Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019

Statistik menunjukkan 94% orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi. Adakah anda juga tergolong dalam peratusan tersebut? Jika anda tidak pasti, anda boleh melayari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda untuk mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat. Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, yang dilancarkan oleh Systema, kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.


Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan. Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Pelancaran kempen ‘Gumbatte Towards 1 Million Gum Self Checks’ bersama Yang Berusaha Dr. Norliza bt Mohamed, (5 dari kiri) dan Tatsuya Horiuchi, pengarah urusan Southern Lion Sdn Bhd.

Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama pada 14 Mac lalu. Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain.

“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya. Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta." kata Dr. Norliza bt Mohamed.

Dr. Norliza bt Mohamed, Penyandang Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian.


Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih 120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik. 

Systema bekerjasama dengan dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini bagi menarik perhatian lebih ramai orang dan menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik.

Gumbatte untuk gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. 
Sertai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dengan melayari gumhealthcheck.com

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini. Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Stesen pemeriksaan kesihatan gusi oleh Systema

Kak Bell buat pemeriksaan gusi

 Kak Bell menang hadiah di aktiviti Sytema

Dengan penghasilan Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dengan Sistem Anti-Plak Systema, ianya mampu untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi.

Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55.

Bersama dengan pasangan selebriti terkenal, 
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top