Berita baik buat peminat Anuar Zain, Bunga Citra Lestari (BCL) dan juga Yuka Kharisma! 3 selebriti popular dari Malaysia dan Indonesia ini bakal bergabung dalam satu pentas konsert yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert gabungan Malaysia dan Indonesia memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia mahupun Indonesia. Berbeza untuk konsert kali ini, 3 nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL dan Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.

Konsert yang akan berlangsung selama 2 setengah jam ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd yang diterajui oleh Yuka dan turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari bakal membawa 6 orang pemuzik yang diterbangkan khas dari Indonesia, manakala nyanyian Anuar Zain & Yuka pula akan diiringi oleh 8 orang pemuzik tempatan, 3 penyanyi latar dan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

Bersama penaja konsert
Berikut merupakan sedutan sekitar sidang media BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma LIVE In Concert.
Dalam sidang media ini, Yuka juga turut mengambil peluang untuk melancarkan album terbarunya yang bertajuk #1 dan mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertamanya yang ditulis dan digubah secara keseluruhan oleh Yuka sendiri.

Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan konsert ini memberi keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon merasakan konsert ini membawa pengertian tersendiri buat dirinya. Pastinya beliau gembira dan bersyukur apabila 2 nama yang cukup besar dalam industri muzik bersetuju untuk berada di satu pentas dengannya, selain menjadi platform untuk syarikat miliknya bergerak sebagai penganjur acara konsert.

Tiket konsert telah mula dijual pada 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Berikut merupakan harga tiket yang dijual:
- RM2199 (Intimate)
- RM1599 (Platinum)
- RM588 (Diamond)
- RM488 (Gold)
- RM388 (Silver)
- RM288 (Bronze)
- RM188 (Regular)
Selain dapat berhibur bersama penyanyi kegemaran masing-masing, anda juga berpeluang untuk memenangi 6 buah cabutan yang disediakan. Bagi pembeli tiket konsert yang bertuah bakal membawa pulang 5 buah Iphone 8 dan hadiah utama iaitu skuter!
Bagi pembeli tiket Intimate, anda akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert serta peluang bergambar bersama artis dan laluan VIP. Manakala pembeli tiket Platinum pula akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my
Semoga Konsert ini berjalan dengan lancar. Ketiga-tiga artis ada tarikan yang tersendiri. :)
ReplyDeleteTak sabar nak tengok weeei
Deletenak pergi konsert diaorang, anuar zain sangat hensem, eh eh eh can date tak
ReplyDeleteJom jom. Kita nak date jugaklah...
Deleteada anuar zain memang gempak la konsert ni nanti..semoga konsert ni berjaya
ReplyDeleteYup. Masing2 ada peminat masing2
DeletePergh mesti Best kalau dapat lihat secara live...
ReplyDeleteCumanya nak pengsan lihat harga tiket yang ditawarkan...
Memang betullah tu. Tiket dia memang pengsan terus!
DeleteBestnya dapat bertentang mata dengan Anuar zain & BCL. TApi Yuka tu I tak kenal... hehehe... Boeh tahan jugak harga tiket tu yer. Tapi kalau dah minat, harga belakang kira kan ☺
ReplyDeleteRetis baru ni. Btw, lagu dia not bad!
DeleteLawanya BCL. Emi minat BCL dan Anuar Zain. Tapi harga tiket tu mahal la bagi kita wak, hehe. Teringin nak join.
ReplyDeleteMemang lawo dorang ni. Kita ni ajelah tercampak. Hehehe
DeleteMesti letops konsert ni! Fav artis tu Anuar Zain and BCL <3
ReplyDeletewow the price ticket for intimate so high! but good for those super fan to get closed to them!
ReplyDeleteTak mampu! Kalau regular nanti duduk depan pintu masuk pula
DeleteSaya suka dengar lagu anuar zain..suara dia..sedapp sangat... Bestnye kalau dapat dengar live
ReplyDeleteHarga tiket bole tahan ye?. Peminat setia pasti ok je tu. BCL tu ada satu lagu yang disukai tapi lupa sbb lagu tu dia duet.
ReplyDeleteBest gak dgr lagu anuar zain..harga tiket tu dh lepas diskaun ke? Hehe
ReplyDeleteTak de diskaun :) Hehe. so far nilah regenya
Deletehe still look good. the ticket not cheap lol
ReplyDeletehahaha. Matilah mau beli intimate ticket tu
Deletewahhhh i peminat setia Anuar Zain, bestnya dapat pergi konsert tu... frust giler konsert tahun lepas tak dapat pergi sebab cancel. Tiket tu mmg harga standart yea
ReplyDeleteTu lah. Harap ni menjadi. Dah ajukan juga soalan tu pd Anuar Zain. Harap semua ok dan boleh berlangsung nanti
DeleteLama x dengan azuar zain ni nyanyi kat konsert.. mesti padu bila satu pentas dengan bcl
ReplyDelete3-3 selebriti ni ada peminat setia masing-masing. Pasti gempak show diorang ni nanti.
ReplyDeleteBestnya bila Anuar Zain buat comeback dengan adanya konsert. BCL pun cantik berseri ya. Rasa nak beli je tiket konsert ni boleh terubat rindu dengar suara Anuar.
ReplyDeleteLama tak nampak Anuar Zain. Suara mantap lagi oo
ReplyDelete