Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Hi Korang! Harini kak bell fefelin buat dessert yang mudah dan simple untuk juadah berbuka. Senang je uols buat puding sagu gula melaka ni. Sesuai sangat untuk basahkan tekak dengan puding yang sejuk ni. Pasti meletop kalau korang hidangkan dengan versatile untuk minum petang!


Bahan-bahan:
1 pek sagu
Santan kotak
Gula Melaka
Daun Pandan
Pewarna kesukaan
* kak bell guna pewarna sirap rose


Untuk sagu ni kalau korang guna sagu putih bolehlah pilih apa-apa pewarna kesukaan korang. Guna sagu yang dah ada warna pun lagi senang.

Cara Penyediaan Gula Melaka
1) Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.
2) Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah yang likat. Boleh juga tambahkan gula pasir atau sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan. 
3) Masak hingga gula melaka hancur dan kacau 
4) Dah pekat, bolehlah angkat dan sejukkan



Cara Penyediaan Sagu
1) Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Air letak banyak utk elak sagu melekat.
2) Masukkan 1 or 2 sudu pewarna sirap rose tadi & kacau rata.
3) Masak sampai sagu kelihatan jernih dan boleh tambah air jika tertalu kering
4) Bila dah ok, angkat dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang kanji.
5) Bolehlah masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dalam peti ais.


Cara Penyediaan Kuah Santan
Untuk kuah santan, Kak Bell guna santan kotak je. Panaskan santan dalam periuk, masukkan daun pandan dan sedikit garam. 

Ni cara kalau nak guna santan fresh
1) Masak santan, daun pandan, tepung jagung dan sedikit garam dengan api perlahan (bancuh dulu tepung jagung)
2) Kacau rata supaya santan tak berketul
3) Apabila santan dah pekat, angkat dan sejukkan.
* untuk kuah santan biarlah sedikit masin untuk balancekan rasa manis gula melaka.

Untuk hidangan ikut suka korang nak letak banyak mana gula melaka. Kemudian tuangkan susu cair atau kuah santan ke atas sagu. Dah pun siap senang ya rabbi! Selamat mencuba!














































CONVERSATION

15 comments:

Aron eXcell said...

Thanks bella bawakan Puding Sagu untuk menu berbuka. Sedap! Buat lagi tau!

Norfaziela Dot Com said...

Gigih malam2 google resepi sagu. Menariknya kalau letak jagung manis & cendol pun ok jugak kan. Tak tahan tengok :)

Norfaziela Dot Com said...

Gigih malam2 google resepi sagu. Menariknya kalau letak jagung manis & cendol pun ok jugak kan. Tak tahan tengok :)

Bella Jamal said...

Betul tu kak :)

Nurul Fathin said...

Sis nak tanya, kenapa kuah santan tu berketul masa nak sejukkan? Normal ke? Kami guna santan pekat

Bella Jamal said...

Pakai api kecik dan kacau sentiasa tak? Iols buat ok je la pulak

Abg Wan said...

Kalau x guna santan.. Tpi guna susu cair boleh?

Bella Jamal said...

Boleh abg wan.Boleh guna susu cair.

Abg Wan said...

Okey..tq kak bell

Bella Jamal said...

Sama-sama. Kalau menjadi share dgn Kak Bell ya!

norsadira said...

Terima kasih atas resepi..sedap 2 dan boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

zuraida lazim said...

Akibat teringin ...malam2 suruh goegle cari menu..terima kasih..

zuraida lazim said...

Akibat teringin ...malam2 suruh goegle cari menu..terima kasih..

Bella Jamal said...

Kalau menjadi baguslah Norsadira. Ok saya dah singgah blog awak :)

Bella Jamal said...

Sama-sama Zuraida Lazim. Kalau menjadik bagitau lah yer. Kalau ada tips bolehlah kongsi dengan saya yang baru belajar ni.

Instagram

Follow Us