramen Jepun keluaran NISSIN ni ada sijil HALAL dan boleh juga didapati di supermarket di Malaysia. Ada 3 jenis ramen ni iaitu Hokkaido Miso, Kyushu Black dan Tokyo Shoyu. Yang Kak Bell masak ni Hokkaido Miso Japanese Ramen. Kalau di Jepun, tekstur dan rasa ramen ni pelbagai dan berbeza mengikut tempat. So, ramen yang Kak Bell cuba ni adalah rasa ramen Hokkaido. Hokkaido Miso ni gunakan Miso powder untuk beri rasa Miso pada sup, ada rumpai laut Wakame dan juga seasoning oil. Miso ni kalau korang nak tahu diperbuat dari kacang soya yg diperam dengan garam dan sejenis fungus yang dikenali sebagai kōji. Miso ni juga ada macam-macam rasa bergantung kepada tempoh ianya diperam. 


Kalau Tokyo Shoyu ramen pula, ada rasa Umami dan rumpai laut Nori dan Kyushu Black gunakan minyak bawang putih hitam yang wangi dan cuka balsamik (Balsamic vinegar). Harganya boleh tahan juga yer. Kalau Maggie biasa tu baru rm6.90. Sesekali nak merasa kann.


Pertama kali cuma ramen segera ni dan rasanya not bad juga! Kak Bell tak lalu makan, kalau mi segera rebus biasa, so Kak Bell tumis dululah dengan bawang putih dan bawang merah. Then, campak lah sayuran yang ada. Biasanya, ramen miso ni dimakan dengan telur rebus. Disebabkan dah balik kerja pun masa embun dah turun, Kak Bell campakkan sahaja sebijik telur. Tak koserlah nak rebus telur bagai kan! Rasa miso tu ringan je, taklah macam rasa sup miso yang terlalu kuat tu. Just nice for an instant ramen noodles. Nanti nak cuba Tokyo Shoyu & Kyushu Black Japanese Ramen pula. Yummy!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

17 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Emang benar sekali, kalo bingung mau makan apa, terus males masak, ujung-ujungnya pasti buat mie instan. Jadi ngerasa laper kalo liat ramennya nih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang pun gayanya begini ya tika malas. Hehe

      Delete
  2. Bella sama ngan akak..species kalau masak megi mesti nak tumis letak sayur dan telur..eh bella share la packaging dia..nanti nak cari..nampak menarik tu ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh kalau tak tumis. Nanti mesti saya vomit. Dah share packagingnya :)

      Delete
  3. Tak pernah rasa hokkaido miso japanese ramen ni. Nampak pun sedap apatah lagi meriah dgn perabah mcm tu.. mmg terbuka selera.. best2 :)

    ReplyDelete
  4. wow japenese ramen ni mahal tak ? usually kalau malam-malam memang malas dah nak makan heavy macam nasi dan lauk lauk.. mungkin ini adalah pilihan, thanks babe shareing us the recipe ! yummeh

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap ni sis. Boleh grab 1.

    ReplyDelete
  6. Zaza tak pernah rasa lagi ramen.. Kena cari kat pasar2 besar baru ada rasa kalau kat tempat zaza ni..

    ReplyDelete
  7. kawan lisa yang dok jepon baru je cite pasal sup miso and ramen nih. aduh rasa terliur betul nak makan. sebab tak pernah lagi makan yang jenis macam ni. selalu makan yang pedas tu je.

    ReplyDelete
  8. Kalau buat guna mee segera boleh tak.nampak sedap pulak.malam malam nak csri ramen memang xla.rumah ada mee segera je..boleh jekan..

    ReplyDelete
  9. Menarik pulak nampak Hokkaido Miso Japanese Ramen tu teringin nak try nanti he he he

    ReplyDelete
  10. Memang kalau nak makan mee ke apa, ramen Japan sedap. Deorang punya mee tak rasa macam mee jenama kita.

    ReplyDelete
  11. nampak menyelerakan betullah sis. nanti nak kena cuba ni. terliurlah kita. masakkan utk kita leh hehe

    ReplyDelete
  12. Dulu tiap kali tonton anime Naruto, pasti terasa mengidam nak makan ramen... Cuma, belum jumpa ramen yang betul2 berkenan dekat tekak nie.

    ReplyDelete
  13. Amboi...rajinnya masak bella masak, sedap ke mee dia?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post