Lagu NARAKA Untuk Drama Bersiri JIBRIL

Band PITAHATI kini kembali dengan single terbaru mereka berjudul NARAKA yang menjadi lagu tema buat siri 'Viu Original' berjudul 'JIBRIL', terbitan Playground Productions dan Konda Kondi Studios. 


JIBRIL, sebuah drama bersiri yang bertemakan penyiasatan ini dibintangi oleh Aeril Zafril, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli dan ramai mendapat respon yang baik dari para penonton sewaktu ditayangkan di NTV7 dan TV3. Lagu NARAKA adalah gabungan nuansa muzik 70an, 80an serta Moden ini sarat dengan mesej-mesej tersembunyi dan tersirat yang menjadi intipati dan jiwa siri drama tersebut. JIBRIL kini boleh ditonton online melalui aplikasi dan laman web Viu.


PITAHATI yang dibarisi vokalis Ilham, gitaris Zahar, pemain dram Yasin, pemain bass Masrin dan gitaris Hidayat sebelumnya menghasilkan lagu-lagu seperti Bintang Biru Kristal Salju dan Melayar pernah menciptakan skor untuk filem Terbaik Dari Langit dengan lagu temanya Sahabat yang tercalon di Festival Filem Malaysia yang ke-26 untuk Skor Musik Terbaik dan Lagu Tema Terbaik. 


Mereka yang waktu ini sedang dalam siri tour di semenanjung Malaysia bermula hujung tahun lalu hingga tahun ini menerima sambutan yang baik dari para peminat di semua lokasi jelajah mereka. Lokasi terakhir tour mereka pada 30 Mac ini di Insider Satellite Ipoh, Perak. 

Untuk maklumat tentang Pitahati layari:
facebook.com/pitahati
twitter.com/pitahati
Instagram.com/pitahati

Tonton JIBRIL di Viu: 
https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-jibril-playlist-25783193


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top