Ocean’s 8 (2018)

Jun 27 lepas, Kak Bell sempat pergi dating menonton Ocean’s 8 dgn BF ilusi kita. Kebetulan dia ada kat Malaysia kann, so kita pergilah menonton wayang. Semenjak 2 bulan lepas ni juga, memang tiada mood dan passion langsung hendak menulis. Entah kemana hilangnya semangat.

OK! Semua tahu trilogi Ocean’s dahulunya dibintangi aktor lelaki2 hensem George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon. Kali ni , Ocean’s 8 dibintangi oleh semua aktress wanita.Trilogi Ocean’s yang dimulai dari tahun 2001 dengan menampilkan Danny Ocean dikenal sebagai penjahat berpengalaman dalam mencuri barang berharga. Untuk kali ini, filem Ocean’s 8 berkisar tentang Debbie Ocean, saudara perempuan Danny yang juga memiliki 'hobi' serupa.


Permulaan cerita mengisahkan Debbie Ocean (Sandra Bullock) yang dipenjara, sedang berusaha membuktikan dirinya tidak bersalah sebab kesalahan mencuri. Akhirnya, Debbie bebas dan terus melaksanakan misinya yang sudah dirancang selama lima tahun semasa di dalam penjara. Debbie yang tetap tak insaf dan plan nak curi kalung berlian mewah dan mahal milik Cartier bernilai USD$150 juta dollar di acara “The Met Gala” yang dipakai oleh Daphne (Anne Hathaway), selain misi Debbie untuk membalas dendam.


Orang pertama yang Debbie jumpa setelah bebas ialah kawannya Lou (Cate Blanchett), seorang pemalsu minuman keras dan Debbie merayu Lou untuk membantu dalam menjalankan misi pencurian tu. Pada mulanya, Lou tidak sependpat dengan Debbie dan suruh untuk lupakan balas dendam. Akhirnya, Lou setuju dan mula bentuk kumpulan 5 orang tambahan untuk jayakan misi. Debbie dan Lou akhirnya berhasil merekrut anggota lain: Amita (Mindy Kaling), “Nine Ball” (Rihanna), Tammy (Sarah Paulson), Rose Weil (Helena Bonham Carter), dan Constance (Awkwafina). Mereka semuanya mempunyai kepakaran masing-masing seperti pemalsu minuman keras (Lou), pereka fesyen (Rose ), hacker (Rihanna), diamond specialist (Amita) dan penjual barangan curi melalui e-Bay (Tammy) dan pencuri cekap/pantas (Constance).


Filem ni mula2 agak boring sebab nak intro semua ahli grup. Dah masuk 2nd half barulah rasa menarik nak tonton. Korang boleh agakla kalau plot nak curi berlian, memang semua rapi dengan peranan masing-masing. Masa dalam cerita ni korang mungkin akan perasan 7 je anggota Ocean’s dan ahli ke-8 hya diketahui saat akhir. Debbie punya plan nak karau/curi kalung berlian dan balas dendam pada ex bf dia yang frame dia dan menyebabkan dia masuk penjara. 

Untuk lakonan mestilah gandingan Sandra Bullock, Cate, Helena (Bella Lestrange dlm Harry Potter) dan Anne sangat ok. Penampilan Anne Hathaway pun seronok untuk ditonton sepanjang movie. Utk watak lain tu ala-ala je nak cukupkan korum. Btw, watak dorang kena ada dalam filem ni untuk jayakan misi. Lakonan Rihanna tu tak dapat nak ulas macammana setelah filem pertama dia The Battleship. Rasa elok dia pi menyanyi je la kot. Hehe. 



Filem ni menarik, tapi konflik dalam movie ni terlalu sederhana jika bandingkan dengan filem trilogi Ocean’s yang lain. Btw, it is still movie yg enjoy nak ditonton tapi rasa wow tu tak ada. Dalam movie ni juga ada kemunculan presenter James Corden. So, agak2 sape ahli Ocean 8 yang last tu korang find out sendiri kay. Berjaya ke misi ni? dan adakah dendam Debbie terbalas? Untuk tonton filem ni, tak perlu menonton trilogi Ocean’s yang sebelum ini sebab ceritanya takde kaitan dengan kisah Danny Ocean (Ocean’s 11, Ocean’s 12, dan Ocean’s 13). Selamat menonton.

Kak bell bagi 6/10



CONVERSATION

2 comments:

  1. xdan nak tengok kena tunggu boleh access online =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Okla nanti streaming je. I suka tgk wayang baru puas

      Delete

Back
to top