5 Tips Penjagaan Bulu Kucing

Trending

5 Tips Penjagaan Bulu Kucing

Hi Korang! Semua orang nak bela kucing yang cantik dan gebu. Berebut-renut nak kucing cantik kan! Kebiasaanya kucing baka Persian atau baka long hair yang lain memang memerlukan penjagaan lebih untuk bulu mereka kekal cantik. Btw, kucing Kak Bell baka mix DLH (domestic long hair) je. Jenuh jugaklah nak memvakum dan mengemas sebab bulu banyak gugur. Jadi Kak Bell kongsikan beberapa Tips Penjagaan Bulu Kucing untuk semua penggemar kucing!

Kucing Parsi Bulunya Gebu

Diantara Masalah & Penyebab Berkaitan Bulu Kucing Gugur
1) Bulu kucing bergumpal tebal
2) Muntah bulu hairball yg kerap
3) Keguguran bulu yang melampau
4) Fungal atau Ringworm
5) Penularan kutu disebabkan bulu tebal yang bergumpal


Lion Cut Bagi Kucing Bermasalah Kulit & Bulu Gugur

Cik Lucy ni pernah kena fungal walaupun tak pernah keluar dan bercampur dengan kucing outdoor. Rupanya memang genetik famili dia ada masalah ni. Medicated shampoo yang vet bagi sangat kuat ibarat clorox kena kat tangan kita (sebab tak pakai glove). Kesian sangat masa tu. So terpaksalah buat lion cat dan alhamdullillah da sihat. Khidmat lion cut tu buat kat rumah je sebab Pet Spa area iols ni tak nak amek kucing sakit. Over sangat!! RM25 je buat lion cut ni. Nak tau PM kay! hihi.

Lion Cut Kucing
'Lion Cut'

Bulu Kucing Lebat Selepas Lion Cut

Waktu ni Cik Lucy kena kuarantin sebab takut berjangkit dengan yang lain. Kesian jugaklah sebab dia jenis manja dan nak dibelai selalu. Untuk masalah fungal yang sikit boleh je pakai krim Himalaya yang khas dan natural untuk kucing. Tapi memang dorang tak suka sebab baunya kuat macam bau rempah ratus gitu!


Ubat Canisep Kucing Jenama Himalaya

Ubat Mandi Kucing Sebazole

5 Tip Penjagaan Bulu Kucing

1.Bulu Cantik Bermula Daripada Kulit Cantik
Tak kiralah kucing anda baka apa sekali pun, untuk dapatkan bulu yang cantik dan sihat, DIET dan nutisi yang sihat adalah sangat penting. Makanan premium yang ada Omega 3 misalnya boleh membantu hasilkan kulit yang sihat, dan semestinya bulu yang kuat dan bersinar.

2. Kulit Bebas Parasit (Kutu/Cacing)
Nak bulu cantik juga kena pastikan kucing kita bebas parasit luar dan dalam badan. Kutu badan diluar menyebabkan bulu dan kulit tidak sihat dan bulu senang gugur. Cacing di dalam usus yg banyak juga menganggu nutrisi yg diserap badan, jadi kulit dan bulu akan kusam dan kering. Buat pemeriksaan parasit dengan Vet korang, dan pastikan kucing anda dilindungi dengan Combo Anti-Parasit (kutu, telur kutu, cacing, kutu telinga, heartworm, hama ).

3. Sikat dan Berus (Grooming)
Kerapkan sikat dan berus kucing anda setiap hari atau sekurangnya 3x seminggu. Sikat untuk elakkan bulu bergumpal, berus untuk bersihkan dasar kulit dari kulit mati dan bantu peredaran darah untuk kulit yg sihat. Pastikan bulu disikat dahulu, buang gumpalan sebelum mandikan mereka. Gumpalan bulu yang basah sangat susah nak disikat dan dileraikan.

Kucing Sihat Bulu Bersinar

4. Shampu dan Perapi
Mandikan kucing sekurangnya sekali seminggu, untuk bersihkan permukaan kulit dan bulu. Gunakan shampu yang khas untuk kucing, bukan shampu manusia kerana kandungan pH yang berbeza menyebabkan kulit kucing jadi kering, naik radang atau allergy. Gunakan shampu dan perapi khas bagi kucing untuk tip penjagaan bulu kucing supaya:
-Melembutkan bulu dari akar dan kulit
-Kekalkan & menaikkan warna bulu
-Bulu lebih bersinar dan licin
-Selamat untuk anak-anak kucing di bawah 4 bulan
-Shampoo yg boleh bantu merawat masalah kulit fungus, kudis dan jangkitan bakteria
-Shampoo dgn perapi 2 in 1, daripada bahan natural yang selamat untuk kucing

Tips mandian terbaik pula pastikan korang bilas bersih bulu kucing selepas shampu, kerana saki baki shampoo/sabun di badan yang tidak bersih boleh kusamkan bulu mereka dan menyebabkan gatal/allergy pada kucing.

5. Finishing Spray
Spray pewangi selalunya diberikan last sekali sebelum blow kering kucing korang. Berfungsi untuk jadikan bulu lebih licin berkilat dan juga wangi!

Untuk ubat kutu kak bell gunakan brand Frontline Spot On atau Advantage Cat. Ubat kutu ni ikut kesesuaian pada kucing korang lah. Selain tu, kak bell gunakan Salmon Oil dari Ocean Kiss. Pakailah mana-mana produk pun asalkan baik untuk kucing korang.

Vitamin Untuk Kucing

Vitamin Untuk Gemukkan Kucing

Semua 5 Tips Penjagaan Bulu Kucing atas ni senang sahaja nak buat sendiri di rumah tapi kena konsisten dan rajin ajelah. Nak hantar grooming kat mana-mana kedai pet pun okay. Kalau korang nak senang lagi, bela je Sphynx takde bulu! K bye.

Sumber:
Klinik Haiwan I-Vet Petcare
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Boleh saya tahu contact number perkhidmatan lion cut tu?

    ReplyDelete
  2. Hi Cik LaLoLa BeLLus boleh pm ig saya. Nanti sy bg nombornya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ig pe ye..nk minta no ntuk buat lion cut tu

      Delete
  3. Hi. Saya pun nak tau jugak dekat mana ye ada service lion cut ni kucing i dah teruk nauu kutunyaa. ^^

    ReplyDelete
  4. tau tak mana2 vet yg ada perkhidmatan cacing/vaksin anak kucing dgn grooming/mandi kucing yg affordable?

    ReplyDelete
  5. Sekarang semua agak mahal. ada yang ambik RM60 untuk service lion cut & etc yang dtg ke rumah. Selalu sy pergi vaksin di Klinik Muezza Gombak. Area Bangsar agak mahal. Kena keep looking lah :)

    ReplyDelete
  6. Heheh dah lama tak bela kucing last pun dah hantar kampung sebab tak ada orang nak jaga hehehe rindu kat kucing-kucing ku ini...

    ReplyDelete
  7. Bonde mmg #catlover comel-comel cat Bella yea... baca info yang dikongsikan dekat sini, nanti Bolehlah follow dekat cat kat yang ada rumah ni :)

    ReplyDelete
  8. sian lucy... harap dia sihat selalu.. i guna jugak ubt kutu frontline ni, tpi lpas i tuka brand, pakai advocate bulu si mika tu bertambah tambah lebat..

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat membantu . Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Kalau diberi makan dgg mentah ada risiko tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak begitu arif hal ni. tapi ada juga yg bagi makan daging mentah kan. Maaf ya tak dpt nak bagi pendapat.

      Delete
Previous Post Next Post