Bedouin Arabian Cuisine Part 2

Hi korang. Last week sempat sekali lagi singgah makan di restoren makanan arab Bedouin. Biasalah, setahun sekali baru nak menyinggah makan kat sini. Order makanan yang murah-murah aje pun untuk minum petang. So, kami order roti Mulawwah small size dan Shish Tawook Sandwich. Kalau nak tengok entri sebelum ni boleh klik sini kay > Restoren Nasi Arab TTDI! Bedouin Arabian Cuisine


Saat makanan sampai, waiter tak bagi sekali dengan kuah untuk roti, sos atau mayonis untuk sandwich. Biasanya, kalau order spesies roti ni mestilah ada gravy untuk dicicah kan. Kuah kari ke, kuah kacang dal ke, sebab sebelum ni ada je kuah sekali dengan roti. Bila tanya waiter, katanya memang tak diberi sekali. Kena order berasingan. Erkk! So weird la pulak. Motif sangat makan roti canai, kuah kena beli asing! So waiter gegurl Filipino ni suggest order side appetizer. Katanya 'Hummus' ni popular order. Jadi Kak Bell pun orderlah. Lagipun tu je paling murah. Hehe.


Sampai je Hummus tu, cantik je kaler dia. Teruja sangat nak rasa! Hummus tu dibuat daripada fresh chickpeas (kacang kuda), ada pes bijan (ground sesame), garlic, jus lemon dan topped dengan olive oil. Tetapi, tekak ni memang tak boleh nak masuk la dengan appetizer tu. Memang Kak Bell tak taste dengan rase dia. Hujung-hujung, take away ajelah. Btw, dah bawak balik rumah pun terperap je dalam peti ais! Memang tak nak makan dah. Suruh housemate rasa pun tak nak. So tak boleh kawin dengan orang Arablah. Tiber! Ni harga makanan yang diorder lite-lite tu yerr. Check resit tak adalah pulak extra charge untuk gravy roti mulawwah tadi tu. Erm mesti Filipino ni tak pernah makan roti canai kan.


Overall ok je makanan kat sini, but ada lagi kedai makanan arab yang sedap. Kak Bell review makanan yang Kak Bell rasa ajelah. Yang penting seronok lepak makan kat sini. Pekerjanya ramah sangat. Sampai nak keluar pintu pun bagi laluan dan say goodbye. Siap jumpa lagi yerr. Cantik kot i pada petang tu. Okay bye!


CONVERSATION

2 comments:

Back
to top