Trending


Review Movie Collide (2017)

Hi Korang! Tahun 2017 ni banyak sungguh movie yang menarik. Last week je ada tayangan untuk John Wick 2, Guardians dan Hidden Figures. Btw, Kak Bell dapat tiket untuk movie Collide pada 22 Februari yang lepas. Oklah daripada tak dapat kan! Bilalah nak pergi menonton movie John Wick 2 dan Guardians ni. Tak sempat nak ke panggung minggu lepas!


Filem Collide ini diarah oleh Eran Creevy. Merupakan filem bergenre Thriller/Action yang dibarisi oleh actor dan actress Nicholas Hoult, Felicity Jones, Anthony Hopkins dan Ben Kingsley.

Cerita ni mengisahkan Casey Stein (Nicholas Hoult) yang cilik dalam bab mencuri. Casey ni terjumpa dengan Juliette Marene (Felicity Jones) kat club dan start dating. Btw, Juliette tak berapa suka dengan Casey sebab dia berkerja dengan bapak ayam/drug smuggler Geran (Ben Kingsley). Geran offer satu job pada Casey tapi Casey tolak tawaran tersebut. Bermulalah kisah teman perempuan Casey yang dikesan sakit dan memerlukan wang yang banyak untuk kos perubatan. So, Casey terima tawaran Geran untuk mencuri lori dadah kokain dari ketua sendiket dadah, Hagen Kahl (Anthony Hopkins) bagi membiayai kos perubatan makwe dia. Unfortunately, Casey tertangkap dan Juliette dijadikan tebusan. Nama pun cerita, so of courselah si Casey dapat melarikan diri dengan mencuri kereta Hagen Kahl bersama dengan jumlah wang 5 juta! Okey, tu je sinopsis ala kadar.hehe.





Jalan ceritanya mudah, macam biasalah dengan aksi kejar mengejar kereta dan agak cliche. Memula tu agak slow sikit but it is still movie yang enjoy untuk ditonton. How far you would go for love? Berapa bintang nak bagi? : 6.5/10
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post