Trending


Kenapa Bunga Lily BAHAYA Pada Kucing?

Hi Korang! Lama dah tak update tentang anak bulus. Sibuk memasak kat dapur je. Btw, entri ni Kak Bell kongsikan dari page I-Vetworks Editorial Team. Kata kunci hari ni 'Tak Semua Benda yang Cantik Luaran Itu Adalah yang Baik-Baik Semata'. Samalah juga dengan manusia yer. Rambut pun sama hitam, hatinya pun lain-lain. Just untuk berkongsi yang bunga lily ni berbahaya buat cik bulus kita. Btw, jenis bunga lily ni banyak. Macam-macam warna. Bolehlah wiki kalau nak tau rupa bentuk bunga lily macam mana ya.


Untuk pengetahuan korang, semua bahagian pada bunga lily adalah toxic pada kucing dan boleh menyebabkan keracunan & kerosakkan buah pinggang yang boleh menyebabkan kematian jika dimakan atau dijilat oleh Si Comel. Komponen Oxalate Crystals pada debunga dan tumbuhan tersebut yang menyebabkan irritation/radang/lepuhan pada lidah, mulut, farinks (pharynx), esofagus (esophagus) dan saluran usus. Tahap toxicity bunga lily adalah Moderate to Severe (Kritikal). Antara tanda-tanda klinikal yang boleh dilihat pada 24 jam pertama seperti:

Hypersalivation- mulut berair-liur dan berbuih
Pawing- mengelap mulut kerana efek gatal/pedih di mulut
Vomiting-Muntah
Diarrhoea - Cirit
Cynotic - Kebiruan dilihat pada mulut dan hidung
Lethargy & Depression- Lemah dan murung
Dehydrated- Kekurangan air dalam badan
Seizure- Sawan
Hiding -Menyorok dan menyendiri
DEATH -KEMATIAN


Sekiranya berlaku perkara sebegini di rumah, pastikan anda SEGERA bawa kucing ke klinik veterinar berdekatan. Dapatkan rawatan intensif segera daripada vet yang bertauliah.

Rawatan Intensif
Lazimnya, rawatan detoxification dan pemulihan organ akan dilakukan, dan kucing akan di drip dengan air 24 jam selama 3 hari paling minimum, untuk mencuci/flushing toxin dalam darah, hati dan buah pinggang selagi mampu diselamatkan. Tahap keracunan juga bergantung kepada jumlah toxin yang dimakan (ingested) oleh kucing tersebut.

Prognosis?
Selalunya doktor akan akan menilai mengikut tanda-tanda klinikal yang dilihat dan daripada keputusan ujian darah (CBC-Complete Blood Count) dan Ujian Biokimia untuk menilai tahap injuries di hati (liver), buah pinggang (kidney) dan usus.

Take Home Message 
Owner perlu lebih teliti sekiranya ingin membawa pulang bunga ke rumah atau ingin menanam bunga-bungaan di rumah. Dikhuatiri keindahan bunga tersebut diakhiri dengan tangisan suram.

Oleh: I-Vetworks Editorial Team
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post