Trending


Restoren Nasi Arab TTDI! Bedouin Arabian Cuisine

Korang suka masakan arab tak? Kaedahnya tekak ni dah naik jemu dah makan masakan mamak je. So semalam, sempat kak bell menyinggah makan di restoren arab kat area TTDI. Restoren Bedouin Arabian Cuisine namanya. Lokasi berdekatan dengan Pasar Besar TTDI dan berada satu bangunan dengan Showroom Toyota TTDI. Korang2 yang berhampiran dengan TTDI bolehlah datang cuba. Tak payah nak gigih sangat pergi jauh2 kay.



Restoren Bedouin Arabian Cuisine ni baru je buka dalam bulan April 2016 dan menyediakan pelbagai masakan arab yang asli . Korang bolehlah datang untuk breakfast, lunch & dinner. Kak bell sampai dalam jam 7 pm++ dan restoren ni belum full house lagi. Kebiasaannya waktu dinner memang ful house kay! Untuk alamat & waktu operasi restoren ni adalah seperti berikut:

Bedouin Arabian Cuisine
No 6, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Monday-Friday : 11am-12am
Sat, Sun & PH : 7.30am-12am
603-77314712


Kalau korang rasa nak berborak dengan pembuat roti or tokey kedai bolehlah call nombor restoren tu ye. Kak bell dah siap2 bagi untuk korang. 



Untuk hari ni kami order Kabsah Chicken 1/4 (Quarter) RM20, Lamb Kebab Sandwich (RM12) dan Roti Mulawwah Small (RM5). Boleh tahan jugalah harganya. Total harga untuk 3 hidangan + 2 minuman ialah RM45 bagi 2 orang makan. Not bad right?


Tak dapat nak tengok semua menu sebab banyak sangat. Btw, restoren ni juga ada menu untuk kambing akikah. Untuk harga korang bolehlah call atau kunjungi restoren ni untuk maklumat lanjut ya!

Di antara menu di Bedouin Arabian Cuisine

Chicken Kabsa

Lamb Kebab Sandwich

Mulawwah Small


So far makanan yang kitaorang order semuanya sedap! Suasana dalam ni pun very relaxing dan cantik. Nanti nak datang lagi kita order yang lain pulak yer.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post