Penjagaan Selepas Mandulkan Kucing, Kucing Tak Berak Selepas Mandul? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Penjagaan Selepas Mandulkan Kucing, Kucing Tak Berak Selepas Mandul?

Trending

Penjagaan Selepas Mandulkan Kucing, Kucing Tak Berak Selepas Mandul?

Penjagaan Selepas Mandulkan Kucing, Kucing Tak Berak Selepas Mandul? | Sebelum ni memang Kak Bell tak pernah spay atau neuterkan kucing. Memula tu sebab nak biarkan dorang merasa mengawan dan beranak. Tapi bila dah aktif sangat beranak-pinak, memang perlulah langkah pemandulan dilakukan. Pengalaman kucing betina terkena jangkitan pada uterus dan anak jantan yang asyik nak mengawan antara punca langkah pemandulan dibuat. Sakit telinga yer bila dorang ni dok menyahut-nyahut macam serigala! Panjat sana sini sebab nak keluar rumah mengawan dan macam-macam lah! Memang bikin suasana ribut! Jadi, kenalah jumpa doktor haiwan untuk sunatkan bebudak ni.

Muezza melawat Sky. Anak dia Cik Hitam dok tengok je dari jauh sebab 
pelik tengok bapak dia mamai

Dengan melakukan proses pemandulan kucing perliharaan, dapatlah kita kawal kadar masalah homelessness pet dan semestinya juga terdapat kebaikan dari segi kesihatan dan behaviour kucing kesayangan kita.


Perbezaan Spay Bagi Kucing Betina, Neuter Kucing Jantan

Kebanyakan kucing hanya alami satu pembedahan dalam hidupnya iaitu jika bernasib baik akan dikasikan atau dimandulkan sahaja. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kucing yang dimandulkan adalah lebih sihat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dibandingkan kucing lain. Actually istilah spay atau neuter tu sama sahaja maksudnya iaitu nak mandulkan kucing. Perbezaan spay bagi kucing betina, neuter kucing jantan adalah beza panggilannya sahaja untuk istilah kucing dimandulkan atau sunat pada kucing jantan dan betina.

SPAY
Spay ialah pemandulan dimana surgeri akan dilakukan dengan membuang uterus, salur fallapio dan ovari kucing betina.

NEUTER
Neuter pula pembedahan bagi kucing jantan dengan membuang kedua-dua buah zakar (testis).

Medical benefit pemandulan seperti:
  • Kucing akan hidup lebih lama/usia panjang. Bagi kucing betina, dapat elakkan masalah jangkitan uterus dan juga breast tumor. Waktu terbaik adalah sebelum kitar on heat yang pertama.
  • Bagi kucing jantan pula dapat elakkan masalah kanser prostat dan testikel kanser.

Behavioral benefit seperti:
  • Kucing betina setelah spayed tak akan on heat dan kucing jantan akan behave dari memekik-mekik nak mengawan dan mengurangkan masalah penandaan kawasan (territory marking) dan sifat agresif kucing yang bergaduh dengan kucing lain. Bau tengik dan hancing air kencing akan hilang (kesan hormon testosteron).

Haha, pishball Sky!

Biasanya kebanyakkan kita akan salah konsep dan percaya terhadap myths selepas spay/neuter, kucing akan overweight dan semua masalah berkaitan behaviour kucing akan selesai. Overfeeding dan tak excercise sebenarnya yang akan menyebabkan kucing korang gemuk. Asyik makan tidur je kita pun boleh overweight kan! Dan tak semua perangai kucing akan totally fixed sebab ianya berkaitan dengan pet individual personaliti dan juga fisiologi kucing tersebut.


Korang boleh mula spay atau neuter kucing (mandul kucing) kesayangan seawal umur 8 minggu. Penjagaan selepas pemandulan bagi kucing jantan lebih mudah berbanding dengan kucing betina. Masa Sky lepas neuter, selepas dimandulkan dia masih tak sedar. Mata je terbuka. Kesian tengok time tu. Dah terjaga, muntah-muntah dan terkencing. Walaupun masih blur tetap nak manja naik atas katil. Lepas letak dalam sangkar, dia duduk je dalam keadaan mabuk dan tak stabil. Bila dah completely sedar dan stabil, bolehla korang keluarkan anak korang dari sangkar kay. Bukan apa, takut kencing dan muntah merata je.

Habis semua tingkap dia panjat!

Cara Penjagaan Kucing Selepas Dimandulkan

Cara penjagaan kucing selepas dimandulkan taklah susah sangat, tetapi penjagaan kucing jantan dan betina tak sama. Cara jaga kucing jantan selepas dimandulkan lebih mudah sebab operate bahagian luar dan buang testis sahaja.

Sebelum Pemandulan
  • Minimum puasa selama 4 jam, jangan bagi makan dan minum.
  • Hantar kucing pada waktu pagi dan boleh ambil pada petang hari yang sama *bergantung pada vet.

Penjagaan Selepas Pemandulan
  • Kesan bius akan bertahan dalam tempoh 14 jam. Dalam beberapa jam, kucing akan bangun. Keadaan mamai dan mabuk adalah normal.
  • Mata kucing akan terbuka selepas bius/pemandulan adalah normal dan tiada ubat yang perlu di bawa balik.
  • Kucing akan bangun seperti biasa selepas kesan bius selepas pembedahan habis.
  • Rehatkan dalam sangkar dan monitor pernafasan dorang.
  • Better letak di tempat yang tiada gangguan untuk mengelakkan kucing stress.


    • Sesetengah kucing akan termuntah lepas kesan bius. 
    • Terberak atau terkencing sendiri tanpa sedar adalah normal.
    • Sediakan makanan dan minuman dalam kuantiti yang sedikit. Jangan paksa makan dan minum dan biarkan kucing makan sendiri. Monitor untuk mengelakkan kucing tercekik jika kesan bius masih ada.
    • Kucing tidak boleh mandi dalam tempoh 14 hari selepas pemandulan
    • Untuk elak kucing (female cat) menjilat incision site, boleh pakaikan Elizabathen collar bagi elakkan jangkitan.*untuk kucing betina, jahitan akan kering dan terbuka sendiri dalam masa 1 atau 2 minggu. Pastikan luka jahitan kering (proper healing). 
    • Jika ada masalah atau infection, bawa semula ke vet.

    Kajian menunjukkan bahawa kucing yang telah dimandulkan cenderung untuk tidak makan dan minum secara normal dalam tempoh 48 jam selepas dimandulkan. Untuk kucing peliharaan yang dimandulkan boleh diberi diet khusus, diet khas seperti Royal Canin® FHN Sterilised yang disediakan khas untuk tujuan mengawal berat badan kucing peliharaan selepas mandul.


    Kucing Tak Berak Selepas Mandul?

    Kucing yang baru dimandulkan kena jaga tempat dia buang najis tidak boleh pakai pasir sebab takut infection atau pasir melekat pada kesan surgeri. Boleh gantikan pasir dia dgn surat khabar buat sementara waktu. Memang akan ada kucing tak berak selepas mandul disebabkan tak biasa dan tak selesa dengan kertas atau mungkin kucing ada isu lain.


    Korang boleh perhatikan lagi untuk 1-2 hari. Kalau dia makan seperti biasa dan masih tak berak, kemungkinan kucing ni sembelit. Cuba ganti balik gunakan pasir atau litter biasa yang kucing pakai. Biasa bila tukar kembali kepada pasir kucing atau litter yang biasa diguna, mesti kucing akan berak.

    Sebelum ni si Sky ni asyik merentan nak mengawan je! Sampai tak nak makan, bulu gugur teruk. Lepas neuter, Si Sky dah behave, lagi manja. Lepas ni bertambah sihat lah dia. Bulu pun dah stat tumbuh semula. Lepas ni jadi abang sado balik lah dia!

    Sumber:
    www.aspca.org
    Klinik Veterinar Muezza


    Bella Jamal

    Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

    Previous Post Next Post