Trending


Resepi Singgang Ikan Selar - Bella Jamal

Hi korang! Tetibe teringin lak makan singgang ikan selar. Sepanjang hidup, ni lah pertama kali buat singgang. Masa kecik2 dulu rajinlah makan masakan ni. Kebetulan tak berapa nak sihat sebab batuk dan demam, jadi sesuai sangatlah makan makanan yang tak berminyak dan berkuah. Kalau tak nak letak kunyit pun boleh. Jadilah singgang putih aje. Ikan tu boleh je pakai ikan kembong dan tambah bendi. Paling popular adalah singgang ikan selar kuning. Ni resepi paling mudah dalam dunia kay. Campak- campak dan biar je atas api. Kalau failed tak taulah iols nak cakap apa kat korang kan!


Bahan A
3 ekor ikan selar kuning
2 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Air

Bahan B (bahan hiris)
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dititik)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji cili padi


Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan-bahan hiris ke dalam periuk (tanpa tumis).


2) Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan garam dan asam keping.
3) Masukkan ikan dan kacau seketika.
4) Tambah yang mana kurang, dah sedap bolehlah tutup api.

TIPS
  • Boleh juga gunakan serbuk kunyit. Tapi lebih sedap bila gunakan kunyit hidup.
  • Boleh ganti cili api dengan cili merah, bukan cili kering.




Mudah sahaja kan cara masak singgang ikan selar. Makan dengan nasi panas sambil hirup kuahnya memang sedap! Masam-masam manis gitu rasanya. Selera sangat akak makan sampai tak tinggal kat orang belakang! Pedas pun lite-lite je. Buat ibu-ibu lepas beranak konfem pernah makan ikan selar singgang pantang ni. Bolehlah kalau kekasih hati korang sakit, masakkan singgang ni tau. Selamat mencuba!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post