Keindahan Taman Limau Mandarin Di Suria KLCC Sempena CNY 2019 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Keindahan Taman Limau Mandarin Di Suria KLCC Sempena CNY 2019

Trending

Keindahan Taman Limau Mandarin Di Suria KLCC Sempena CNY 2019

Limau mandarin memang amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina, selain angpau dan tanglung. Ianya menjadi tradisi buat masyarakat Cina yang melambangkan limpahan kekayaan dan simbol murah rezeki. Dalam bahasa Kantonis, buah limau dipanggil 'kam' dan membawa maksud 'emas' selain warna oren buah limau mandarin yang turut menjadi simbolik kepada emas. Perkataan 'Song Kam' pula membawa erti 'memberi emas'. Erti simbolik disebalik amalan memberi limau mandarin semasa perayaan Tahun Baru Cina adalah sebagai tanda memberi kekayaan dan tuah kepada penerima.


Jika dalam pemberian angpau, duit di dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap dan masyarakat Cina akan mengelak memberi angpau yang bernombor ganjil. Bilangannya mesti genap kerana bilangan genap membawa maksud yang lebih sempurna. Bercerita mengenai sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Kak Bell telah kunjungi Suria KLCC Mall baru-baru ini bersempena dengan pelancaran kempen perayaan CNY tahun 2019 di sana. Jom ikuti apa yang menarik dengan sambutan dan deko hiasan di Suria KLCC tahun ini.


A Blossoming Day At Suria KLCC
Pada tahun ini Suria KLCC membawa tema "Abundance of Prosperity" dengan menyajikan suasana sebuah taman limau mandarin di perkampungan tradisi Cina. Kawasan Centre Court Suria KLCC ini dihiasi indah dengan pokok limau mandarin dengan ratusan tanglung merah-oren yang membawa tanda kemakmuran, lebih tuah dan limpahan kekayaan untuk tahun ini. Kempen perayaan Tahun Baru Cina di Suria KLCC telah bermula dari 18 Januari 2019 sehingga 10 Februari 2019 buat pengunjung pusat membeli belah terkemuka ini.



Sebelum ketibaan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, para pengunjung bolehlah menikmati keindahan deko hiasan dan kesemarakkan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. Berikut adalah merupakan di antara gambar hiasan tanglung dari tingkat atas KLCC dan juga hiasan pokok limau mandarin dan bunga-bungaan yang berada di kawasan ruang legar utama Suria KLCC.


Basket Of Good Fortune
Menarik pada tahun ini, ruang taman di Esplanade KLCC dihias dengan replika bakul buah gergasi yang berisi replika buah limau Mandarin dengan ketinggian 40 kaki. Para pengunjung boleh merasai kehangatan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan kehadiran "Basket Of Good Fortune" yang berlatarkan Menara Berkembar Petronas. Satu bakul yang penuh dengan buah oren mandarin ini melambangkan kekayaan dalam semua aspek kehidupan yang menjadi ciri dan elemen penting dalam perayaan Tahun Baru Cina.


Pengunjung juga boleh merakam kehangatan suasana perayaan di pelbagai tempat menarik yang dihias indah oleh pusat membeli-belah Suria KLCC. Menjelang malam, jangan lupa untuk bergambar di bahagian luar pusat beli-belah ini apabila Basket Of Good Fortune dinyalakan lampunya. Pasti suasana malam di di Esplanade KLCC ini cukup meriah. Kesemua dekorasi tersebut akan akan dipamerkan sehingga 22 Februari 2019.


6 Persembahan & Aktiviti Menarik Sepanjang Kempen
Sepanjang kempen perayaan Tahun Baru Cina di Suria KLCC tahun ini, pelbagai persembahan dan aktiviti menarik akan diadakan bermula dari 25 Januari 2019 hingga 19 Februari 2019. Kempen tahun ini telah dilancarkan pada 23 Januari 2019 lalu dan dirasmikan oleh Mr. Andrew Brien, Executive Director/Chief Executive Officer Suria KLCC Sdn Bhd.

God of Prosperity mengalu-alukan kemakmuran, panjang umur 
dan kebahagiaan untuk tahun 2019

Mr. Andrew Brien, Executive Director/Chief Executive Officer 
Suria KLCC Sdn Bhd

"Sambutan tahun baru berkait rapat dengan nilai kekeluargaan dan kami amat menghargai nilai tradisi ini. Ia mengingatkan kita tentang asal usul dan keluarga adalah kekayaan yang tidak dapat ditukar ganti. Untuk ini, Suria KLCC mahu anda pulang ke rumah dan meraikan kehangatan Tahun Baru Cina ini dengan penuh kasih sayang bersama keluarga," ucap Mr. Andrew Brien.

Orang ramai yang berkunjung ke gedung terkemuka ini bakal disajikan dengan persembahan Tarian Singa, High Pole Acrobatic Lion Dance, Tarian Tradisi Cina, persembahan Festive Drum dan juga persembahan 5 alatan muzik Cina yang telah dijadualkan sepanjang tempoh kempen.

Persembahan 5 alatan muzik Cina

Persembahan Festive Drum

Persembahan Tarian Tradisi Cina

Persembahan Tarian Tradisi Cina dan Tarian Singa akan dipersembahkan oleh kumpulan Tarian Singa Akrobatik Kwong Ngai yang merupakan Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Tarian Naga & Singa Kebangsaan 2017. Aktiviti menarik ini turut dimeriahkan dengan sesi God of Prosperity Meet & Greet di ruang legar utama KLCC. 



Untuk jadual persembahan sepanjang tempoh kempen CNY Suria KLCC, anda boleh rujuk di SINI. Selain itu, Alamanda Shopping Centre dan Kerteh Mall juga turut melancarkan kempen Tahun Baru Cina mereka dan mengadakan pelbagai aktiviti menarik di sana.

Inisiatif Komuniti Bersama Hospis Malaysia
Bersempena kempen Tahun Baru Cina 2019, pihak Suria KLCC masih berkerjasama dengan Hospis Malaysia melalui kempen yang dinamakan ‘Speak Up – There’s an Elephant in the Room’. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. Kempen 'Speak Up' ini adalah bertujuan memberi inspirasi dan bantuan khidmat nasihat kepada pesakit (life-limiting illness) dan ahli keluarga pesakit untuk berkongsi pengalaman dan paling penting berkongsi penderitaan bagi meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit dan ahli keluarga mereka yang menghadapinya.


Pihak Hospis Malaysia mensasarkan kutipan derma sebanyak RM10,000 bagi membantu pesakit paliatif menerusi jualan merchandise dan derma dari pihak pengunjung. Kempen ini bermula dari 19 Januari 2019 hingga 22 Februari 2019 iaitu sepanjang tempoh kempen CNY Suria KLCC.

Membeli Belah Dan Tebus Ganjaran
Sepanjang kempen Abundance of Prosperity ini, pihak Suria KLCC bekerjasama dengan pihak Citibank. Pengunjung yang membeli-belah disini boleh menebus ganjaran semasa membeli-belah sehingga 10 Februari 2019.


Pemegang kad VISA Citibank yang berbelanja minimum RM 1,000 dalam satu resit akan menerima candy tray eksklusif, paket ang pau dan tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10. Ganjaran ini adalah untuk setiap hari bagi 30 pelanggan pertama pemegang kad VISA Citibank. Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3,500 dan ke atas dalam maksimum dua resit pada hujung minggu, pembeli akan menerima baucher makan Restoren Spring Garden dan paket ang pau. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan penebusan adalah terhad kepada 40 pembeli sahaja pada setiap hari tersebut.

Candy tray

Bagi pelanggan bukan pemegang kad kredit Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima ganjaran yang sama dengan pembelian RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu Sabtu dan Ahad. Penebusan adalah terhad kepada 20 pembeli sahaja pada setiap hari tersebut. Pelanggan bukan pemegang kad kredit Citibank yang berbelanja minimum RM1,000 dalam satu resit akan menerima candy tray dan paket ang pau. Kesemua tawaran tebus ganjaran ini adalah bergantung kepada stok dan tertakluk Terma & Syarat. Anda boleh rujik di SINI untuk Suria KLCC Festive Rewards.


Untuk info dan maklumat terkini tentang kempen perayaan Tahun Baru Cina pusat membeli-belah Suria KLCC, anda boleh ikuti laman sosial media seperti berikut. Selamat menyambut Tahun Baru Cina Kak Bell ucapkan buat masyarakat Tiong Ha di negara kita. Gong Xi Fa Cai.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post