Trending


Resepi Cencaru Sumbat Kelapa Sesedap Rasa!

Hi Korang! Semenjak bulan puasa haritu, memang jarang sangat Kak Bell berhempas pulas di dapur. Masa cutilah baru dapat nak hadir ke event dan majlis-majlis. Ceritanya, memang tak memasaklah untuk berbuka puasa. Untuk sahur pun, masak yang sederhana sahaja. Btw, cerita resepi ni dah peram dekat 2 bulan dalam draf! Nampak tak kelaut perginya mood menghapdate! Bila dah tak memasak masa berbuka dan berbelanja pula di bazar TTDI, maunya tak kering kontang poket ni bila nampak kuih muih dan menu yang semuanya sedap. Sempat lah tahun ni pergi serbu kedai Hardcore Burger dengan gerai Murtabak Singapore. Bayangkan harga Lamb Mozarella Burger tu RM13 dan harga murtabak ayam dengan cheese, RM24. Pitam tak? Disebabkan nak merasa, kita gigih beratur sebab sepanjang 4,5 tahun ni memang teringin juga nak rasa. Correlation, untuk sahur kenalah memasak. Hasilnya cencaru sumbat ni ha! Ikan Cencaru Sumbat Kelapa.


Sebelum ni, Kak Bell dah ada post resepi Cencaru Sumbat Sambal. Untuk versi kali ni molek jugalah rupa bentuk kejadiannya. Resepi sama je pun, cuma versinya adalah versi bakar dan ada tambahan kelapa parut. Yang sebelum ni versi goreng. Oklah nah resepi.

Bahan A
2 ekor Ikan Cencaru
Sedikit garam
Serbuk kunyit
Kelapa Parut
Daun pisang/daun kunyit
Minyak untuk menggoreng/menumis

Bahan B (bahan tumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus-kisar)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu gula pasir
Sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:
1) Tumbuk semua bahan-bahan tumbuk (bahan B). Perasakan dengan garam, gula secukupnya.
2) Tumis semua bahan tumbuk sehingga sambal wangi. Kemudian angkat dan sejukkan.
3) Gaulkan sambal tadi dengan kelapa parut.
4) Sumbat sambal kelapa di bahagian belakang ikan. Kalau dah terbelah bahagian perut, letak je dalam kedua-dua belah.
5) Balutkan ikan cencaru dengan daun pisang/daun kunyit.
6) Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan bakar ikan cencaru tadi sehingga masak.



TIPS!
  • Siang ikan cencaru, belah bahagian belakang dan tak payah buang bahagian kulit keras kat ikan tu. Garam dan kunyitkan.
  • Sambal tak perlu garing sebab nanti akan dibakar dengan ikan
  • Kelapa parut boleh goreng tanpa minyak dahulu supaya kering

Sebenarnya agak kurang gemar makan kelapa parut. Sekali-sekala nak rasa kan. Kalau nak rasa lebih pedas, gigitkan je cili padi. Bolehlah drop komen bagi yang dah mencuba. Selamat mencuba resepi ikan cencaru sumbat!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post