Budaya dan amalan tradisi memang sewajarnya dipulihara agar tidak pupus ditelan zaman. Dengan arus pemodenan sekarang, diakui turut memberi impak negatif terhadap pertumbuhan seni budaya di negara kita. Rasanya anak muda sekarang mungkin juga kurang berminat terhadap persembahan pentas seperti teater, persembahan budaya dan sebagainya. Begitu juga dengan perkembangan perubatan moden sekarang, turut menyebabkan masyarakat tidak lagi atau kurang mempercayai perubatan alternatif atau tradisional. Pernah dengar tentang Ulik Mayang, Dabus atau Kuda Kepang? Ianya adalah diantara contoh perubatan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Dalam usaha memelihara kebudayaan tradisional ini, pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan atau ASWARA telah mengadakan sebuah persembahan pentas khususnya kepada kebudayaan tradisional Main Puteri. Setelah sekian lama tidak menonton teater mahupun persembahan budaya, Kak Bell berkesempatan menyaksikan Main Puteri “The Forgotten Heritage” yang merupakan sebuah acara anjuran pelajar tahun 3 Fakulti Pengurusan Seni Budaya, ASWARA sebagai projek penilaian tahun akhir mereka.
Pementasan tersebut dipertontonkan secara persembahan syarahan (Lecture Performance) yang diangkat sebagai tema mendidik melalui persembahan. Bentuk persembahan lecture performance ini terbahagi kepada 70% persembahan dan 30% syarahan. Persembahan lecture perfomance ini akan menjelaskan apa yang tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam persembahan Main Puteri untuk memudahkan pemahaman penonton mengenai selok-belok persembahan main puteri. Syarahan telah disempurnakan oleh Encik Kamarul Baisah, pensyarah di Pusat Seni Tradisional (PuTRA), ASWARA dan juga beberapa orang tokoh Main Puteri di antaranya Che Seman, Ibrahim Senik (Pak Him) dan Pak Wahab yang turut terlibat dalam pementasan ini.
Main Puteri merupakan sebuah upacara perubatan tradisional Melayu yang masih lagi diamalkan di negeri Kelantan. Upacara perubatan tradisional ini bertujuan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan kekusutan jiwa seseorang yang tidak dapat dikesan dan diubati oleh perubatan moden seperti penyakit gila, terkena buatan orang, penyakit angin dan gangguan makhluk halus. Tujuannya adalah untuk mengembalikan semula kekuatan jiwa seseorang. Perubatan tradisional ini merupakan kaedah perubatan berstruktur tertua di dunia dan ahli arkeologi telah membuktikan bahawa kaedah perubatan ini telah wujud sejak 6000 tahun sebelum Masihi dan dipercayai amalan ini telah dipraktiskan lebih awal lagi.
Masyarakat Melayu di Malaysia sememangnya sinonim dengan pelbagai jenis perubatan tradisional yang melibatkan upacara ritual. Kepelbagaian kaum dan etnik telah mewujudkan kepelbagaian kaedah perubatan tradisional yang tersendiri dan ianya bergantung kepada kepercayaan dan kebudayaan rumpun masyarakat tersebut. Antara contoh perubatan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti Ulik Mayang, Dabus, Kuda Kepang dan juga Main Puteri khususnya.
Main Puteri juga turut dikenali dengan nama lain seperti Main Teri, Main Puteri atau Main Peteri. Upacara Main Puteri ni akan dikendalikan oleh seorang bomoh yang lebih dikenali dengan nama Tok Pateri atau Tok Teri. Seterusnya, pembantu Tok Teri pula dikenali dengan nama Tok Minduk. Upacara ini juga melibatkan sekumpulan pemuzik yang dipanggil awak-awak atau panjak. Di antara alatan muzik yang digunakan adalah seperti rebab, gendang, serunai dan canang. Canang juga kebiasaanya boleh digantikan dengan alatan muzik lain seperti dulang atau batil.
Terdapat 4 segmen dalam pementasan Main Puteri ini iaitu bermula daripada segmen Tubik Cerita, Ghoyak Mari, Angin Tohor dan segmen Pelapih.
Tubik Cerita
Dalam segmen ini, penerangan diberikan tentang isi kandungan didalam persembahan Main Puteri. Antara penerangan yang akan disampaikan seperti pengertian Main Puteri, asal-usul, fungsi dan penyakit yang diubati melalui Main Puteri.
Boleh klik SINI untuk video
Ghoyak Mari
Di dalam segmen ini, penerangan yang lebih lanjut mengenai struktur Main Puteri diterangkan melalui segmen Baca Kenduri, Buka Panggung, Bertabik Lupo dan Kejut Angin Pesakit.
Angin Tohor
Bagi segment ini, penonton akan melihat proses yang dilakukan didalam persembahan Main Puteri dan tindak balas pesakit semasa perubatan Main Puteri diadakan. Proses yang terlibat termasuklah Baca Kenduri, Bertabik, Bertabik Kejut Angin Tok Peteri, Kejut Angin Pesakit, Pesakit Melepaskan Angin dan Penutup.
Pelapih
Merupakan segmen terakhir yang diisi dengan persembahan daripada para pelajar sekolah yang telah menyertai bengkel anjuran pihak ASWARA yang dilaksanakan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan secara teori dan praktikal. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane. Antara lagu yang dipersembahkan dalam segmen ini adalah Lagu Bertabuh, Lagu Sedara dan Lagu Saa.
Kesimpulannya, upacara Main Puteri ini merupakan sebuah upacara perubatan tradisional bagi memulihkan semangant jiwa pesakit. Tetapi disebabkan penyalahgunaan dari masyarakat kita, ianya telah menjadi syirik. Pertama kali menyaksikan persembahan Main Puteri ini, memberi kesedaran pada kak Bell yang seni warisan ini sudah semakin dilupakan. Tahniah kepada pihak ASWARA dalam usaha mereka menjaga seni warisan tradisi ini kepada generasi muda zaman sekarang supaya diwarisi dan tidak hilang begitu sahaja.
Tags:
ASWARA Mengekalkan Warisan Tradisi Kelantan Melalui Main Puteri “The Forgotten Heritage”
Event & Review
Main Puteri
Perubatan Tradisi
Wah! Main Teghi!
ReplyDeleteWalaupun saya ni orang Kelantan, tapi seumur hidup tak pernah lihat orang main puteri ni
Pertama kali dengar dan menonton Main Puteri ni.
DeletePertama kali mommy dengar pasal main puteri ni.. walaupun dah 7 tahun kahwin oghe kelate.. dapat belajar pasal tradisional oghe kelate kat sini
ReplyDeleteHehe. Mommy kene tanya suami gak lepas nih
Deleteasl usul saya dr thailand n mmg sedia tahu tentang main puteri ni.. kalau xkuat boleh kena rasuk hihi
ReplyDeleteBetul tu. Masa persembahan pun dorang buat biasa or lite2 je. Takut kena rasuk pula.
DeleteCerita Main Puteri nampak best. I would love to watch it too.
ReplyDeleteYe Mommy Jane. Budaya Kelantan nih
Deletewah kalau bahasa kelantannya main teri. like article ni sbb kita anak kelantan. hehehe
ReplyDeleteAwok mesti wahu kan bab2 ni. Kita teringin tengok Ulik Mayang lah
DeleteK.jana ore kelate tapi tak pernah ada peluang nak tgk main puteri ni
ReplyDeleteYe ke Kak. Saya pun pertama kali tengok :)
Deletetak pernah tengok bentuk persembahan macam ni...hmm nmpk menarik
ReplyDeleteKalau buat terus cam teater sure boring sebab tak paham. Lagipun ada pakai bahasa Sanskrit.
Deletepertama kali dengar main puteri ni. maklum la sy bukan orang kelantan. Tapi bagus la pihak ASWARA dapat bangkitkan semula tradisi ni agar tak hilang dek zaman
ReplyDeleteBetul tu. Ni pun pertama kali dengar.
DeletePertama kali dengar pasal main puteri ni..teringin jugak nak tengok persembahan yg tak pernah kita tgok
ReplyDeleteFirst time juga dengar pasal Main Puteri ni. Menarik juga belajar pasal ni atleast kita dapat knowledge baru dan belajar mengenai adat negeri Kelantan.
ReplyDeletewww.liahasty.com
this looks like an interesting program... too bad I missed out on it the last time.. huhuh
ReplyDeleteBanyak yang saya tak tahu tentang warisan dan tradisi untung ada Aswara ketengahkan dan beri pendedahan kepada umum.
ReplyDeletewow lady gaga melihat movie tradisional ke tu. eh macam best pula menghayati pesembahan dari mereka ni. I patut datang haritu tapi I busy lak that time ;(
ReplyDeleteFirst time dgr. Biasa yang jenis2 mcm ni popular kuda kepang n ulik mayangkan.
ReplyDeletebestnya kak bella dapat tengok..bgus aswara kekalkan tradisi yang hampir lupus ni
ReplyDeleteSerius? Main Puteri masih wujud lagi ke u? I orang kelantan pun tak tahu,hehe... Tapi baru i tahu ada upacara ni di Kelantan :)
ReplyDelete