Bolehkah Kucing Minum Air Paip Dan Cara Mengatasi Kucing Kurang Minum Air

Hi korang! Harini nak cerita tentang pentingnya pengambilan air untuk kesihatan kucing. Kadar pengambilan air untuk indoor atau housecats adalah rendah (low-water drinkers) berbanding dengan kucing biasa (stray cat). Kadang-kadang, kucing ni agak cerewet walaupun hanya hal berkaitan dengan air minuman mereka. Terfikir jugak, kucing suka air minuman yang sejuk atau panas/suam? Atau hanya perlu bagi air masak atau air biasa aje? Paling best ada juga kucing yang suka sangat minum air dari air paip.


Jika korang perasan, kucing korang tak minum dengan secukupnya korang boleh cuba ubah suhu air minuman mereka atau tukar bekas minuman dorang. Makanan dalam tin (wet food) adalah dan cara terbaik untuk menggalakkan pengambilan air bagi kucing kerana terdapat hampir 60% air dan obviously memang si bulus suka wet food ni berbanding dengan kibbles. Korang juga boleh sahaja tambahkan sedikit lagi air masak ke dalam bekas makanan wetfood mereka jika si comel masih kurang minum air. 


Beberapa Cara Untuk Mengatasi Masalah Kucing Yang Kurang Minum Air


Ubah Suhu Air Minuman

Tak pernah lah pulak Kak Bell nak buat uji kaji untuk ubah suhu air minuman kucing. Lagipun Malaysia ni kan panas dan lembap sepanjang tahun. Dari pembacaan, semasa musim panas kucing juga lebih sukakan air sejuk, macam manusia la jugak kan! Pada musim sejuk, kucing perfectly fine dengan air pada suhu bilik atau sedikit lebih panas (suam). Sekarang ni musim panas, kejap-kejap hujan sangat lebat, so Kak Bell saja letakkan ice-cube dalam bowl minuman dorang ni. 3 beradik ni ajelah yang suka!

Minuman letak kiub ais

Bila musin hujan atau cuaca lebih sejuk dari biasa, Kak Bell akan sediakan air minuman mereka yang bersuhu lebih panas atau suam. 


Sentiasa Tukar Air Dalam Bekas Minuman Kucing

Air minuman kucing perlu ditukar setiap hari kerana kucing sangat sensitif kepada rasa air. Sesetengah kucing tidak suka rasa air paip tetapi anak-anak bulus Kak Bell memang suka sangat tap water/air paip. Bergelen letak air masak dalam bekas, sikit je dorang minum! Kalau boleh elakkan lah bagi minum air paip. Berikut ni adalah di antara jenis air alternatif lain yang korang boleh cuba:
1) Air yang ditapis (Filtered water)
2) Air suling (Distilled) 
3) Air botol
4) Air sejuk (Refrigerated)
5) Kiub ais
**Air suling adalah sejenis air yang ditulenkan atau dibersihkan melalui proses penyulingan berperingkat

Anak-anak kat rumah ni memang jenis cerewet sikit. Kalau letak baja haiwan dalam minuman dorang, memang tak minum lah jawabnya. Kita ni letak, nak suruh gemuk, cantik. Terpaksa lah layan kehendak nak juga minum water tap.


Ideal Bowl

Bekas minuman kucing, haruslah dibasuh setiap hari sebab bau pada bekas minuman yang tak dicuci akan menyebabkan meow pun tak selera nak minum air! Penggunaan bekas seramik dan bekas stainless steel lebih baik untuk menghalang pertumbuhan dan perkembangan bakteria pada bekas minuman si bulus. Penggunaan cat fountain juga bagus untuk kekalkan kesegaran air minuman dorang. Selalunya, dorang ni memang suka minum dari cawan minuman kita. Nak jugak share minuman dari cawan jugak!




Kenapa Kucing Lebih Suka Minum Air Paip Dari Air Dalam Bekas/Mangkuk?

Memang ada je kucing yang lebih suka minum air paip, minum air di tandas atau sinki, walhal air dalam mangkuk masih penuh. Macam manusia jugalah, kucing pun tak suka minum air yang telah lama tersimpan kerana air sudah jadi 'basi' dan tidak segar. Air paip lebih sedap sebab lebig sejuk dan segar serta oksigen air mengalir lebih tinggi. So meow rasa air paip lebih segar. Jadi untuk perkara ni, bolehlah belikan kucing masing-masing cat fountain. So far kat rumah Kak Bell semua dah suka minum dari cat fountain.

Jika kucing korang kurang minum air, suhu minuman mungkin tidak menjadi masalah. Pastikan korang gantikan dan basuh bekas minuman sentiasa supaya air minuman dorang sentiasa segar. Dengan cara ni pun, boleh meningkatkan tahap kesihatan dan memanjangkan usia si bulus korang. Kalau dah beberapa hari tak minum atau makan, mungkin kucing ada masalah. Kena peka jugalah dengan perkembangan dorang.

Kalau hari tengah panas terik tu, bolehlah bagi minum air dengan tambahkan ice cubes. Sejuk tekak si bulus sesambil menikmati cat treats!

CONVERSATION

2 comments:

  1. Seronok ade peneman manja gini. Nak beli mahal.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Yup Mister Zarif. Peneman setiap waktu. Minat kucing juga ya.

    ReplyDelete

Back
to top