Trending


Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah | Hi korang! Kali ni Kak Bell kongsikan resepi Vietnamese sihat yang berasaskan sayur-sayuran. Akhirnya, terajin jugak nak mencuba Popia Vietnam ni atau orang panggil Vietnam Spring Roll. Jika dalam bahasa Vietnam dipanggil Goi Cuon. Kata kawan, kalau di Vietnam, mahal uols harga Vietnam Spring Roll ni dijual. Btw, Kak Bell tak pernah lah rasa yang original dari sana. Haritu pun, terpaksa batalkan trip ke Ho Chi Minh. Next time lah kalau nak ke Vietnam lagi, bolehlah cuba rasa resepi popia vietnam isi ketam yer! Untuk bahan-bahannya pun senang nak dapat. Sayur-sayuran dengan udang aje pun. Cuma kegigihan nak menggulung ajelah. Okay, jom tengok bahan-bahannya.

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah

Bahan A
Rice paper/kulit popia Vietnam
Udang segar
Daun Salad
Timun
Daun Ketumbar
Daun Pudina
Suhun atau bihun
Crab stik
Sosej
*hiris/potong semua sayur

Bahan Sos (cincang)
2 senduk sos cili thai
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
2 sudu tepung jagung
1/4 jus limau
Separuh gula melaka
3 sudu gula pasir
Sedikit garam
Air secukupnya


Cara membuatnya:
1) Celur semua bahan seperti udang segar, crab stik, sosej dan suhun atau bihun. Untuk sosej Kak Bell celur asing. Boleh je sekalikan.
2) Hiris, potong semua sayur.
3) Ambil sekeping rice paper dan celupkan sekejap dalam air. Guna air biasa sahaja.
4) Letakkan rice paper atas pinggan plastik atau papan potong pun ok. But kena hati-hati sebab takut rice paper koyak.
5) Susun semua bahan sayur yang korang nak letak, lipat bahagian kiri kanan dan gulung sedikit, kemudian susunkan udang dan gulung lagi sampai habis.

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah
Guna bihun sebab suhun tak cukup


Untuk udang, crab stik dan sosej, korang boleh belah dua. Nanti jadi saiz gergasi pula popia Vietnam korang. Potong kecil semua sayuran supaya tak tercekik masa nak makan. Yang penting mesti ada udang dan herbs seperti daun ketumbar atau daun pudina. Baru sedap rasa popia Vietnam ni.

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah
Hirisan segala sayur

Okay, sekarang nak tunjukkan cara mencelup atau cara nak basahkan rice paper atau Kulit Popia Vietnam. Rice paper ni, memula tengok memang macam plastik yer! Korang boleh dapatkan dimana-mana pasaraya. Yang ni, Kak Bell beli di 99 Speedmart. Tak pastilah ada berapa keping dalam 1 pek ni sebab packaging dia ikut dalam gram.

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah
Kulit Popia Vietnam

Korang boleh tengok tutorial macam mana nak celup rice paper ni. Ada juga yang gunakan air suam. Kak Bell dah cuba dah. Habis lembik dan terkoyak! Jadi, gunakan air biasa je pun ok. Kepingan kulit itu, sebaik sahaja direndam kira-kira 1-2 saat, letak atas plate dan segera susun bahan-bahan yang nak dipopiakan dan terus gulung dan lipat! Kalau tidak rice paper akan menjadi terlalu lembik dan susah nak handle. Btw, i tengok orang Vietnam buat pun koyak. Kau ghaser?

Bukan main melentik jari tukang masak yer!

Dah letak rice paper, bolehlah disusun segala bahan sayur yang korang nak. Nanti dah gulung separuh bahan ni, baru susunkan udang, dan gulung ladi sampai habis! Nak gulung je 20 jam. Sempat kurus sebelum siap! Padanlah sebagai menu diet ek! Siap dah Vietnam Spring Roll korang! Let's tengok cara buat sos pulak kay.

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah


Cara Buat Sos Vietnam Roll

Cara buat sos Vietnam roll ni simple sahaja. Biasanya untuk resepi sos popia Vietnam yang paling digemari adalah sos hijau, sos peanut/sos kacang dan sos Thai. Kalau di Vietnam memang resepi sos peanut vietnam roll paling popular. Ni Kak Bell buat resepi sos vietnam roll mudah iaitu sos Thai untuk korang cuba.

1) Campurkan semua bahan-bahan sos dalam periuk, kemudian panaskan di atas api sehingga mendidih.
2) Kemudian, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
3) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasa.

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah



TIPS!
  • Boleh gunakan apa saja jenis sayur yang korang nak.
  • Tak perlu gunakan air suam untuk celup rice paper!
  • Rendam rice paper kejap sahaja dalam air supaya kulit popia vietnam roll tak melekat pada pinggan
  • Nak rasa sedap mesti gunakan daun herbs seperi daun ketumbar, pudina or daun bawang.
  • Boleh guna isi ayam kalau nak buat resepi vietnam roll ayam/resepi popia vietnam roll ayam.
  • Kalau taknak vietnam roll terlekat antara satu sama lain, setiap kali selesai 1, balutkan vietnam roll dengan plastik (Kak Bell tak buat sebab renyah, kalo buat 4 ketul je boleh la kan!)

Kalau tak paham, bolehlah tengok tutorial cara buat Vietnam Roll kat bawah ni.

Dari YouTube Buat Orang Lapo

Resepi Popia Vietnam Roll Crab Stick Dan Sos Pencicah Mudah

Vietnam roll boleh simpan dalam peti ais tapi lagi sedap makan fresh lepas buat. Sebab bila dah masuk dalam peti sejuk, ianya macam sekadar sayur sejuk je. Hiks! Oklah selamat mencuba resepi Vietnam Roll diet ni!

tips vietnam roll tak melekat
resepi sos popia vietnam
resepi sos pencicah popia vietnam
resepi sos thai vietnam roll

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post