Umum mengetahui, daun lidah buaya atau nama botaninya
    'Aloe Vera' dilabel sebagai tumbuhan ajaib. Aloe Vera telah
    digunakan sejak beribu tahun lalu untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan
    kerana mempunyai pelbagai khasiat meliputi dalaman dan luaran tubuh badan
    manusia. Seawal abad ke-20 kajian-kajian yang dijalankan di seluruh dunia
    menunjukkan Aloe Vera telah terbukti dapat mencegah kecederaan radiasi,
    mempercepatkan masa penyembuhan kesan kebakaran dengan sekurang-kurangnya
    separuh kadar, menyembuhkan penyakit ulser, dermatitis dan penyakit kulit
    yang disebabkan oleh parasit. 
  Menyedari akan kebaikan dan khasiat Aloe Vera, PIJ Manufacturing Sdn Bhd,
    anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga produk
    terbaru set penjagaan wajah, gel mandian serta jus daripada ekstrak Aloe
    Vera dengan jenama
    ALOESHAFY pada majlis Aloeshafy
    Lunch Tea Party pada 12 Disember 2017 yang lepas di RUANG Event Space, Shah
    Alam. Kak Bell turut berbesar hati diatas jemputan dari pihak Aloeshafy
    semasa majlis pelancaran tersebut.
 
  Produk AloeShafy
PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara. Pengkomersilan penanaman Aloe Vera Barbadensis Miller secara organik di ladang berstatus MyOrganic di Bio Desaru diurus oleh satu lagi anak syarikat kumpulan PIJ Holdings iaitu PPA Bio Sdn Bhd. Ladang seluas 120 ekar yang terletak di di POIC, Halal Park Pasir Gudang, Johor ini mempunyai kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan. Seluruh rantaian bekalan industri dari penanaman ke penuaian, mengekstrak dan memproses ekstrak sehingga mengedar komoditi berkenaan ke pasaran hampir keseluruhannya menggunakan teknologi dari Belanda.
  Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.
  ALOESHAFY dipilih sebagai
    jenama adalah dari ilham perkataan 'Aloe' iaitu tumbuhan Aloe Vera
    dan 'Shafy' atau 'Shifa' yang berasal dari perkataan Arab yang
    membawa maksud penyembuh atau penawar. Ekstrak aloe vera yang dihasilkan
    mempunyai peratusan kandungan komponen bioaktif
    polisakarida dan aloe solid yang tinggi dan
    terbukti lebih baik daripaada ekstrak aloe vera yang dimport ke negara kita.
    Ekstrak yang dihasilkan telah memenuhi spesifikasi yang digariskan oleh
    pihak International Aloe Science Council (IASC) iaitu sebuah organisasi khas
    untuk industri Aloe Vera dunia yang berpusat di Amerika Syarikat. Polisi
    keselamatan makanan serta kualiti produk menjadi keutamaan dan produk
    Aloeshafy mendapat akreditasi penting pengilangan iaitu
    IS0 22000: 2005, Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Amalan
      Pengilangan Baik (GMP), pensijilan Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab
      Industri (MeSTI). 
"PIJ Manufacturing komited dan memberikan jaminan kepada semua pelanggan bahawa produk kami mempunyai kualiti yang terbaik, harga berpatutan dan mempunyai perkhidmatan yang boleh diharapkan. Produk kami memenuhi akreditasi yang sepatutnya untuk industri ini seperti IS0 22000: 2005, HACCP, GMP dan yang paling penting Halal" kata Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.
  Ketua penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Dr Lee Ting Hun
    telah berjaya menjumpai 2 komponen bioaktif dalam gel aloe vera iaitu
    Asid Digitoxic dan Dioxybenzone. Menurut kajian, pengambilan Asid Digitoxic boleh membantu pesakit yang
    mempunyai fungsi ginjal yang lemah dan tidak teratur. Sementara
    Dioxybenzone, boleh bertindak sebagai pelindung sinar Ultra Unggu A (UVA)
    dan Ultra Unggu B (UVB) agar tidak merosakkan tisu kulit seperti kedutan
    awal dan sunburn melalui penggunaan topikal iaitu sapuan ke atas
    kulit.
  Dari kiri; Dr Lee Ting Hun, Tuan Haji Rozan Mohd Sa'at, Lembaga
        Pengarah PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. & Sharifah Suziana Syed Ali, Pengarah PIJ
      Manufacturing Sdn. Bhd. 
  Tiga produk yang dilancarkan atas jenama Aloeshafy tersebut adalah jus aloe
    vera, gel badan aloe dan set kecantikan dan penjagaan wajah yang terdiri
    daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembab muka. Berikut
    merupakan diantara manfaat produk Aloeshafy;
Jus Aloe Vera Aloeshafy
  Memberi manfaat sebagai
    anti oksidan, detoks, anti radang meningkatkan proses penyembuhan dan
      menggalakkan tahap tenaga yang sihat. 30ml jus aloe vera boleh diambil sebelum sarapan pagi dan makan malam.
    Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu serta
    kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Aloe Body Gel
  Gel badan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya membantu untuk
    melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit
      kepala dan rambut. Gunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Aloeshafy Beauty Set
  Terdiri daripada Beauty Cleanser, Youth Essence dan Aloe Plus Soothing Gel
    yang berupaya
    memberikan kelembapan pada kulit dan mengecilkan liang pori pada wajah. Youth Essence juga boleh digunakan sebagai make-up spray untuk
    menyegarkan wajah.
  Aloeshafy Beauty Set
  Kaedah pemasaran produk Aloeshafy adalah melalui pelantikan agen
    'dropshipper' tanpa perlu menyimpan stok atau menghantar produk kepada
    pelanggan. Ia bertujuan menarik mereka yang baru memulakan perniagaan,
    usahawan kecil dan beroperasi dari rumah menggunakan platform media sosial
    secara aktif yang terbukti lebih cepat, mudah dan kos efektif. Produk
    Aloeshafy dijual menggunakan kaedah ejen atau 'dropshiper' dan laman jualan
    atas talian menerusi LAZADA pada harga serendah RM39.90 hingga RM160. PIJ
    Manufacturing telah menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti
    Singapura dan Brunei malah berhasrat membawanya ke Timur Tengah serta
    mensasarkan jualan sebanyak RM2 juta menjelang akhir tahun depan.
  Semasa majlis Aloeshafy Lunch Tea Party, turut dijemput artis Khai Bahar
    dan Amira Othman bagi menyerikan majlis. Acara pada hari terseput pula
    dikendalikan oleh Roslan Shah selaku host of the day. Gamat seketika
    suasana dengan celoteh Roslan Shah dan semestinya persembahan hebat dari
    Khai Bahar dan Amira Othman. Kalau nak menonton kesemua persembahan penuh
    mereka bolehlah follow IG atau FB page Kak Bell dan juga telah dimuat naik
    ke YouTube.
  'Bayang' oleh Khai Bahar 
  'Jaga-Jaga' oleh Amira Othman
  Buat masa ini, Kak Bell sedang menggunakan kesemua produk dari Aloe Shafy
    dan berpuas hati dengan produk tersebut. Set penjagaan wajah Aloe Shafy yang
    berbau wangi dan memang dapat menghidratkan semula kulit wajah. Selain itu,
    Kak Bell juga sedang mencuba produk Aloe Body Gel untuk hilangkan kesan
    melecur pada tangan Kak Bell. Akan datang, akan dikongsikan hasilnya nanti
    dalam entri seterusnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk
    Aloe Shafy, bolehlah layari laman FB dan laman sosial Aloe Shafy.
  Tak lepaskan peluang bergambar dengan Khai Bahar! Ramai betul peminat
      dia, 
  termasuk peminat di Indonesia. Jangan jeles na.
Tags:
Aloe Body Gel
Aloeshafy Beauty Set
Amira Othman
Event & Review
Jus Aloe Vera Aloeshafy
Khai Bahar
Pelancaran Produk Aloe Vera Terbaik AloeShafy





