Trending


Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap | Hi korang!! Lama pulak rasanya tak hapdate. Dah alang2 memasak so post ajelah resepi kat sini ek! Macam biasalah, hajat di hati nak buat masakan lain tapi lain pulak jadinya. Memula kak bell nak cuba buat gulai ayam masak darat. Sebabkan tak ada santan, so jadilah ayam masak kicap aje! Senang dan simple je resepinya pun. Esok-esok la iols try buat gulai darat tu ye.


Bahan A
5 potong bahagian ayam (dikunyitkan)
1 bawang besar dihiris
2 biji lada hijau/cili merah
2 biji cili api merah (diketuk)
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
4-5 sudu kicap lemak manis
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
4 biji tomato ceri
Garam
Minyak

Bahan B (bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Untuk kicap tu, korang boleh je pakai brand memana pun. Tapi baguslah pakai barang2 yang halal kan. Ada je ni ha produk buatan muslim. Kak bell beli kat AeonBig. Dah sampai Aeon, jadi haruslah Kak Bell carik kuih-muih pencuci mulut bagai buat stok! Hehe.

Konpem halal!


Cara memasak:
1) Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam yang telah di garam dan dilumur dengan serbuk kunyit tadi separuh masak. Tak payah lama dan garing sebab ayam jadi keras.
2) Tumiskan semua bahan B, masukkan kayu manis bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
3) Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau seketika. Kemudian masukkan sedikit air untuk kuah.
4) Masukkan ayam,  masukkan cili padi, lada hijau dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap sampai ayam masak dan kuah kering sedikit.


Biasanya garam tu sikit je letak sebab awal tadi dah gorengkan ayam. Nak pedas lagi, tambah je cili api. Sedapnya uols! Minyak tu pependaila buang yer. Jangan nak cerca! Korang makan kat kedai hari2 minyak sebakul pun tak pe kan. Untuk ayam kicap berkuah, tambah aje lebih air ikut kesukaan korang. Jangan lupa cuba resepi ayam masak kicap Kak Bell ni. Okay go pergi masak!! Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post