Hi Korang! Pada bulan Ramadhan lepas, Kak Bell sertai contest baked with
    Yeos Seri Kaya. Pertandingan tersebut bermula pada 1-30 June 2017 sempena
    memeriahkan sambutan bulan Ramadhan tempohari. Walaupun ceritanya dah basi
    tapi baru sekarang Kak Bell nak cerita sebab baru pi redeem hadiahnya.
    Memula haritu tak perasan pulak sebenarnya pertandingan ni nak peserta buat
    dessert atau meal menggunakan Yeos Seri Kaya. Kak Bell pun bagi sahajalah
    nama dan join contest ni. Dah tahu kena masak dan beli sendiri barang-barang
    barulah Kak Bell menggelabah ayam sebab tak tahu nak buat menu apa!
    Haha. 
  Sebelum-sebelum ni, memang tak pernah sertai mana-mana pertandingan memasak
    sebab memang Kak Bell sedar diri tak berbakat sangat pun. Kalau masuk
    pertandingan mahunya tak jadi menu masakan tu nanti. Masa pertandingan
    tempohari, setiap minggu akan ada peserta yang akan upload hasil masakan
    atau dessert masing-masing di FB page Yeos Malaysia dan pemenang juga diumum
    pada setiap minggu hinggalah sampai minggu terakhir pertandingan pada 30 Jun
    2017.
  Lempeng Yeos's Seri Kaya. Menangis tak tengok kejadiannya?
So, sepanjang 4 minggu tu ramailah peserta yang join contest untuk merebut hadiah utama yang berupa Electric Oven dari Senheng! Kak Bell pun berkobar-kobarlah nak memasak ni sebab kalau dapat oven bolehlah belajar buat kek ke apa ke, post resepi-resepi rare sikit kalau dah ada oven kan! Yang penting, angan-angan tu mestilah ada. Takkan lah korang masuk pertandingan semata-mata nak kalah kan? Tak berbaloi pula korang gigih masuk pertandingan.
  Terus terang Kak Bell ni memang failed bila bab buat dessert, kek dan yang
    sewaktu dengannya. Seriously memang tak pandai. Dateline dah dekat waktu tu,
    tapi tak ada idea langsung nak buat apa dengan Seri Kaya tu! Kak Bell tengok
    ada peserta macam beli je kueh kat kedai then letak je seri kaya tu dalam
    mangkuk, tak pun dorang sapu je atas roti. Ada yang beli karipap, lepas tu
    dicicahkannya dengan Seri Kaya! Nak menangis ye Kak Bell tengok. Kalau macam
    tu Kak Bell pun pandai buat kan. Hahaha.
  Setelah dok perah otak, Kak Bell cuba lah buat hidangan lempeng dengan Yeos
    Seri Kaya. Asalnya nak buat crepe kek, walhal sepanjang hidup tak pernah
    buat ni. Mulalah Kak Bell membancuh adunan lempeng dan lempengkan satu
    persatu. Yang penting, masa dah letak whipping cream tu, kuahnya jadi cair
    ye walaupun lempeng tu dah sejuk! Tergamam kita. Rupa-rupanya, Kak Bell dah
    salah guna bahan. Kawan cuma cakap beli whipping cream, so Kak Bell hentam
    ajelah beli yang instant tu! Patutlah kek aku ni tak menjadi. Memanglah
    lawak waktu tu! Nak menangis pun ada sebab memang tak alarat dah nak redo
    balik or buat resepi lain. Kak Bell tanya Chef Pastri Elly, patutnya kena
    pakai whipping cream yang dalam kotak tu, kena guna non-dairy whipping
    cream. Dah Kak Bell ni memang tak pandai, so hentam sahajalah. If u dont
    make mistake, u arent really trying, right?? Tak de segan silulah, memang
    realitinya pun Kak Bell tak pandai. Hehe. Walaupun hasil akhir nya sedikit
    hina tapi bolehlah kan! Kak Bell pun dengan yakin submit sahajalah gambar
    Lempeng Yeos Seri Kaya ni untuk pertandingan tu.
  Setelah kesekian lamanya tunggu result lepas dah submit photo tersebut
    untuk contest, Kak Bell dapat messenger dari pihak Yeos
    Malaysia. "Congratulations! You have been shortlisted for this week’s Let’s Bake
        with Seri Kaya contest. You are now one of the finalists in the running
        to win prizes from Yeo’s Food Malaysia. However, before with proceed
        with the final winners. We would need you to answer a simple
        question"
  Punyalah happy sebab tak sangka pula boleh masuk senarai akhir pertandingan
    mingguan walaupun lempeng kita tu tak berapa menjadi. Kalau dibandingkan
    dengan yang beli kuih karipap lepastu cicah denagn kaya, haruslah usaha Kak
    Bell lagi gigh kan. Hiks. Walaupun tak menang Electric oven, dapat
    consolation prize RM200 voucher untuk electrical appliance dari SenHeng pun
    dah puas hati. Okla kan? Tak sangka masih ada tuah dalam contest. Jadilah
    walaupun dapat saguhati kan. Tak sia-sia Kak Bell melempeng malam-malam,
    gigih pergi beli barang kat Giant walaupun lagi 10 minit Giant TMC Bangsar
    nak tutup! Alhamdulillah.
  Hooray!
  Kaedahnya, baru minggu lepas Kak Bell pergi redeem voucher tu di Senheng
    Kelana Jaya buat beli vacuum cleaner. Kebetulan pulak vacuum cleaner di
    rumah ni dah rosak. Dah berminggu-minggu tak vakum rumah dah penuh dengan
    bulu meow! Anak-anak memang merdeka sakan lah sebab mama dia dah lama tak
    pasang vakum. Kalau tidak memasing mencicit lari. Ni lah rupa vakum yang Kak
    Bell redeem. Tambah RM16. 
  Kita tak tahu, tuhan tu bagi rezeki kat kita macam mana kan. Ni pun dikira
    rezeki lah. Boleh pakai untuk beli barang untuk gantikan yang dah rosak.
    Betul tak? Btw, sampai ke hari ni, masih belum start menvakum sebab tak
    sihat. Yang penting, anak-anak bulus Kak Bell dah rasmikan dah kotak tu
    walaupun belum dibuka. Habis dibuatnya jadi tempat mengasah kuku. Tak ada
    nya dorang endahkan walaupun dan keluarkan lontaran vokal dan petir
    halilintar. Pasrah je lah tengok kotak tu hancur dan lunyai. Siaplah dorang
    ni nanti bila vakum tu dah mula beroperasi! Hehehe. XoXO
  Sibuk je memasing kalau ada barang baru! Sibuk nak rasmikan!




