Fettuccine Goreng Mudah

Ya ampunnn. Seriously memang lama sangat Kak Bell tak hapdate resepi. Kehidupan tersibuk pulak dengan perkara-perkara lain. Penuh pancaroba sangat sampai terbawa-bawa ke 2019, rasa macam 'depresi' pun ada. Semua orang pun ada stress masing-masing kan. Tak perlulah Kak Bell bercerita tentang stress tu. Walau apa pun diri sendiri kena kuat dan cari jalan nak atasi. Semoga iols tabah di hari mendatang. Gituh!


So, kali ni setelah sekian lama, Kak Bell bersiaran dengan resepi mudah untuk pasta. Memang rindu nak memasak. Tapi bila ingatkan diri yang suka memasak ala-ala katering, suami pulak dah jauh duduk kat L.A, eloklah Kak Bell beli je makanan sudahnya. Resepi ni simple dan mudah, hiris-potong campak siap! Tak ada sos-sos kuah bagai. Kak Bell buat fettucine goreng biasa. Fettucine ni rupa bentuknya macam kuey teow but teksturnya lebih anjal. Kalau nak gunakan pasta lain, korang boleh je gunakan linguine, tagliatelle atau penne. Kalau husband nak penne, silalah gorengkan penne. Kalau macam-macam sangat ko bagikan je kuey teow goreng. Oklah lets tengok bahan-bahan.


Bahan A
1 paket pasta fettuccine
1/2 mangkuk daging kisar
Daun Oregano
Minyak masak
Sedikit butter
Garam secukupnya 
Serbuk lada hitam 
Maggi secukup rasa


Bahan B (hiris)
1 labu bawang besar/holland
2 ulas bawang putih
5 batang sosej
1/2 batang lobak
1 biji lada benggala
3 biji cili padi


Cara memasak:
1) Masak pasta fettuccine dengan sedikit garam hingga lembut.
2) Angkat dan siram pasta dengan air biasa, toskan.

Toskan lepas masak

3) Panaskan sedikit minyak masak+sedikit butter
4) Tumiskan bawang besar/Holland, bawang putih, cili padi hingga wangi.



5) Masukkan lobak biarkan sekejap dan masukkan daging kisar. Kacau sampai daging hampir masak.
6) Masukkan lada benggala dan perasakan dengan garam, lada hitam dan sedikit perencah secukup rasa.


7) Masukkan daun Oregano dan kacau seketika.
8) Sedia dihidangkan!

TIPS!
  • Boleh gunakan kiub ayam sebagai perasa.
  • Jika nak pedas taburkan cili flakes.


Ok, dah pun siap. Kita guna cili pada je ye. Senang. Nak ada rasa pedas ala-ala aje pun. Untuk porsi/bahagian daging dan lain-lain tu pepandailah sesuaikan ikut sukatan bahan. Sedap ke tidak??

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top