Popia Vietnam

Hi korang! Kali ni Kak Bell kongsikan menu sihat berasaskan sayur-sayuran yer. Akhirnya, terajin jugak nak memcuba Popia Vietnam ni atau orang panggil Vietnam Spring Roll. Jika dalam bahasa Vietnam dipanggil Goi Cuon. Kata kawan, kalau di Vietnam, mahal uols harga Vietnam Spring Roll ni dijual. Btw, Kak Bell tak pernah lah rasa yang original dari sana. Haritu pun, terpaksa batalkan trip ke Ho Chi Minh. Next time lah kalau nak ke Vietnam lagi, bolehlah cuba rsa yer! Untuk bahan-bahannya pun senang nak dapat. Sayur-sayuran dengan udang aje pun. Cuma kegigihan nak menggulung ajelah. Okay, jom tengok bahan-bahannya.


Bahan A
Rice paper
Udang segar
Daun Salad
Timun
Daun Ketumbar
Daun Pudina
Suhun atau bihun
Crab stik
Sosej
*hiris/potong semua sayur

Bahan Sos (cincang)
2 senduk sos cili thai
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
2 sudu tepung jagung
1/4 jus limau
Separuh gula melaka
3 sudu gula pasir
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuatnya:
1) Celur semua bahan seperti udang segar, crab stik, sosej dan suhun atau bihun. Untuk sosej Kak Bell celur asing. Boleh je sekalikan.
2) Hiris, potong semua sayur.
3) Ambil sekeping rice paper dan celupkan sekejap dalam air. Guna air biasa sahaja.
4) Letakkan rice paper atas pinggan plastik atau papan potong pun ok. But kena hati-hati sebab takut rice paper koyak.
5) Susun semua bahan sayur yang korang nak letak, lipat bahagian kiri kanan dan gulung sedikit, kemudian susunkan udang dan gulung lagi sampai habis.


Guna bihun sebab suhun tak cukup

Untuk udang, crab stik dan sosej, korang boleh belah dua. Nanti jadi saiz gergasi pula popia Vietnam korang. Potong kecil semua sayuran supaya tak tercekik masa nak makan. Yang penting mesti ada udang dan herbs seperti daun ketumbar atau daun pudina. Baru sedap rasa popia Vietnam ni.


Hirisan segala sayur

Okay, sekarang nak tunjukkan cara mencelup atau cara nak basahkan rice paper. Rice paper ni, memula tengok memang macam plastik yer! Korang boleh dapatkan dimana-mana pasaraya. Yang ni, Kak Bell beli di 99 Speedmart. Tak pastilah ada berapa keping dalam 1 pek ni sebab packaging dia ikut dalam gram.



Korang boleh tengok tutorial macam mana nak celup rice paper ni. Ada juga yang gunakan air suam. Kak Bell dah cuba dah. Habis lembik dan terkoyak! Jadi, gunakan air biasa je pun ok. Kepingan kulit itu, sebaik sahaja direndam kira-kira 1-2 saat, letak atas plate dan segera susun bahan-bahan yang nak dipopiakan dan terus gulung dan lipat! Kalau tidak rice paper akan menjadi terlalu lembik dan susah nak handle. Btw, i tengok orang Vietnam buat pun koyak. Kau ghaser? 

Bukan main melentik jari tukang masak yer!

Dah letak rice paper, bolehlah disusun segala bahan sayur yang korang nak. Nanti dah gulung separuh bahan ni, baru susunkan udang, dan gulung ladi sampai habis! Nak gulung je 20 jam. Sempat kurus sebelum siap! Padanlah sebagai menu diet ek! Siap dah Vietnam Spring Roll korang! Let's tengok cara buat sos pulak kay.


Cara membuat sos:
1) Campurkan semua bahan-bahan sos dalam periuk, kemudian panaskan di atas api sehingga mendidih.
2) Kemudian, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
3) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasa.



Agak-agak korang, kalau orang order 100 bijik, pukul berapa Kak Bell nak start menggulung ek? Pitam rasanya. Makan semasa fresh, lazat sangat! sebab bila dah masuk peti sejuk, nampak popia Vietnam ni hanyalah sebagai sayur cuma. Hiks. Selamat mencuba!

TIPS!
  • Boleh gunakan apa saja jenis sayur yang korang nak.
  • Tak perlu gunakan air suam untuk celup rice paper!
  • Nak rasa sedap mesti gunakan daun herbs seperi daun ketumbar, pudina or daun bawang.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us