12 Fakta Menarik Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 12 Fakta Menarik Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia

Trending

12 Fakta Menarik Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia

12.12 BLACK FRIDAY adalah acara membeli-belah terbesar pada tahun 2017. Ianya menjadi sangat popular di kalangan pembeli dalam talian dan di Malaysia sahaja telah mencatat peningkatan sebanyak 70 peratus dalam sesi belian di laman web. Shopee, platform E-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam pada 12.12 yang berlangsung tempohari. Lebih 500,000 produk terjual dari pelbagai promosi hebat ke atas 6 juta produk semasa sesi Jualan Murah Ulangtahun Shopee tersebut dimana lonjakan jualan adalah 5 kali ganda berbanding prestasi tahun lepas.


“Jualan Murah 12.12, jualan kilat Shocking Sale dan Kemuncak Berganda Shopee Mall yang diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Kami teruja dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulangtahun kali ini. Jenama tersebut merupakan antara jenama yang telah memilih Shopee sebagai rakan E-dagang pertama mereka dan kebanyakannya telah mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa. Kami berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen dan promosi akan datang,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

12 Fakta Menarik Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia


1) Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas


2) Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas


3) Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons


4) Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam


5) Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000


6) Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa


7) Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit


8) Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual


9) Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee


10) Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20


11) Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km - dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor


12) Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit


Walaupun jualan murah 12.12 telah berakhir, promosi sempena Ulangtahun Shopee yang ke-2 masih lagi berlangsung sehingga 31 Disember 2017. Pengguna masih berpeluang memenangi percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500! Mudah sahaja, cuma perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan membuat pembayaran secara perbankan dalam talian FPX untuk menyertainya.


Bagi membuat persediaan tahun baru persekolahan tidak lama lagi, Shopee juga melancarkan kempen Kembali ke Sekolah bermula 18 hingga 24 Disember 2017. Bagi ibu bapa yang belum membuat persiapan untuk persekolahan anak-anak bolehlah membeli melalui Shopee. Pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30. Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar untuk pengguna.


Selain itu juga, Shopee menawarkan hadiah menarik untuk promosi Spot Shopee dan berpeluang memenangi iPhone X dan sehingga 250,000 Syiling Shopee! Cuma ikuti 3 langkah mudah berikut:

Langkah-langkah:
1. Snap gambar mana-mana iklan Shopee di Iklan TV, Shopee train atau di atau di jalan raya
2. Muat naik ke Facebook atau Instagram peribadi anda!
3. Tag @Shopee_MY & hashtag #ISEESHOPEE


Pelbagai promosi dan peraduan dari Shopee ni kan? Apa lagi, muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play dan layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post